Posted on 9 Comments

Sifat Panas Baran Perlu Dibuang Dalam Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,:)

Sifat marah ataupun panas baran ini ada dalam setiap diri seseorang. Namun ianya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu pandai mengawalnya. Sifat panas baran ini dibenci oleh semua orang dan orang yang panas baran ini tidak akan disukai oleh orang sekelilingnya.

Orang yang panas baran ini suka bertindak mengikut nafsu amarahnya, pasal orang lain fikir kemudian yang penting dirinya puas hati kerana dapat melepaskan apa yang membuak-buak didalam hatinya. Saya tidak dapat menafikan yang saya juga kadang-kadang suka marah-marah juga tapi cepat sejuk.;)

Sebenarnya tidak salah untuk merasa marah itu, tapi biarlah ia kena pada tempat dan masanya. Dan bukannya disebabkan perkara kecil dan remeh tak pasal-pasal nak marah semua orang. Apa yang ingin saya bagitahu anda selagi anda masih boleh bersabar seeloknya anda perlu bersabar. Lebih mulia dan besar ganjarannya apabila anda banyak bersabar. Banyak akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya dalam diri anda mempunyai sifat panas yang sukar dikawal.

  • Membuatkan orang takut  dan gerun

Jika anda mempunyai sifat panas baran maka anda akan ditakuti oleh semua orang disekeliling anda. Jika anda seorang guru maka semua anak-anak murid anda akan takut kepada anda. Memang perlu seorang murid itu takut kepada gurunya tapi bukan sebab takut hormat tapi takut sebab guru itu terlalu garang dan panas baran. Malah mereka juga tidak akan berani untuk bertanya apa-apa kepada guru yang panas baran bimbang diri mereka akan dimarahi oleh guru tersebut.

  • Orang melarikan diri dan benci

Orang mempunyai sifat panas baran ini tidak disenangi oleh orang lain. Jika anda mempunyai sifat panas baran maka semua orang tidak akan selesa bersama anda dan akan melarikan diri daripada anda. Bukan apa sebab mereka takut tak pasal-pasal tiba-tiba kena marah baik larikan diri cepat-cepat. Jika anda seorang peniaga anda perlu elakkan diri anda dari mempunyai sifat panas baran. Sebagai seorang peniaga anda perlu sentiasa mesra dengan pelanggan anda. Malah pelanggan akan merasa sangat selesa dengan anda. Tapi jika anda menunjukkan sifat panas baran maka pelanggan-pelanggan anda casino online akan melarikan diri meninggalkan anda dan mungkin benci kepada anda

  • Meruntuhkan rumah tangga

Jika anda seorang suami yang sifat panas baran maka yang menjadi mangsa isteri dan anak-anak. Suami yang panas baran boleh menyebabkan penceraian dalam rumah tangga. Ini disebabkan isteri tidak lagi tahan dengan dengan suami yang panas baran kerana selalu kena marah dan kena pukul. Sikit-sikit nak naik angin tak tentu pasal. Perkara ini sudah sering dan banyak berlaku dan saya bukan hanya cakap-cakap kosong saja. Biasanya apa yang berlaku adalah apabila masalah ditempat kerja dibawa kerumah dan yang menjadi mangsa adalah isteri dan anak-anak. Silap haribulan boleh membawa kepada penceraian.

  • Tidak menghormati orang lain

Sifat panas baran bagi isteri yang pula akan mengungkit dengan suami apabila tengah marah. Ini akan memecahkan kerukunan rumah tangga juga. Isteri macam ini asyik hendak marah tidak tentu pasal dan ada saja yang tidak kena pada suami sendiri dengan mengungkit dan membanding kepada rumah tangga orang lain. Oleh kerana sifat panas barannya itu seorang isteri tidak lagi menghormati suaminya sendiri dan akan mendapat dosa akibat perbuatannya itu. Jika anda seorang anak yang panas baran maka anda akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa sendiri yang cuba menegur anaknya. Begitulah juga apabila anda seorang murid tidak akan menghormati guru apabila anda panas baran.

  • Tiada kemanisan dalam perhubungan

Maksud perhubungan disini adalah keluarga, pershabatan dan lain-lain. Ibu-bapa yang panas baran akan ditakuti oleh anak-anak maka tidak akan wujud lagi kemanisan dalam berkeluarga. Jika anda mempunyai kawan pula jika kawan anda itu menegur anda tentang sesuatu perkara yang salah tetapi sebaliknya anda memarahinya pula. Sudah tentulah kawan anda itu akan berasa kecil hati dengan anda. Lama-kelamaan hubungan persahabatan anda dengannya akan bertambah renggang. Sebenar kemanisan dalam persahabatan adalah apabila seorang sahabat menegur seorang sahabat yang lain untuk kebaikannya sebagai tanda mengambil berat. Jika sifat panas baran yang wujud maka kemanisan dalam persahabatan ini akan hilang.

Ada banyak cara untuk mengatasi sifat marah dan panas baran ini. Antara langkah-langkah yang diajarkan dalam islam adalah:

1) Mengawal lidah iaitu dengan berdiam diri. Dengan berdiam diri anda dapat mengawal kata-kata anda dari mengeluarkan kata-kata yang kesat. Ia juga akan membuatkan anda merasa lebih lega kerana melalui kata-katalah perasaan marah itu semakin membara.

Anda juga boleh mengubah posisi kedudukan anda apabila marah contohnya jika anda berdiri hendaklah duduk. Dengan mengubah posisi ini ia dapat mengalihkan perhatian anda walaupun sekejap secara tidak langsung ia dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah itu.

2) Perasaan marah itu sebenarnya susah untuk hilang. Didalam islam mengajarkan kita supaya mengambil wuduk apabila marah. Ini kerana apabila anda marah, syaitan bersama-sama dengan anda. Apabila anda mengambil wuduk syaitan-syaitan itu akan lari kerana syaitan itu adalah api. Air wuduk itu dapat menyejuk dan menghilangkan api kemarahan anda dan api syaitan itu. Air memang dapat memadamkan api.

3) Memperbanyakkan istighfar serta membaca al-Quran. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang. Perasaan marah anda akan hilang apabila anda banyak menyebut nama Allah dan meminta keampunan dariNya.

Buanglah jauh sifat suka marah dan panas baran dalam diri kita semua. Ini kerana sifat panas baran ini bagaikan bom masa yang akan meletup bila-bila sahaja tanpa diduga tempat dan masanya. Orang yang mempunyai sifat panas baran ini juga sebenarnya tidak mempunyai sifat malu. Mereka tidak malu dilihat oleh orang lain sebagai seorang yang panas baran walaupun sifat panas baran ini adalah sifat buruk. Mereka hanya mementingkan perasaan mereka sahaja tanpa memikirkan perasaan orang disekeliling.

Harapan saya, diharapkan anda semua mendapat banyak manfaat daripada post artikel saya pada kali ini:). Semoga kita semua tidak tergolong didalam orang yang mempunyai sifat panas baran. Anda perlu buang sifat panas baran didalam diri anda jika ada. Dan anda perlu sentiasa menjadi orang yang bersabar kerana semua yang berlaku walaupun kita tidak menyukainya adalah ujian dari Allah kepada hambanya untuk melihat sejauh mana hambanya itu dapat bersabar.

JOM SHARE

9 thoughts on “Sifat Panas Baran Perlu Dibuang Dalam Diri

  1. panas baran?? hidop aku da mcm sbati dgn org pans baran…x tau smp ble dapat aku sabar…n aku jeles dgn org yg dapat pasangan baik…=(

  2. aku mmg panas baran & kepala batu…tp cpt sejuk bila org buat kelakar…

  3. hai..
    cepar2lah kita mengangkat air sembahyang selalu diketika kta sdg dirasuk syaitan yang durjana.huhuhu

  4. salam,.,
    nk komen cket jek,.,
    bgs la artkel ni kalu org tol2 phm kn.,
    pns brn ni mmg merosakkan diri n org len,.,
    tp ingt, ‘SEKUAT-KUAT ORANG ADALAH SESEORANG YANG BOLEH MENAHAN RASA MARAH’

    1. terima kasih azli..

      nasihat yang berguna untuk orang macam aku..hehe
      aku kena kuatkan diri lagi..

  5. ssh klu ad sifat panas baran..sib baik xde sifat ni..klu x perlu kikis skit2 sifat ni..supaya nanti dr sndri xde mslh…hehe

    1. Bagos la kalau tak ada..
      kalau ada cepat-cepat la buang..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *