Posted on 6 Comments

Hadis Nabi Mengenai Wanita

Assalamualaikum,

Saya amat tertarik dengan satu artikel mengenai 19 hadis nabi mengenai wanita. Jadi saya rasakan yang ianya lebih baik untuk dikongsikan dengan anda semua daripada saya simpan je. Ilmu yang bermanfaat adalah untuk disampaikan bukan hanya disimpan. Di antara hadis mengenai wanita itu adalah:

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya online casino kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Semoga dengan entri kali dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda dan juga diri saya sendiri. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

JOM SHARE

6 thoughts on “Hadis Nabi Mengenai Wanita

  1. sometimes wanita adalah makhluk yang aneh. mintanya macam-macam. Susah diprediksi. dan perempuan tercipta lebih banyak bicara. kata-kata yang diucapkan biasanya lebih banyak daripada laki-laki. Berdasarkan survey di lapangannya memang begitu, dan harus dipenuhi. supaya mengurangi tekanan… :d jadi tanggapilah dia…

  2. terima kasih bro..mmg aku suke sgt ngn post ni..walaupun secara fizikalnya perempuan kelihatan lemah, namun Allah jadikan mereka punye bnyak sekali kekuatan dan kelebihan…kagum dgn ketabahan seorang ibu..

    1. sama2 bro hafiz..kaum wanita mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri..

  3. kalau pmpn tu elok budi pekertinya, org laki nk usik pun rs cam xsanggup, tp kalau pmpn tu mmg buruk perangainya, so phm2 je la..hukhuk

    1. betul tu..kena faham2 la ye..terima kasih bagi pendapat..

    2. salam..
      hahaha..betul tu..sebab tu islam suruh perempuan pakai elok2 sebab nanti bila orng nampak orng akan angggap pommpuan baik..so xdela laki nak ganggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *