Feb
23
2010

Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe

Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.

1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. :) Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

70 Responses to “Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang”

  1. alin rahman says:

    thanxx thoha. nicefren a.k.a group member terbaik la kau. ni rasa macam nak belanja nasi ayam kurma ni. tapi tak jadi plak kot, sebab aku tak ingat duit aku takde. kakakaka

  2. Nurul Iman says:

    tahniah sbb awk tulis post mcm ni..
    sy bangga dgn awk krna awk x prnah mahu lupekan sesiapa pon=)
    mngkin awk yg t’baek dalam kalangan yg t’baek..
    sy sndri prnah cube utk melupakn seseorng tp sy x mmpu..
    krna sy rase sy x perlu melupakan seseorng yg t’baek di mate sy..wlpon sy taw sy x mngkin memiliki ‘die’…

    • Thoha says:

      @Nurul Iman
      betul tu..mungkin kita tidak mampu untuk lupakan seseorang yang terbaik untuk kita..
      kita juga tahu yang dia tak mungkin menjadi milik kita..so apa nak buat?
      hanya tawakal kepada Allah dia la yang menentukan segalanya..

      • farah says:

        terlalu susah nak lupa kan orang yg kita sayang….. walau apa pon sy wat… sy ttp x dapat lupa kan dia…

  3. Aku pun pernah mengalami putus cinta…heheheheh
    Apa yg aku buat adalah praktikkan tips no. 3, menyibukkan diri. Sampai ke ler ni x dapek2 lg pengganti sbb selalu sibuk je dgn kerjaya skrg…

  4. kuyam says:

    wahhh..byk tips dlm blog ni! :)

  5. suri says:

    salam tuan rumah..
    satu entri yang bagus untuk dikongsikan bersama yang lain..biasalah hati terluka mmg begitu kena bawak jauh..supaya kita dapat bina lembaran yang baru pula..

    adeh..teringat pula pada bekas makanansuri yang dulu..huuhu..

    • Thoha says:

      @suri
      Salam juga..dengan membawa diri boleh mengubat luka dihati walaupun ia mengambil masa..
      saya ni bercakap macam pakar pulak padahal tak reti sangat pun..hehe

      hah,teringat pada bekas makanansuri?

      • suri says:

        adeh..
        maksudnya bks kekasih dulu la..hahah..tu pun tak tau ke suri BERKIAS.. HEHE..

        udahlah..
        meh bawak diri ke pantai..samnbil amik angin ptag..mana tau kot2 hang terjumpa aweks Cun! blh jadikan isteri..

        thanks thoha sb sudi singgah blog suri..sama-samalh kita bg pandagan dan input yag baik yer ;)

  6. Mohd Fasha says:

    Salam

    Melupakan seseorang sebenarnya bukan mudah, apatah lagi seseorang itu terlalu hampir dengan kehidupan kita.

    Rasanya, tips dalam entri ini boleh digunakan untuk melupakan ‘seseorang itu’.

    • Thoha says:

      @Mohd Fasha
      salam
      mungkin boleh melupakan kot walaupun sedikit dengan tips ringkas yang tak seberapa ini. Tips2 ni hanya pandangan saya sahaja tak semestinya sesuai dengan semua orang..hehe

  7. ahmadyusrie says:

    x mudah nak lupakan seseorang…macam mana kita cuba lari pun, akhirnya akan ada sesuatu yg akan mengingatkan kita pada dia.
    menyibukkan diri dengan sesuatu aktiviti tu mungkin boleh membantu.

  8. firdaus says:

    tq.. article ni mnjd tips berguna untuk saya.sesungguhnya perpisahan ni satu penderitaan.

  9. zik says:

    yang masih kekal hubungan tuh..kekalkan , dah putus kenala buat macam diatas.. 10q for the tips

  10. mancai says:

    baca entry ni teringat lak kisah lama… semua yang tertulis kat atas memang penah aku buat… tapi ada eloknya putus cinta ni… pemikiran kita akan berubah dan menjadi terus dewasa…

  11. ain says:

    hurm..ssh la..dh msuk setahun dh..tp npe die gak jd pilihan hti?mcm2 laki dh kwn,yp npe die gak still dlm hati??skrg amek keputusan nk tgu bia die dh xde btol2 dlm hati,bru nk tme org len..tp sampai ble?npe die gak dlm hati???

    • Thoha says:

      susah gak ni..mungkin awak terlalu cintakan dia sangat2 smpai susah nk lupakan dia…

      • ain says:

        tah la..tp die la yg terbaek bg sy yg sy jpe setakat ni..mcm2 sy dh buat.bz kn diri,kwn ngn ramai laki,xctct die..mcm2 la..tp npe die gak de dlm hati sy.sy dh leh tme yg die dh de awek..tp tah la.sy akn wt pe je aslkn die hpy wlaupn bkn ngn sy..

  12. wawa says:

    saya pun baru putus cinta. sedih sangat.. tiap2 hari ingatkan dia.. dah dekat 3 bulan putus tapi dok ingat lagi..emmmm..susahnya nak lupakan orang yang terlalu kita sayang..

  13. hepi says:

    thanx!!
    sb bg tips yg sgt bgos..
    b4 ni ak bodoh sgt sb asek ingt kt laki bodoh+sial 2..
    skang ak bebas dr masalah cinta bodoh ni..
    thanx..sb tips ni wat ak lg kuat n da x jd bodoh!!
    thanx so much!!
    mmmuah!!

  14. mie92 says:

    knapa susah sangat nak lupakan seseorang???
    aku baru je putus……hahaha

  15. adi says:

    terima kasih atas tips saudara,
    lagi kuat kita mengharap,
    lagi sakit kita rasa.
    aku baru jer kena tinggal. uwaaaaaa…

    kekadang orang yang kita sayang tak nampak betapa sayangnya kita pada dia.

    bercinta tak semestinya berkepit hari2.
    sayang tak semestinya kena cakap 5-6 kali sehari.
    kita sayangkan seseorang, tapi belum tentu orang yang kita sayang tu sayangkan kita sebagaimana kita sayangkan dia.

    putus bukan sesuatu yang mudah.
    pahitnya bukan kepalang,
    teh tarik pun terasa tak bergula.

  16. zati says:

    warghh..smpai skrg xdpt lupakan dia…walaupun dia dah khwin…sedih…sampai terbayang2 dia depan mata…

  17. Bila says:

    salam, i cri tips mcm mana nk lupakan seseorg, then nmpk ur blog, so i singgah…. ok la tips2 nya, insyaallah blh m’bantu…
    tp, jdoh tuekn ditgn tuhan..
    xsmstinya kalau kita brpisah n tidak brsama, dia bkn jdoh kita.. n yg bersama tue tdk semestinya juga itu jdoh mereka, btl x?
    sy mngaku sy bru je putus, n ini kali kedua, trasa yg kedua lg perit dr yg prtama… tp mcm sy ckpkn td, jdoh itukn ditgn ALLAH… nk lupakn dia, yes, sy akn cbe usahakn, tp selagi minda dan ht nie hnya memikirkn dia, sy ttp akn trus brdoa agr dibukakn pntu htnya suatu hri nanti utk kembali memulihkn hbungn nie… =’) amin
    mcm sedara juga katakn, kita hnya mampu brtawakal kn? =)

    • Thoha Sukses says:

      salam. terima kasih kerana singgah ye..
      betul apa yang awk cakap tu..walaupun kita berpisah dengan seseorang kalau dia jodoh kita tak akan kemana..kalau yang masih bersama kalau tidak ada jodoh akan berpisah juga akhirnya..

      saya harap awk dapat bersabar supaya dapat menempuhi segala ujian yang awk terima ni ye..ingat Allah banyak2..kita hanya mampu berusaha yang termampu selepas tu boleh la tawakal..apa pun selamat berjaya saya ucapkan kepada awk..semoga hidup lebih ceria lepas ni ya..Amiin.. :)

  18. Siti Jameela says:

    Salam..

    Hai kwn2 sume..
    Sy ni org baru..klu salah tolonglah tunjuk ajarkn ye..
    ni masuk blog ni dpt link Dr Surah Toha..
    He3..jgn marah..nnt kne juall.. ;)

    Okla, dh lewat nk titon..; )

    Wslm n c again.. ;)

  19. gt@ says:

    sblum baca benda nie aku dah mmg wat mcm nie..mmg berkesan
    tp xla semuanya bleh lupe..klaw nk lupe terus hentaklah kepala korang kt dinding diri sendiri pun bleh lupe.haha

  20. broken heart... says:

    hem thkz ye…..i mmng bru lps break…x smpai 2 bln g….aftr bca tips u….i gthing bter knw….sshkn nk lpekan smone yg kte syg…hem thkz

    • Thoha Sukses says:

      apa pun sama2 ye..saya tahu memang susah sangat kan nak lupakan seseorang terutamanya orang yg kita pernah sayang sangat2 kat dia…saya harap awk dapat bersabar dan teruskan hidup dengan ceria.. :)

  21. hana says:

    aq baru je break smlm…sedih tau.. tp hari ne aq dpt jmpa blog ne…. alhamdulillah… slpas baca blog ne… aq mkin tenang dan krng mnangis…. thanks….

    • Thoha Sukses says:

      sama2..saya harap awk akan dapat terus bertenang ye..memang susah nk lupakan orang yang kita sayang..semoga dapat teruskan hidup ceria..saya hanya sekadar berkongsi dan bergantung kepada orang lain untuk menerimanya.. ;)

  22. bee says:

    salam…fuh..mmg payah tul nk lupekan seseorang lebih2 lg first luv……..

    tapi pas bace blog ni…semangat ar ckit…pas ni akan ku praktikkan……kawan2 doakan sy ye supaya dapat atasi masalah ni………lupe mgkin x tapi belajar menerima hakikat….dan redha….insyaalah

    • Thoha Sukses says:

      salam. betul apa yang awak cakap tu memang payah sangat nk lupakan orang yang pernah jadi 1st love ni..saya doakan awak terus tabah dan dapat kuatkan semangat untuk hadapi semua ini..kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..

  23. sir hafez says:

    salam..
    mcm mana nak lupakan bekas kekasih kita kalo dia dekat atau sepejabat dgn kita n hari2 boleh tgok muka dia..
    takkan kita nak berenti kerja pulak..
    parah siot.. nampak slalu tp nak lupakan lagila payah.. smpai skrang tak tau nak bwat mcm mana.. tak layan dia tegur kita.. bwat muka masam, rakan2 lain bertanya pulak.. stress setiap kali ke tempat kerja…

    • Nik Thoha says:

      berat juga dugaan yang dihadapi oleh saudara sebab hari2 akan tengok wajah dia..memang susah nak lupa kalau hari berjumpa dengan dia..harap dapat bersabar dengan ujian yang dihadapi ini..berdoalah kepada Allah banyak2 semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ujian ini..

  24. gadis says:

    salam…sy bru ptus ngan ex sy..hbugan yg kmi bina hmpir 4thun….tp die tbe2 mntak ptus…sy trlalu sygkan die…ssh utk sy lpekan die…skrg yg sy tau die dh de pgganti dri sy…

    • Nik Thoha says:

      salam. harap saudari dapat bersabar dengan apa yang berlaku. berdoalah kepada Allah banyak2 kerana jodoh itu ditangan Allah..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..

  25. nonie says:

    mg sukar nk lupakn seseorang….tp semua tip kat atas sy dh buat tp..still ingat jgk camne ye???

    • Nik Thoha says:

      salam. saya tahu memang sukar untuk lupakan seseorang. Nak tak nak memang akan teringat orang yang kita sayang..kalau ingat jugak berdoalah supaya Allah memberikan ketenangan dalam hati kita untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik..

  26. ezan idma says:

    banyak membantu :)

  27. thyrri says:

    hurmm sy dh cba wt cra2 di atz tp ttp xpat lpa kn die…cmna ne???

  28. scha says:

    erm , sye nk dyr tau yg dyr selalu uat sye sdh n terluka . da cbe nk lpe kan dye tpi tak ley . sye nk dye hargai sye . sye tak nk dye cume layan sye kerana kesian . ksian kan penyakit sye . ape yg atot sye uat .sdh ahh . sm tak bermkna je sye kat dye

  29. fizz says:

    thank’s….byknye tips…sy bru putus cinte..memg susah nk lupakan die..rse mcm nk pijak2 je dada die spy die rse apa yg sy rse..smoge apa yg b’laku ada hikmahnya…huhuhuhuuhuhuh :(((((((((((((((

  30. liyanalee says:

    i will try …emmm

  31. juzz says:

    bgus semua tips2 tu…sy akn cuba untuk lupekn dia..

  32. jesse says:

    salam,
    saya suka kat seseorang tu tapi die cume anggap kawan biase. saya patut lupakan die atau terus menjadi kawan die?

  33. nothingspecial^^ says:

    nice entry! thanks ^_^

  34. WILDAN says:

    i like it :)…..
    bener2 berguna semua tipsnyaa,,, kerenn,,,krenn,,hhehe :D

  35. sha says:

    tips memang sgt bergune . tapi sy still tak boleh buat . kalau nk kire, skrg ni masuk 7 kali dy curang . unbelievable kan ? terllu syg . dah 4tahun hbngn dgn direstui keluarge. tp sy still takpham knpe setiap kali dy curang msti dy akan nk kmbli kat sy balik . agak agak ape tjuan dy ? (:

Leave a Reply


CommentLuv badge