Posted on 8 Comments

Valentine Day Bukan Hari Berkasih Sayang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,:)

Adakah sambutan Valentine Day hari berkasih sayang? Sambutan hari kekasih ataupun Valentine Day pada tarikh 14 Februari setiap tahun dianggap sebagai hari yang ditunggu-tunggu oleh oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia.  Pada hari tersebutlah setiap pasangan kekasih akan meluahkan kasih sayang dan memberikan hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai tanda hubungan cinta mereka.

Malah ada segelintir orang islam sendiri yang terikut-ikut dengan budaya  agama lain ini tanpa memikirkan sejarah disebalik hari tersebut. Pada hari sambutan Valentine Day ini sudah biasa dengan simbolik warna merah, bunga ros, bentuk love dan banyak lagi.

Saya tidak dapat menafikan yang melalui pengaruh media massa seperti surat kabar, radio dan juga televisyen, sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan mengenai Valentine Day ini. Maka ramailah juga orang islam yang terikut-ikut dengan budaya yang jauh tersesat dari agama islam ini.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (Surah Al-An’am : 116)

Ada banyak sejarah dan asal-usul disebalik sambutan Valentine Day ini. Antara sejarah bermulanya sambutan valentine day ini adalah:

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana penentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka pada setiap 14 februari para pengikutnya memperingati hari kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Apabila saya melihat kepada sejarah ini memang ia satu perayaan bagi agama bagi orang kristian yang kemudiannya tersebar keseluruh dunia dan diterima oleh masyarakat seluruh dunia termasuklah orang-orang islam sendiri. Orang-orang islam yang jahil pasti akan menerima satu perayaan ini kerana perayaan ini bersesuaian dengan kehendak nafsu seorang insan bernama manusia. Iaitu seorang lelaki suka berkasih sayang dengan seorang wanita tanpa mempunyai ikatan yang halal dan sah mengikut syarak. Kalau betul pun mahu berkasih sayang tunggulah bila dah kahwin baru boleh nak berkasih sayang. Masa tu halal nak berkasih sayang macam mana pun.;)

Sebagai seorang islam adakah kita masih ingin menyambut Hari Valentine ini? Janganlah kita didorong oleh syaitan dan nafsu semata-mata tanpa menggunakan akal fikiran dan agama islam sebagai sebagai pembimbing di dalam diri. Maka sudah jelas walau apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan agama yang diimport dari luar yang ternyata terang-terangan bertentangan dengan keyakinan (akidah) orang islam. Janganlah kita membelakangi akidah kita dengan semangat toleransi dan setia kawan. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang sentiasa menjaga akidahnya. Insyaallah.

JOM SHARE

8 thoughts on “Valentine Day Bukan Hari Berkasih Sayang!

  1. amboi thoha doh pikir nok kawin ko plop nih..blaja lah molek dulu gak..haha
    tp gak betoi gop tuh kalo doh meme kene ngt nyor kawin jela.xdop dosa ckt.dop tau lah
    bese ar remaja mmg suke bnde2 cmni

    1. Bukan thoha yang nak kahwin tapi pada mereka-mereka yang gatal sangat nak sambut hari valentine tu boleh la kahwin cepat-cepat pastu lepas kahwin sambut la hari kekasih hari-hari pun tak apa bukannya pada tarikh 14 februari. Kalau dah kahwin tak ada siapa nak marah pun dapat pahala lagi ada la..hehe

      Sama ada suka ataupun tidak kena jauhkan la sebab ia bukan amalan orang islam.

      1. salam..
        kalu dah mampu, kawen je lah..xyah tunggu2 lagi..takut nanti berlaku plak benda2 ynag tak baik…hehehe

        1. salam
          betul tu..jangan tunggu lama2 kalau dah mampu..

  2. betoi tuh..nth ar skunk nie kbnykn lebih suke nk enjoy tp xselidik pown dulu pe tuh valntine day..mebi dorng anggp romantik lah kowt.nth nk komen pe lg da

    1. Betul tu tasha..Kena selidik dulu sebelum kita melakukan sesuatu perkara. Benda ni memang la nampak romantik tapi dalam agama islam tak ajar pun suruh romantik-romantik ni. Kalau nak romantik sangat kahwin la cepat-cepat.hehe
      Betul tak tasha?

  3. Sejak aku bercinta dan aku kawin sampai ada anak… tak penah aku sambut hari valentine ni… bagi aku setiap hari adalah hari valentine… tq 4 sharing

    1. Bagos la kalau macam tu bro..tapi anak-anak muda zaman sekarang banyak terdedah kepada budaya dari barat ini tanpa mengetahui asal-usulnya valentine day yang jauh dari ajaran islam..lepas dah kahwin setiap hari adalah hari kekasih kan bro?hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *