Posted on

Facebook Cecah 1.55B Pengguna Setiap Hari

Statistik Facebook

Facebook Inc., buat pertama kali merekodkan lebih satu bilion pengguna aktif di seluruh dunia setiap hari pada September 2015.

Pengasasnya, Mark Zuckerberg berkata, pencapaian itu bersamaan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu dan hampir 1.55 bilion menggunakan Facebook sekurang-kurangnya setiap bulan.

Katanya, Facebook mencatatkan perolehan sebanyak AS$4.5 bilion (RM19.34 bilion) bagi suku ketiga berakhir 30 September 2015.

“Pertumbuhan itu didorong oleh penambahan bilangan pengguna di seluruh dunia dan dengan mengenakan caj bagi iklan terutamanya iklan video.

“Secara purata, lebih 500 juta menonton lapan bilion video setiap hari menerusi platform Facebook,” katanya dalam kenyataan dalam akaun peribadi Facebooknya di sini hari ini.

Facebook meraih sebanyak AS$4.3 bilion (RM18.48 bilion) bagi perolehan iklan, meningkat 4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Zuckerberg, syarikat akan terus fokus kepada inovasi dan pelaburan bagi jangka masa panjang untuk menghubungkan seluruh dunia.

Mengenai projek realiti maya Oculus VR, beliau berkata, platform baharu seperti itu mengambil masa yang lama untuk dibangunkan.

Dalam perkembangan lain, aplikasi perkongsian gambar milik Facebook iaitu Instagram mencatatkan lebih 400 juta pengguna setiap bulan, manakala aplikasi bual miliknya, WhatsApp mempunyai 900 juta pengguna setiap bulan. – Facebook

Sumber: www.utusan.com.my

 

JOM SHARE