Posted on 2 Comments

Panduan Hosting Terbaik

Pada artikel yang sebelum ni saya ada menerangkan pula apakah dia domain. Kerana antara domain dan hosting mesti ada perkaitan barulah laman web anda dapat dipaparkan di internet dan semua orang akan dapat melihatnya. Hosting adalah satu tempat yang disewa dari sebuah server untuk anda menyimpan fail-fail, maklumat dan data laman web anda. Didalam sebuah server itu ada banyak ruang yang boleh disewa oleh sesiapa sahaja untuk menyimpan fail bagi laman web mereka seperti HTML, database, gambar dan sebagainya.

Server boleh diibaratkan seperti sebuah bangunan yang menyediakan banyak kedai-kedai untuk disewa oleh sesiapa saja. Anda boleh menyewa kedai-kedai tersebut untuk menjalankan perniagaan anda. Sama la juga di internet iaitu hosting adalah sebagai kedai-kedai yang anda boleh sewa untuk memaparkan laman web anda di internet. Jika anda dah ada nama kedai (domain) dan kedai yang disewa (hosting) maka orang ramai akan dapat mengenali kedai anda atau jika di internet orang ramai akan dapat mengenali laman web anda.

Di internet sekarang banyak syarikat server yang menyediakan perkhidmatan hosting sama ada yang percuma dan ada yang berbayar. Yang percuma biasanya ruang hosting yang anda boleh sewa adalah terhad tetapi jika anda memilih yang berbayar anda dapat memilih ruang yang anda inginkan mengikut kemampuan anda. Memilih hosting yang terbaik adalah penting supaya anda tidak akan menyesal di kemudian hari. Ada beberapa ciri-ciri penting bagi memilih hosting yang terbaik.

Antaranya ciri-ciri tersebut adalah:

  • Harga hosting

Dalam menentukan pembelian hosting anda pastikan harga yang ditawarkan sesuai dengan kemampuan anda. Tetapi jangan terlalu ingin berjimat memilih yang paling murah. Ini kerana ruang hosting yang anda sewa itu bergantung kepada jenis laman web anda. Jika laman web anda menyediakan perkhidmatan untuk muat turun lagu dan video secara percuma. Sudah tentulah laman web anda akan mempunyai ramai pengunjung dan kadang kala saiz ruang yang digunakan melebihi ruang yang anda sewa. Dapatkan ruang hosting yang sesuai dengan jenis laman web anda dan lihat pula harganya biar berpatutan.

  • Kestabilan server

Mungkin sukar untuk menentukan adakah sesebuah syarikat server itu stabil ataupun tidak. Tetapi anda boleh bertanya kepada orang lain yang mempunyai laman web server mana yang mereka gunakan. Jika mereka boleh mengesyorkan anda server itu maknanya mereka berpuas hati dengan server itu dan In the meantime, if you find that the digital edition meets all your needs, we suggest that you put your print copy to good use by passing it along to a colleague, a friend, the alternative schools librarian, or donating it to a deserving alternative schools or group of educators. server itu adalah stabil. Pilihlah server yang mempunyai kadar uptime yang tinggi. Ini bermaksud berapa lama server yang akan anda gunakan hosting mereka itu akan online dalam masa sehari.

  • Khidmat bantuan dan sokongan

Khidmat bantuan dan sokongan adalah penting jika anda mempunyai apa-apa masalah. Sebarang masalah yang diadukan oleh pelanggan akan segera dijawab oleh syarikat server dalam masa yang cepat. Itulah ciri-ciri syarikat perkhidmatan server yang terbaik kerana mereka sangat mengutamakan pelanggan. Khidmat bantuan dan sokongan adalah sama ada melalui email, telefon ataupun sms. Tidak kiralah apa jenis cara sekalipun tetapi yang penting ianya adalah cepat dan pantas.

  • Perkhidmatan backup yang baik

Sistem backup adalah penting jika anda menjadi pelanggan sesebuah syarikat server yang anda menyewa hosting darinya. Ini kerana jika anda hanya mempunyai satu-satunya copy segala data laman web anda di hosting maka jika data-data itu rosak ataupun anda tidak sengaja ter ’delete’ maka anda akan rugi besar kerana terpaksa membina semula laman web anda. Tetapi anda boleh bertanya kepada syarikat penyedia hosting yang anda sewa itu berapa kerap mereka melakukan backup. Elakkan dari menggunakan syarikat server penyedia hosting yang hanya sekali sekala melakukan backup. Anda juga yang akan menyesal nanti.

Untuk itu adalah penting bagi anda memilih hosting yang terbaik bagi laman web anda. Ciri-ciri yang dinyatakan diatas adalah sebahagian sahaja yang menentukan perkhidmatan hosting yang terbaik. Ada banyak lagi ciri-ciri lain sebenarnya yang menentukan sesuatu hosting itu terbaik bagi anda. Jadi saya syorkan anda untuk menyewa hosting anda sendiri di NETKL Network. Saya telah menggunakan hosting di NETKL Network. Dan saya yakin dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NETKL Network ini. Anda boleh mendapatkan hosting pada harga yang sangat berpatutan. Klik disini untuk dapatkan hosting terbaik bagi laman web anda.




JOM SHARE

2 thoughts on “Panduan Hosting Terbaik

  1. saya pun guna NetKL, so far ok.

  2. Salam,nice entry thank q sharing,ayie baru lagi dalam pembinaa laman web blog,insyallah cuba untuk memahami apa itu seorang web development 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *