Posted on 18 Comments

Baca Al-Quran Secara Online

Assalamualaikum,

Membaca Al-Quran adalah perkara yang wajib bagi setiap orang muslim. Tidak kiralah dimana sahaja anda berada membaca Al-Quran tidak boleh ditinggalkan dalam kehidupan seharian. Walau hanya sekadar membaca surah-surah pendek sudah mencukupi sebagai kewajipan seorang muslim membaca al-Quran.

Oh ya, disini saya ingin berkongsi satu laman web yang anda boleh membaca al-Quran secara online. Disamping anda melayari internet tu boleh la juga baca al-Quran secara online ni. Anda boleh klik laman web dibawah ni untuk membaca al-Quran secara online.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Ini adalah interface bila anda membuka laman web tersebut

Komputer anda perlu mempunyai perisian Adobe Flash player kalau nak tengok dan membaca disini.

Di sini anda juga boleh memilih juzuk dan surah mana yang anda mahu baca. Memang mudah untuk anda pilih surah yang anda ingin baca lepas tekan je terus keluar surah tersebut. Anda tidak perlu susah-susah nak belek satu-satu lagi..

Anda juga boleh buat full screen kalau anda mahu. Ianya akan lebih memudahkan anda untuk membaca dengan lebih jelas sebab ayat-ayatnya akan menjadi lebih besar dan jelas.

Kalau anda rasa nak lebih baca jelas lagi anda boleh guna kanta pembesar yang disediakan. Hurufnya akan nampak lebih besar dan jelas lagi.


Disamping anda melayari internet tu untuk buat kerja lain kalau ada masa free sekejap apa kata ambil masa sejenak buka laman web ni untuk membaca kitab suci agama islam ni. Kita cuba manfaatkan sebaik mungkin teknologi yang semakin maju pada masa sekarang ni. Anda juga yang akan mendapat pahala disisi Allah.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html


p/s: sama2lah kita membaca al-Quran di mana sahaja kita berada dan jadikan al-Quran sebagai teman hidup kita di dunia dan akhirat.

JOM SHARE

18 thoughts on “Baca Al-Quran Secara Online

  1. wahh,.,.saya sangat senang dengan kehadiran al-kitab alquran online tersebut namun kiranya perkenankan saya sedikit memberi masukan dari saya kalau bisa ditambahkan fitur terjemaahan dan suara baca sendiri dari rekaman para qiroah termashur seperti muammar za atau siapa agar bilamana ada pembaca pemula yang perlu belajar tajwid terima kasih atas perhatiannya smoga berkah bagi kita semua,.,.,.amiiinn

  2. Salaam,

    Quranexplorer.com pun best, dapat baca sambil mendengar bacaan qari

  3. alhamdulillah..setakat nie … manual je.. bila dah tahu ada online lagi mudah… nak dengan tak nak je.. itu je..
    .-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.

    1. betul2..antara nak dengan tak nak je..terima kasih..

  4. eloklah teknologi digunakan ke jalan yang baik… thanks untuk info ni 😀
    .-= Mr.Z´s last blog ..Apabila Hati Terluka Kerana Cinta! =-.

    1. sama2..kita kena gunakan teknologi dengan baik..

  5. teknologi skng mkin canggih..jd same2 la kite amik pluang dgn kelebihan yg ad skng ..secara on9 pon dpt bace al-Quran..cuma
    .-= azizan4444´s last blog ..P94 Hulu Selangor : Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi =-.

    1. cuma apa bro?cuma antara nak dengan tak nak je kan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *