Aug
01
2011

Waktu Berbuka Puasa 2011

Assalamualaikum.

Setelah seharian berpuasa maka kita diwajibkan untuk berbuka puasa apabila telah masuk waktu berbuka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2011 bersamaan dengan 1432H. Waktu imsak dan waktu berbuka puasa 2011 ini telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim). Apa yang menariknya anda boleh terus ‘download’ dan simpan waktu imsak dan waktu berbuka ini terus ke komputer anda.

Aug
21
2010

Keburukan Dalam Kenyang

Salam sejahtera. Berbuka puasa adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Tapi janganlah semasa berbuka kita mengambil makanan yang banyak hingga terlalu kenyang. Ramai orang yang berbuka puasa dengan begitu banyak sekali hidangan makanan untuk dimakan. Alasannya kerana berpuasa pada siang harinya. Jadi pada malam harinya semasa berbuka mereka makan dengan terlalu banyak hingga terlalu kenyang.