Jul
05
2010

Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online

Salam sejahtera

Sedar tidak sedar masa tiga bulan begitu cepat berlalu. Cuti semester saya hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dihabiskan. Minggu depan saya terpaksa kembali untuk menyambung pengajian untuk tahun yang kedua(degree) di universiti. Cuti ni saya banyak masa free untuk berehat. Masa berehat ni biasanya saya gunakan untuk online. Bila dah balik universiti nanti dah kuranglah online jawabnya mesti buzy sikit. Setiap kali online ada beberapa aktiviti yang saya wajib buat ataupun buka di internet.

1. Menulis blog

Inilah yang saya buat sebagai seorang blogger. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update post sekali sehari walaupun tidak dapat melakukannya setiap hari. Biasanya saya akan update post bila saya ada masa free untuk menulis blog ni.

May
19
2010

Ketahui Rahsia Pemasaran Email

Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai satu ebook percuma Panduan Autoresponder TrafficWave. Autoresponder adalah satu sistem yang digunakan untuk mengumpulkan senarai email bagi seorang usahawan internet. Dan TrafficWave adalah salah satu autoresponder yang semakin popular digunakan oleh kebanyakan usahawan internet pada masa sekarang.

Membina senarai email adalah penting bagi sebuah perniagaan internet anda. Anda perlu membina senarai email untuk menyimpan email prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Ini kerana mereka adalah bakal pelanggan bagi produk-produk anda. Pastikan senarai email anda adalah berkualiti. Anda perlu sentiasa berkongsi tips-tips dengan senarai email anda. Anda juga boleh memberikan mereka produk-produk percuma kepada mereka. Ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan mereka kepada anda.