Amalan Doa Dalam Wudhuk
Assalamualaikum. Menunaikan sembahyang 5 waktu adalah wajib bagi setiap orang islam. Jika meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Salah satu syarat untuk sah sembahyang adalah dengan mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna ia akan dapat membantu kita untuk lebih khusyuk dalam sembahyang.
Di sini saya ingin berkongsi tentang wudhuk sebelum solat yang kita lakukan setiap hari dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat semua. Semasa berwudhuk ada doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mendapat wudhuk yang sempurna dan membersihkan hati kita supaya berada lebih dekat dengan Allah.




