l

Baca Al-Quran Secara Online

Assalamualaikum,

Membaca Al-Quran adalah perkara yang wajib bagi setiap orang muslim. Tidak kiralah dimana sahaja anda berada membaca Al-Quran tidak boleh ditinggalkan dalam kehidupan seharian. Walau hanya sekadar membaca surah-surah pendek sudah mencukupi sebagai kewajipan seorang muslim membaca al-Quran.

Oh ya, disini saya ingin berkongsi satu laman web yang anda boleh membaca al-Quran secara online. Disamping anda melayari internet tu boleh la juga baca al-Quran secara online ni. Anda boleh klik laman web dibawah ni untuk membaca al-Quran secara online.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Ini adalah interface bila anda membuka laman web tersebut

Komputer anda perlu mempunyai perisian Adobe Flash player kalau nak tengok dan membaca disini.

Di sini anda juga boleh memilih juzuk dan surah mana yang anda mahu baca. Memang mudah untuk anda pilih surah yang anda ingin baca lepas tekan je terus keluar surah tersebut. Anda tidak perlu susah-susah nak belek satu-satu lagi..

Anda juga boleh buat full screen kalau anda mahu. Ianya akan lebih memudahkan anda untuk membaca dengan lebih jelas sebab ayat-ayatnya akan menjadi lebih besar dan jelas.

Kalau anda rasa nak lebih baca jelas lagi anda boleh guna kanta pembesar yang disediakan. Hurufnya akan nampak lebih besar dan jelas lagi.


Disamping anda melayari internet tu untuk buat kerja lain kalau ada masa free sekejap apa kata ambil masa sejenak buka laman web ni untuk membaca kitab suci agama islam ni. Kita cuba manfaatkan sebaik mungkin teknologi yang semakin maju pada masa sekarang ni. Anda juga yang akan mendapat pahala disisi Allah.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html


p/s: sama2lah kita membaca al-Quran di mana sahaja kita berada dan jadikan al-Quran sebagai teman hidup kita di dunia dan akhirat.

JOM SHARE

Posted in: Panduan, Tazkirah

Leave a Comment: (18) →

10 Comments

  1. mancai April 28, 2010

    sekarang dah tak ada sebab kenapa tak sempat nak baca al-quran… terima kasih banyak2

    reply
    • Thoha April 28, 2010

      sama2 bro..moga kita memperolehi banyak manfaat dari teknologi yang semakin berkembang..

      reply
  2. Wan Perlis April 28, 2010

    terknologi yang digunakan
    pesanan jangan guna ayat al quran sebagai nada dering handphone anda
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

    reply
    • Thoha April 28, 2010

      betul tu..guna ayat quran jadi nada dering handphone boleh buat makna ayat jadi lain bila kita angkat handphone sebab ayat terputus..kena la jadi pengguna teknologi yang bijak juga.

      reply
  3. zahida April 28, 2010

    bagus.tapi nak baca kat situ kena wudhuk jugak
    .-= zahida´s last blog ..Tutorial : Bagaimana Mengetahui Siapa yang Removed Anda dari Friendlist di Facebook? =-.

    reply
    • Thoha April 28, 2010

      betul tu..kalau tidak ada wudhuk kurang sikit pahala..

      reply
  4. fatint April 27, 2010

    wah bagus ni..sambil melayari internet bolehla baca al-quran walaupun hanya sepotong ayat 😉

    reply
    • Thoha April 28, 2010

      betul2..sambil2 online pun boleh bca quran gak..daripada buka benda2 yang melalaikan lebih baik baca quran(ingatan untuk diri saya sendiri)..huhu

      reply
  5. suri April 27, 2010

    SALAM..
    Hurm..kalu degar pun dah kira dapat pahalakan..hehe,;)

    reply
    • Thoha April 28, 2010

      salam..betul tu..dengar pun dapat pahala..tapi kalau baca lagi banyak dapat pahala..

      reply

Leave a Comment