Posted on Leave a comment

Erti persahabatan…

Dalam dunia ini, anda mempunyai ibu bapa dan adik beradik yang selalu berada disamping anda. Selain mereka anda tidak punya sesiapa kecuali diri anda sendiri..tetapi dalam anda bersendiri, anda beruntung kerana mempunyai ramai sahabat yang selalu memahami anda.

Sebagaimana anda mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia(sahabat). Tetapi anda mungkin sering terlupa akan hal itu. Anda cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan sahaja. Anda rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya kepada anda. Anda tidak memberi dia peluang untuk menerang situasi sebenar keadaannya.

Bagi anda, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Anda mungkin terlupa, anda juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana anda juga ada janji yang anda tidak ditepati tetapi anda sering kali melupainya. Anda beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan anda. Anda bersungguh-sungguh untuk meyakinkan dia tentang situasi sebenar anda. Waktu itu, terfikirkah anda tentang perasaannya??? Sama seperti anda, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi anda sering terlupa akan itu.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi anda pada waktu anda memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan anda dengan ikhlas, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian anda luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian kepada masalah anda.

Selalunya anda terlalu asyik bercerita tentang diri anda hingga kadang-kadang anda terlupa yang sahabat anda juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama anda. Pernahkah anda memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya? rasa takutnya?

Pernahkah anda menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan anda?
Ikhlaskah anda mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah anda menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali anda merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah anda yakinkan dia bahawa anda boleh dipercayai, anda boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah anda menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya ingin bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa. Sama seperti anda juga.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Anda selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang anda sangkakan.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan, disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, anda tidak tahu…….tetapi jika anda cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin anda akan tahu.

Renungilah…..

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *