“Kehidupan hari ini adalah hasil pemikiran masa lalu,”
Kapten Kapal dan Krewnya. Konsep mudah untuk memahami Kuasa Minda ialah seperti kapten kapal dan krewnya. Bayangkan minda sedar anda sebagai kapten dan minda separa sedar sebagai krewnya serta kehidupan anda sebagai kapalnya.
Apabila anda memikirkan sesuatu,ianya adalah hasil minda sedar anda menterjemahkan satu realiti dan akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda separa sedar anda. Krew hanya mematuhi arahan kapten dan begitulah yang terjadi kepada minda separa sedar anda. Ianya hanya mengikut ‘arahan’ minda sedar anda.
Andaikata anda memikirkan anda letih, minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti. Degupan jantung, tempo pernafasan, kadar aliran darah dan yang seumpamanya akan membentuk tubuh anda menjadi letih. Begitulah sebaliknya. Mesejnya jelas iaitu setiap apa yang terfikir oleh minda sedar anda akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda sedar anda yang perlu dipatuhi. Ianya akan bertindakbalas dengan automatik dan segera.
Ini merupakan satu hukum alam dan sentiasa berlaku. Tidak kira apa arahan kapten, krew akan mematuhinya dan menterjemahkannya melalui tubuh. Sama ada dalam bentuk fizik atau tindakan anda. Krew hanya memiliki satu perkataan terhadap kaptennya iaitu,”Ya”. Ini kerana krew tidak memiliki kebolehan untuk menolak sebarang arahan daripada kapten. Apa jua arahan yang diberi oleh kapten akan dipenuhi oleh krew. Beginilah bagaimana seseorang manusia melalui kehidupan.
Berdasarkan maksud hypnosis dalam artikel Apakah Hypnosis? yang menerangkan maksud hypnosis menunjukkan bahawa kita telah dihypnosis sejak kita lahir ke dunia ini. Apa yang telah kita lalui dalam kehidupan ini telah mempengaruhi minda kita. Tujuan artikel ini ialah agar kita dapat menghypnosis diri kita untuk mendapat apa yang kita impikan.
Kita semua tahu bahawa untuk mencapai semua matlamat kita,kita hendaklah memberikan sepenuh fokus .Ianya adalah sesuatu yang amat bernilai sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan kita tahu untuk menggunakannya dengan betul. Maksud fokus ialah memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita fikirkan.
Anda tidak perlu untuk berasa kecewa sekiranya anda tidak dapat untuk fokus terhadap sesuatu impian yang anda impikan sekian lama kerana gagal untuk memberikan fokus untuk jangka masa yang lama. Hanya sebilangan kecil manusia yang mampu untuk kekal fokus pada jangka masa yang panjang.
Dalam keadaan hari ini,ramai orang yang memfokuskan terhadap sesuatu yang tidak diingini berbanding dengan fokus terhadap apa yang mereka mahukan. Kecenderungan seperti ini akan dapat dihilangkan atau dikurangkan sekiranya mereka tahu bagaimana untuk memberikan fokus terhadap apa yang mereka inginkan.
Kuasa fokus akan menjamin setiap kemahuan yang anda mahu tercapai. Ianya akan menghapuskan perasaan ragu-ragu dan memberikan kekuatan untuk kekal persisten dalam apa jua keadaan. Sekiranya daya fokus di latih beberapa setiap kali, ianya akan memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan anda.
Nama-nama besar seperti Iskandar Zulkarnain, Hitler, Genghis Khan, Albert Einstein, Steve Jobs, dan lain-lain tokoh berjaya mencapai apa yang mereka mahukan kerana mereka memiliki daya fokus yang tinggi. Hasil kerja yang hebat dapat dicapai dengan adanya daya fokus yang tinggi.
Keyakinan dan inspirasi akan datang sekiranya kita boleh untuk memberi fokus terhadap apa yang kita inginkan. Berita baiknya ialah Fokus merupakan salah satu daripada 6 kuasa mental pada minda sedar dan ianya dimiliki oleh semua manusia normal.
Dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari daripada satu-satu masa yang sangat mencabar-masa dimana semua sumber yang kita miliki diuji. Masa dimana dunia ini kelihatan sangat tidak adil. Masa dimana keyakinan,harga diri,kesabaran, kebolehan kita untuk bertindak di luar kemampuan kita. Sesetengah orang menggunakannya sebagai peluang untuk merubah hidup mereka dan sebahagian lagi menggunakan situasi tersebut untuk mensabotaj diri sendiri. Di saat-saat seperti inilah yang memerlukan kuasa fokus yang tinggi untuk mencapai impian kita. Situasi seperti inilah yang membezakan diantara seorang pemenang atau pengecut.
Adakah anda pernah mengalami suatu situasi yang anda memang yakin anda tidak akan salah?
Dimana masa tersebut kelihatan tidak akan ada sebarang kesalahan?
Permulaan langkah untuk menggunakan kuasa fokus ialah mengetahui apa yang anda inginkan. Semua sumber telah tersedia dalam diri anda-minda anda. Tiada gunanya anda memiliki suatu ‘alat’ yang bernilai sekiranya anda tidak dapat menggunakannya. Sekarang tetapkanlah apa yang anda inginkan. Tiada apa pun yang dapat menhalang anda untuk mencapainya. Tiada manusia yang tidak mampu mencapai impian masing-masing kecuali bagi orang-orang yang tidak memiliki impian yang memberikan inspirasi untuk dicapai.
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu tulislah apa yang anda inginkan kerana secara purata seorang manusia akan berfikir sebanyak 60,000 kali dalam masa 24 jam. Dengan menulis,ianya akan membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda dan menyisihkan 59,999 fikiran yang menganggu.
Tuliskan apa yang anda mahu. Tuliskan apa yang anda benar-benar mahu. Sering berlaku manusia bercakap mengenai apa yang mereka tidak inginkan. Jadikannya spesifik. Gunakan 5 deria anda untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang apa yang anda mahukan. Semakin banyak yang anda jelaskan, akan lebih mudahlah untuk minda anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
Menciptakan apa yang anda mahukan didalam minda anda terlebih. Minda separa sedar tidak dapat membezakan diantara realiti atau fantasi. Wujudkan keadaan, emosi, suara, dan yang seumpamanya seolah-olah anda telah mencapainya. Ini sebagai pembuktian untuk mengetahui sama ada anda sudah mencapai impian anda atau tidak.
Pastikan apa yang anda mahu dapat anda kawal. Ini bererti ianya tidak bergantung kepada orang lain. Ianya bergantung sepenuhnya kepada anda. Pastikan apa yang anda mahu boleh terjadi dalam dunia nyata. Adalah mustahil sekiranya anda seorang lelaki dan ingin mencapai impian menjadi seorang isteri solehah.
Komponen-komponen Untuk Menetapkan Matlamat
Spesifik Apa yang anda benar-benar mahu?
Deria Apa yang anda akan lihat?
Apa yang anda akan dengar?
Apa yang akan anda rasa?
Keadaan sekarang
Apa yang anda inginkan?
Apa yang berlaku sekarang ini?
Apakah perbezaannya?
Kaedah Pembuktian Bagaimana anda dapat mengetahui impian anda tercapai?
Ini hanyalah sebagai panduan untuk meningkat fokus. Ianya akan dapat membantu anda untuk mengetahui apa yang anda inginkan. Ini hanyalah bahagian pengenalan kepada Kuasa Fokus.
Seperti yang telah ditulis dalam Kuasa Minda, minda sedar terbahagi kepada 6 bahagian.5 bahagian lagi akan dihuraikan pada artikel yang akan datang.
Dari: Wan khairul Khairi
Tentang Penulis: Bekerja sendiri,minat dengan bidang hypnosis,NLP,minda,motivasi
Laman Web URL: http://hypnosis-diri.blogspot.
saya suka dengar segmen Prof Dr Mohaya kat radio Ikim, beliau selalu cerita tentang kuasa minda bawah sedar, mungkin boleh jadi topik posting kamu nanti
biasanya bila beberapa tugasan datang serentak,
fokus boleh jadi hilang
catatan memang sangat perlu untuk susun apa yang perlu dibuat lebih dulu