Posted on 8 Comments

Berhenti Berangan + Mulakan Langkah = Sukses

Setiap kejayaan(sukses) pastinya bermula dengan impian. Istilah itu memang betul. Namun begitu jika impian yang ada tidak disertakan dengan langkah dan usaha yang bersungguh-sungguh ianya hanya akan sia-sia dan tidak akan kemana-mana. Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda semua dalam post kali ini adalah mengenai  yang mesti dilakukan dan diambil untuk mencapai sukses dalam apa jua bidang yang anda lakukan.

Impian yang muncul dalam fikiran anda adalah sebagai satu permulaan dalam mencapai setiap kejayaan dalam hidup anda. Dengan impian jugalah ramai orang berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini. Anda sudah pastinya mempunyai juga bukan?. Mempunyai impian sahaja tidak cukup tapi mestilah disertakan dengan usaha sekali dan bertawakal kepada Allah.

1. Anda mestilah menetapkan matlamat anda apa yang akan anda lakukan. Selepas anda mempunyai impian cuba letakkan matlamat anda sejauh mana anda ingin mencapai impian anda itu. Dengan meletakkan matlamat yang betul anda akan tahu tujuan anda dan apa yang anda ingin lakukan selepas itu.

2. Memotivasikan diri anda. Motivasi adalah sangat penting dalam mencapai kejayaan anda. Jika anda mempunyai motivasi yang baik maka anda akan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan impian anda itu. Ada banyak sebenarnya untuk memotivasikan diri. Antaranya membaca rahsia kejayaan orang yang berjaya, melihat kejayaan orang lain, berkawan dengan orang yang sudah berjaya dan banyak lagi.

3. Selepas menetapkan matlamat anda. Anda hendaklah menetapkan pula langkah-langkah anda apa yang ingin anda lakukan selepas itu. Dengan impian sahaja tidak cukup, disertai dengan langkah barulah impian itu boleh tercapai. Dan setiap langkah pertama anda itu adalah penentu kejayaan anda.

4. Dah mulakan langkah dah boleh berjaya ke? Belum lagi agaknya. Selepas anda memulakah langkah anda maka anda perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh lagi barulah kejayaan yang lebih baik menanti anda. Dengan langkah dan usaha yang gigih maka kejayaan yang cemerlang menanti anda.

5. Dan akhir sekali selepas anda melakukan semua langkah dan usaha yang telah dilakukan dengan betul maka perlulah bertawakal kepada Allah. Hanya kepadaNya tempat kita memohon segala pertolongan. Dialah juga yang menentukan sejauh mana kejayaan anda selepas itu. Walaupun sekuat mana pun usaha yang anda lakukan jika ianya tidaka diberkati oleh Allah maka usaha anda itu adalah sia-sia belaka.

Semuanya bergantung kepada anda untuk mengecapi impian yang anda impikan. Ianya tidak musathil jika kena pada caranya. Untuk meraih sukses banyak yang perlu anda usahakan kerana ianya tidak akan datang secara bergolek. Kita bukan hanya mahu sukses di dunia sahaja tetapi juga mahu sukses di akhirat. Sama-sama lah kita renungkan.

JOM SHARE

8 thoughts on “Berhenti Berangan + Mulakan Langkah = Sukses

  1. sukses….menggapainya adalah mudah, tapi mengekakannya tak semudah….. 🙂

    1. Untuk mengekalkan sukses memerlukan keazaman yang kuat dan tinggi. Semoga sukses akan terus bersama kita selalu.

  2. Setiap org ada caranya tersendiri utk mencapai kejayaan…

    Buat masa ini, bg aku 3 asas penting utk capai kejayaan

    1. FOKUS
    2. Istiqamah/konsisten dalam melakukan sesuatu.
    3. Sentiasa bersikap positif.

    Insya allah akan berjaya

    1. Asas yang diberikan saudara memang patut dilakukan oleh semua orang untuk mencapai kejayaan..
      Terima kasih bro..

  3. utk berjaya..usaha dan tawakal tu penting…motivasi dlm diri kena tggi dan cuba cabar diri sndri..org lain bole berjaya xkn kita x bole…hehee

    1. terima kasih saudara azizan..
      saya sangat sokong pendapat saudara yang kita cuba cabar diri sendiri..
      barulah kita akan lebih bermotivasi dan bersemangat..

      1. same2 bro…btol tu..bila kite cabar diri kita,self confident akn meningkat..apa bnda yg kita buat yakin je..lg 1,ada pakar motivasi nasihat..utk berjaya kite kena fokus pada mnt kite tu..bg spesifik,jgn terlalu umum..cth la..klu kite nak masuk universti..kite kena target nk msuk u mane n nak amik kos ape..kite xley saje target lps spm aku nk masuk u..biasenye org cmni ssh nk berjaya,,

        1. makin tambah bersemangat pulak saya rasa..
          terima kasih byk2 lagi sekali bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *