Posted on 11 Comments

Susah Hari Ini Untuk Kejayaan Esok

Assalamualaikum.

Sebagai seorang manusia kita akan diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dalam hidup ini. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan dan keimanan kita kepadaNya. Antara ujian yang biasanya dihadapi oleh kita adalah terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan sebelum kita dapat mengecapi kejayaan yang benar-benar kita inginkan.

Kadang kala Allah akan menguji kita terlebih dahulu dengan kesusahan sebelum kita dapat memperolehi kejayaan yang kita inginkan. Kesusahan akan memberikan motivasi kepada kita yang sebuah kejayaan itu tidak akan diperolehi dengan mudah tanpa melakukan usaha. Apabila kita telah berjaya mencapai kejayaan setelah mengharungi pelbagai kesusahan, kita akan lebih menghargai kejayaan tersebut.

Contoh terbaik yang perlu kita ikut adalah Rasulullah S.A.W. Baginda bukannya dengan mudah dapat menyebarkan agama islam kepada umat manusia. Pelbagai ujian dan cabaran yang terpaksa dilalui semasa hidup Baginda untuk menyebarkan agama islam. Segala ujian dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Baginda tapi ia tidak pernah membuatkan Baginda mengalah dan berputus asa untuk terus berjuang.

Jika Baginda tidak berusaha untuk menyebarkan agama islam sudah tentu kita tidak dapat memperolehi nikmat agama islam pada hari ini. Alangkah besarnya jasa Baginda kepada kita dengan memberikan kita nikmat islam pada hari ini. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dapat menikmati nikmat islam pada hari ini. Berselawatlah kita kepada Baginda sebagai tanda ingatan dan kasih kita kepada Baginda.

Kita tidak boleh berputus asa kerana belum mendapat kejayaan yang kita inginkan. Bukan Allah tidak mahu memberi kejayaan kepada kita tapi Allah mahu kita berusaha dengan kekuatan yang Allah berikan kepada kita. Jika kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan akan datang kepada kita. Setiap kesusahan yang terpaksa kita harungi adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan yang ada dalam diri kita. Jangan kita menjadi orang yang lemah dan cepat berputus asa dengan ujian yang diberikan oleh Allah.

Kita hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan dosa-dosa kepada Allah. Banyak dosa-dosa yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Dosa-dosa yang kita lakukan akan menjauhkan diri kita dari mendapat rahmat dari Allah. Walaupun banyaknya dosa-dosa yang kita lakukan, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita memohon ampun dan bertaubat kepadaNya.

Kita merasakan yang diri kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi tetap masih belum berjaya juga. Kita tidak sedar mungkin ia disebabkan tidak adanya keberkatan atas setiap usaha yang telah kita lakukan. Tiada keberkatan adalah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan. Berdoalah kita kepada Allah semoga diampunkan segala dosa-dosa dan diberikan keberkatan dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.

Jangan kita hanya menjadi hamba yang sentiasa dekat kepada Allah apabila berada dalam keadaan yang susah sahaja. Tapi diwaktu senang kita menjadi lupa dan jauh dari Allah. Kita mahukan diri kita menjadi hamba sentiasa ingat dan berdoa kepada Allah diwaktu susah atau senang. Kita hendaklah sentiasa berdoa mendekatkan diri kita kepadaNya. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kejayaan yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

Apabila kita terpaksa mengharungi kesusahan terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan, ia akan menjadikan diri kita seorang yang lebih kuat dalam mengharungi kesusahan hidup dan seterusnya berjaya dalam hidup ini. Ia juga membuatkan diri kita seorang yang lebih menghargai kejayaan sebenar dalam hidup ini. Selepas berjaya hendaklah kita bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Allah berikan. Kita bersyukur sebagai tanda kita berterima kasih kepada Allah kerana memberikan nikmat kejayaan dalam hidup ini.

Tidak kiralah siapa pun kita sama ada seorang pelajar, pekerja, ahli perniagaan atau apa sahaja pekerjaan yang sedang kita lakukan. Sudah pasti kejayaan yang kita inginkan dalam hidup ini. Apa saja kesusahan yang kita alami dalam hidup ini adalah ujian dari Allah kepada kita. Hendaklah kita bersabar dan tabah menghadapinya. Berusahalah kita dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang kita inginkan dalam hidup ini. Berdoalah kepada Allah supaya diberikan kejayaan hidup didunia dan juga akhirat.

Saya menulis artikel ini adalah untuk memberi motivasi kepada diri saya sendiri dan berkongsi dengan pembaca. Semoga apa yang saya tulis ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang kurang itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

JOM SHARE

11 thoughts on “Susah Hari Ini Untuk Kejayaan Esok

  1. bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian..

  2. sejukkk je rasa lepas baca n3 ni 🙂

    1. Terima kasih. Semoga ia bermanfaat. Rasa sejuk macam mana? hehe

  3. Sy mmg bersusah2 payah dulu
    malah sekarang. Harap menjelang umur 30 an
    suatu hari nnti akan membuahkan hasil 😉

    1. Tak pe bro kita bersusah2 dahulu sekarang. Insyaallah kita akan mendapat kemudahan setelah menghadapi susah payah ni. 🙂

  4. untuk berjaya
    perjuangan perlu digandakan
    umat dahulu juga masih berjuang bir pun di bulan ramdhan

    1. Terima kasih bro atas ingatan tu. Memang betul umat terdahulu sanggup berperang pada bulan puasa demi mempertahankan agama islam. Kita perlu mencontohinya dalam hidup kita. 🙂

  5. topik yg kte dah tau tp kdg2 ble dtimpa kesusahan kte bole buat2 xtau..hurmm..
    peringatan yg bgs

    1. Terima kasih. Betul tu topik yang kita dah tahu. Tapi manusia selalu lupa dan perlu sentiasa bermotivasi untuk berjaya. Saya saja menulis ni sebab kadang2 saya pun kurang bermotivasi juga. Saya tulis ni untuk bagi peringatan dan motivasi kepada diri saya sendiri. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *