Posted on Leave a comment

STEVE JOBS – Pemuda Berimpian Yang Mengubah Gaya Hidup Dunia

Steve Jobs

AWAL KEHIDUPAN

Steve merupakan anak angkat kepada keluarga Paul Jobs dan Clara. Di sini, namanya menjadi Steven Paul Jobs. Ibu angkatnya Clara bekerja sebagai seorang akauntan dan bapa angkatnya Paul bekerja sebagai pengawal pantai veteran dan jurumesin. Mereka sekeluarga menetap di Mountain View, California, kini kawasan ini telah dikenali dengan nama Silicon Valley.

Sewaktu kecil, Steve dan ayahnya akan menghabiskan masa bertukang barangan elektronik di garaj milik keluarganya. Ayahnya akan mengajar Steve cara-cara pemasangan alat-alat elektronik secara tidak langsung ia telah menjadi hobi kepada Steve. Hobi yang dipupuk ini berjaya menambahkan keyakinan dan ketabahan diri serta kekuatan kemahiran dari segi skil mekanikal.

Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran genius dan inovatif, Steve seringkali merasa hampa dengan sistem formal pembelajaran sekolah yang sedia ada. Akibatnya, beliau suka belajar sambil lewa di peringkat sekolah rendah sehinggakan cikgu terpaksa merasuah Steve untuk belajar secara serius. Keputusan peperiksaan beliau di zaman sekolah rendah sangat cemerlang. Pentadbir sekolah ingin melangkaukan beliau terus ke peringkat sekolah menengah akan tetapi telah dibantah oleh ibu bapanya. Selang beberapa tahun, Steve memasuki alam persekolahan menengah dengan mendaftar di Homestead High School pada tahun 1971. Di sini beliau telah berkenalan dengan rakan baru bernama Steve Wozniak.

Pada tahun 2007, PC World telah menemuduga Wozniak dengan bertanya bagaimana beliau dan Steve dapat bekerjasama dengan begitu bagus. Wozniak mengatakan, “Kami berdua sangat sukakan elektronik dan bagaimana kami berdua begitu tertarik dengan cip digital. Jika dilihat kini, terlalu sedikit orang yang memahami apa itu cip digital, bagaimana kegunaannya dan apakah potensi cip digital ini mampu lakukan. Saya telah reka bentuk banyak jenis komputer, jadi saya lebih mahir dalam elektronik dan reka bentuk komputer lebih dari Steve. Walaubagaimanapun, kami masih mempunyai minat yang sama dan kami mempunyai sifat berdikari yang tinggi terhadap apa yang ada di dunia ini.”

APPLE COMPUTER

Pada tahun 1974, Steve telah bekerja bersama syarikat Atari sebagai pereka permainan video. Selang beberapa bulan, beliau meletak jawatan meninggalkan syarikat Atari demi mencari ketenangan rohani di negara India. Tahun 1976, ketika ini umur Steve mencecah 21 tahun, beliau dan Wozniak mencipta Apple Computer. Mereka berdua memulakan kerja di garaj milik keluarga Steve dengan bermodalkan permulaan sebagai usahawan bersama dari penjualan bas Volkswagen milik Steve dan penjualan kalkulator saintifik kesayangan milik Wozniak. Steve dan Wozniak menjadi pencetus revolusi kepada industri komputer dengan mencipta teknologi terbaru, mesin yang lebih kecil, murah, intuitif dan mampu diakses oleh pengguna pada setiap masa.

Wozniak mengilhamkan beberapa siri komputer peribadi yang mesra pengguna, manakala Steve dipertanggungjawabkan bagi melakukan pemasaran secara agresif. Harga bagi sebuah komputer Apple bermula dengan harga USD666.66. Versi Apple I (pertama) memberi pulangan syarikat sekitar USD774, 000. Selang tiga tahun, syarikat Apple mengeluarkan versi yang kedua. Apple II telah memberi keuntungan sehingga 700 peratus kepada syarikat dengan jualan mencecah USD139 juta. Pada tahun 1980, Apple Computer telah menjadi sebuah syarikat yang didagangkan kepada umum dengan nilai pasaran sebanyak USD1.2 bilion pada akhir hari pertama ia didagangkan. Steve menawarkan John Sculley, pakar pemasaran Pepsi Cola bagi membantu mengisi kekosongan jawatan presiden syarikat Apple.

Beberapa produk keluaran Apple seterusnya telah mengalami kelemahan reka bentuk yang ketara dan menyebabkan kekecewaan kepada penggunanya. Syarikat IBM berjaya mengambil peluang ini dengan mengungguli dunia komputer serta mempunyai jualan komputer lebih tinggi berbanding syarikat Apple.

Pada tahun 1984, syarikat Apple mengeluarkan produk Macintosh, pemasaran komputer yang mencerminkan gaya kehidupan seperti romantik, remaja dan kreatif. Walaupun berjaya mencipta jualan yang memberangsangkan serta memiliki prestasi komputer lebih bagus berbanding komputer IBM, produk Macintosh masih tidak dapat menandingi kehebatan secara keseluruhan IBM. Sculley president syarikat Apple percaya bahawa kelemahan ini terjadi akibat daripada Steve, akibatnya eksekutif syarikat berkenaan mula menghentikan perkhidmatan beliau. Tanpa memiliki sebarang jawatan rasmi di syarikat Apple, pada tahun 1985 Steve meninggalkan Apple dan memulakan perusahaan baru perkakasan dan perisian yang dipanggilkan NeXT, Inc.

Tahun berikutnya, Steve membeli syarikat animasi dari George Lucas yang kemudiannya menjadi Pixar Animation Studios. Dengan mempercayai potensi Pixar ini, Steve telah melabur USD50 juta duit beliau sendiri kepada syarikat tersebut. Pixar Studios mula menghasilkan filem-filem animasi yang popular seperti Toy Story, Finding Nemo dan The Incredibles. Filem Pixar telah memberi pulangan sebanyak USD4 bilion. Pixar mula bergabung dengan Walt Disney pada tahun 2006, menjadikan Steve Jobs sebagai pemegang saham terbesar di dalam Disney.

MEMPERBAHARUI APPLE DAN TERUS MENGUNGGULINYA

NeXT, Inc telah mereka bentuk sistem operasi baru dan sedang dalam percubaan untuk menjualnya kepada pelanggan aliran utama Amerika. Pada tahun 1996, Apple akhirnya membeli NeXT, Inc dengan harga USD429 juta. Pada tahun berikutnya, Steve kembali semula ke Apple sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple. Sama seperti kejayaan Apple yang dicipta oleh Steve Jobs pada tahun 1970, beliau telah diberi pujian tinggi pada tahun 1990 oleh Apple bagi memberi nafas baru kepada syarikat tersebut. Dengan adanya pasukan pengurusan baru, pilihan saham diubah dan gaji tahunan yang dikenakan sebanyak USD1 setahun, Steve berjaya membawa kembali Apple ke landasan yang tepat.

Produk pintar Steve seperti iMac, kempen penjenamaan yang berkesan dan reka bentuk bergaya berjaya menarik pengguna sekali lagi. Kepintaran dan inovatif Steve tidak berhenti setakat ini, beliau terus mengungguli dunia digital dengan mengeluarkan produk seperti Macbook Air, iPod, iPad, iPhone dan iTunes. Produk terakhir sentuhan Steve Jobs merupakan telefon pintar iPhone 5s.

Sumber: http://aotribe.com.my/

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *