Assalamualaikum,
Adakah ilmu yang kita miliki hanya untuk disimpan semata-mata?. Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.
Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya”.
Begitulah perbuatan menyimpan ilmu seorang diri itu adalah sangat dibenci oleh Allah. Jadi sebagai seorang hamba yang bertakwa kita digalakkan menuntut ilmu supaya kita tidak menjadi orang yang jahil diatas muka bumi Allah ini. Pada masa sekarang peluang dalam menuntut ilmu adalah sangat luas. Ini kerana dunia semakin maju dan cara penyampaian juga semakin cepat dan mudah.
Dunia sekarang mengalami zaman teknologi maklumat (IT) yang semakin pesat membangun. Jadi proses penyampaian maklumat adalah semakin mudah dan cepat kepada semua orang tidak kira dimana pun mereka berada. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan dan mahu mengambil peluang dalam penyampaian ilmu yang semakin mudah dan cepat ini. Melalui blog inilah saya dapat menyampaikan banyak informasi kepada anda semua. Jika anda mempunyai apa-apa pengetahuan dalam apajua bidang ilmu boleh la andai menyampaikan kepada orang lain. Anda tidak rugi apa-apa malah banyak kelebihan yang anda dapat sebenarnya. Antara kelebihan dan kebaikan anda menyampaikan ilmu kepada orang lain adalah:
Akan dihormati dan disegani
Sudah semestinya anda akan dihormati dan disegani. Ini kerana orang yang belajar dan menuntut ilmu daripada anda akan menganggap anda sebagai guru mereka. Walaupun ilmu yang anda ajar mereka hanya sedikit saja. Namun ianya terlalu bermanfaat untuk diamalkan oleh mereka. Oleh itu anda akan sentiasa dihormati dan disegani oleh orang yang anda mengajarkan ilmu kepada mereka itu. Tapi jangan jadikan rasa hormat dan segan orang lain kepada anda membuat anda semakin berbangga diri dan sombong. Hendaklah anda semakin bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat ilmu pengetahuan kepada anda dan anda dapat menyampaikannya kepada orang lain pula.
Ilmu dalam diri akan terus bertambah
Saya tahu ramai yang tidak suka untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki. Ini kerana mereka takut ilmu yang mereka ajar nanti akan membuatkan orang lain akan lebih pandai dari mereka. Anda perlu buang jauh-jauh sifat begitu dari dalam diri anda. Ini kerana setiap ilmu yang anda sampaikan anda tidak rugi apa-apa pun sebenarnya. Setiap ilmu yang anda sampaikan tidak akan mengurangkan ilmu anda itu walau sedikit pun malah ilmu dalam diri anda akan makin bertambah lagi. Jika orang yang anda ajarkan ilmu itu menjadi lebih pandai maka anda juga yang akan mendapat pahala dan menunjukkan anda seorang guru yang hebat.
Mendapat pahala jika ilmu terus diamalkan
Setiap ilmu yang anda sampaikan sama ada kebaikan ataupun keburukan, maka anda akan berterusan mendapat pahala daripada Allah jika ilmu yang anda ajarkan itu terus diamalkan oleh orang lain. Begitulah juga sebaliknya jika ilmu kejahatan yang anda sampaikan maka anda juga yang akan menanggung dosa dari orang yang melakukan dosa setelah mendapat ilmu kejahatan daripada anda. Maka tepuk dada tanya iman. Anda yang menentukannya. Setiap ilmu yang anda sampaikan sebenarnya sudah mendapat pahala daripada Allah. Dan jika ilmu itu terus diamalkan maka anda akan berterusan mendapat pahala itu. Insyaallah.
Orang suka berada disamping kita
Bila anda banyak ilmu anda akan mempunyai ramai kawan. Ini kerana orang suka berkawan dengan orang yang banyak ilmu ni. Boleh bagi manfaat kat mereka. Kawan-kawan anda pun akan suka berada disamping anda kerana mereka dapat mencedok walaupun sedikit ilmu yang anda miliki. Orang yang tidak berapa rapat dengan anda pun akan berasa selesa jika berada disamping anda. Boleh dikatakan semua orang la akan selesa dengan anda. Ini kerana jika anda dapat memberikan sesuatu manfaat kepada orang lain maka anda akan disukai kerana kelebihan anda itu membantu mereka.
Dan ada banyak lagi kelebihan jika anda tidak kedekut ilmu untuk menyampaikan ilmu anda kepada orang lain. Saya pun guna blog ni dengan niat untuk menyampaikan ilmu sebanyak yang boleh kepada anda semua. Blog adalah perkongsian ikhlas dengan pembaca blog in supaya anda semua mendapat banyak manfaat semasa membaca blog ni ye. Pada entri sebelum ni saya ada menulis tajuk berkenaan ilmu ni seperti kelebihan orang berilmu dan bahaya apabila orang berilmu berbangga diri. Anda boleh rujuk balik entri tersebut. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda semua. Kalau ada yang kurang tu harap dimaafkan ye kerana ia kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih.
for me, ilmu tu sesuatu yang sangat baik kalau dapat dikongsikan bersama. tak ada guna nak simpan ilmu,. kita bukannya hiduo untuk selama-lamanya pun, alangkah baik kalau dapat share selagi ada umur kita 😉
salam kenal!
terima kasih ye..salam kenal juga…
suka dengan orang yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa berkongsi ilmu yang dia ada bersama kawan2 lain..
memang akan jadi kagum kepada mereka..
tapi, ada jugak segelintir orang yang tak mahu kongsi ilmu sebab takut orang lain lagi pandai dari dia.
janganlah kita kedekut berkongsi dengan ilmu yang kita miliki..
Ilmu yang ada dapt bkmbang jika dikongsikan ramai.. lagi satu dapat pahala jika kongsikan ilmu yang baik2..
mga terus berusaha mberi & berkongsi ilmu/pengalaman yg de.. dapat dijadikan renungan dan panduan bersama
insyaallah sama2 la kita ye..
ilmu yang baik adalah ilmu yang di kogsikan bersama2.
tak kira ilmu tersebut mudah diamalan, pendek, berinformasi yg penting ia adalah ilmu yang sukar untuk dicari ganti..pada individu yang sering kebuntuan mcri ilmu 🙂
pendapat bernas dari kak suri..terima kasih.
Assalamualaikum ww,
Nice posting. Salam kenal dari Jakarta.
waalaikumussalam,
salam kenal juga.terima kasih.