Posted on 26 Comments

Empat Perkara Berharga Dalam Diri Manusia

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi mengenai empat perkara yang sangat berharga yang berada dalam diri kita sebagai manusia. Empat perkara ini hendaklah dijaga dengan sebaiknya bagi menjamin kehidupan kita sebagai manusia yang sejahtera di dunia dan juga akhirat.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.”

Posted on 70 Comments

Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe