Archive for 'Hosting'

Tahun Baru Hosting & Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah buat semua sahabat-sahabat yang beragama Islam. Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini  semoga kita akan dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ni sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana disebabkan oleh kesibukan pada penghujung semester 3 yang lalu kerana banyaknya assignment dan juga sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 3. Dan baru-baru ini juga saya terpaksa format laptop kesayangan saya ni atas beberapa masalah yang dihadapi. Sekarang ini selepas format dah bertukar kepada Window 7 rasa ok sikit guna laptop ni. :)

Posted in: Hosting, Umum

Leave a Comment (11) →

Panduan Hosting Terbaik

Pada artikel yang sebelum ni saya ada menerangkan pula apakah dia domain. Kerana antara domain dan hosting mesti ada perkaitan barulah laman web anda dapat dipaparkan di internet dan semua orang akan dapat melihatnya. Hosting adalah satu tempat yang disewa dari sebuah server untuk anda menyimpan fail-fail, maklumat dan data laman web anda. Didalam sebuah server itu ada banyak ruang yang boleh disewa oleh sesiapa sahaja untuk menyimpan fail bagi laman web mereka seperti HTML, database, gambar dan sebagainya.

Posted in: Hosting, Informasi, Panduan, Umum

Leave a Comment (2) →