Posted on Leave a comment

Jihad Dalam Perniagaan

Saat  kita diajukan mengenai menceburi bidang perniagaan, banyak perkara dan tanggapan yang akan berlegar. Ada antara kita yang memandang perniagaan itu sebagai satu cabang jihad, tidak kurang juga ramai yang memandangnya sebagai simbol ketamakan, mengejar harta duniawi dan dan berbagai tohmahan negatif yang lain. Sama ada kita sedar atau tidak ramai juga dari kalangan kita ataupun rakan-rakan kita yang sudah berjaya melalui perniagaan. Barangkali nasib tidak menyebelahi diri sewaktu zaman persekolahan kemudian  direzekikan Tuhan untuk berjaya dalam perniagaan.

Menyebut tentang perniagaan pada hari ini, kita tak dapat lari dari menyebut tentang perniagaan dan mempromosi perniagaan melalui internet. Umat Islam harus melihat perkembangan ini dari sudut yang positif. Jangan  melihat perniagaan  internet ini sebagai ancaman kepada perniagaan offline yang tidak menjalankan pemasaran melalui Internet. Sebenarnya kita harus turut serta merebut peluang perniagaan internet yang ada di sekeliling kita pada hari ini. Matlamat utama kita berniaga adalah sebagai suatu cara mencari redha Allah dengan rezeki yang halal. Berkejarlah kamu dalam mencari redha Tuhan.

Tidak dinafikan, ada kelompok masyarakat yang memandang negatif  perniagaan internet. Perniagaan internet boleh jadi satu batu loncatan yang awal untuk menceburi bidang perniagaan. Ramai dari kalangan kita yang sudah bekerja atau pun belajar tetapi perniagaan internet memberi kesempatan untuk melakukan perniagaan secara sambilan. Liku-liku cabaran bergelar usahawan akan dilalui dan disitulah kemanisan akhir kejayaan yang akan Tuhan beri. Bahkan menurut cerita Irfan Khairi  sewaktu tahun pertama perniagaan beliau hanya memperoleh seorang pelanggan. Lihatlah beliau pada hari ini. Beliau adalah ikon meraka yang ingin menceburi bidang perniagaan internet.

Terdapat berbagai skim penipuan internet yang ada dan kita harus memilih dengan baik dan berhati-hati. Jangan jadikan  ruang mencari rezeki itu akhirnya menjadi sumber yang haram buat kita dan anak-anak. Usahawan muda muslim seperti Irfan Khairi telah membuktikan bahawa beliau boleh berjaya. Hari ini Irfan Khairi mengadakan pelbagai bengkel untuk membantu usahawan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan. Bukankah itu juga satu jihad yang dapat dilakukan oleh golongan usahawan dan peniaga?

Disamping bersyukur kita juga harus bercita-cita untuk terus maju ke depan. Lihatlah peluang perniagaan di sekelilingmu dan ambil kesempatan terus maju ke hadapan. Rata-rata ahli perniagaan berimpian untuk meyediakan kehidupan selesa buat anak-anak disamping berbakti kepada ibu bapa. Mungkin kita sudah selesa dengan kehidupan hari ini tetapi bersamalah  kita jadikan kehidupan anak-anak lebih baik dan selesa daripada kita. Lihatlah perniagaan sebagai usaha jihad bukannya kaedah untuk bermegah-megah dengan kehidupan dunia. Semoga amal jariah kita diterima Allah di muka bumi.

Penulis: Azali
Tentang Penulis: Penulis yang baru menulis atas rasa minat dan ingin jadi penulis yang baik buat semua.
Laman Web: http://usahawanperniagaaninternet.blogspot.com/

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *