Posted on 7 Comments

Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik

Salam sejahtera. Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untukĀ  saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kan?