Jangan Mudah Percaya Berita Palsu
Alhamdulillah, kita kini telah memasuki fasa 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. Bersyukur kita kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah kepadaNya di sepanjang bulan Ramadhan ini. Pada malam 10 terakhir Ramadhan ini ada satu malam yang dipanggil lailatul qadar. Sama-sama kita umat islam berusaha menghayati malam lailatul qadar untuk menambahkan pahala amal ibadah.
Hari ini saya ada terbaca satu berita yang tersebar dengan mudah di facebook. Ada rakan-rakan facebook yang menyebarkan berita ini. Berita ini adalah berita palsu yang tidak boleh dipercayai kerana tidak ada sumber yang sahih untuk membuktikan kebenarannya. Ini antara berita -berita palsu terbaru yang saya jumpa di facebook.
“Drpd dato mazlan astrology. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Singapore time will be 8.25am.So is Malaysia Barat”
Berita palsu sebegini sangat bahaya kerana ia boleh memesongkan akidah umat islam jika mempercayai perkara-perkara karut yang tiada sumber sahih ini. Saya tidak mahu mengulas mengenai berita palsu ini cuma apa yang mahu saya katakan disini adalah bahayanya berita palsu yang tersebar hari ini.
Kalau nak ikutkan pada zaman ini begitu banyak maklumat dan berita palsu sebegini yang kita boleh perolehi dari sumber-sumber seperti surat khabar, televisyen, internet, facebook dan banyak lagi sumber lain. Sebagai pembaca, kita perlulah sentiasa selidiki terlebih dahulu setiap berita yang kita terima supaya kita tidak menerima berita yang palsu. Menerima berita itu boleh tapi sebelum percaya kena selidiki dahulu.
Jangan terlalu mudah untuk mempercayai 100% segala berita yang kita terima dari sumber-sumber yang tidak pasti kebenarannya. Ini penting bagi mengelakkan diri kita mempercayai berita palsu dan menjadi penyebar berita-berita palsu. Jangan terlalu mudah untuk menyebar sesuatu berita jika kita tidak tahu dari mana sumber berita itu. Facebook memang cepat tersebar berita-berita palsu sebegini. Sebab tu kita kena berhati-hati sebelum ‘share’ sebarang maklumat yang anda terima di facebook.
Di facebook, kita juga mungkin menerima maklumat lain yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Jika kita seorang yang berilmu, kita akan dapat menilai sesuatu maklumat itu bermanfaat atau pun tidak kepada diri kita. Orang lain yang menerima maklumat dari kita juga tidak akan menghargai sebarang maklumat yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada diri mereka. Jadi, jangan sebarkan sebarang maklumat yang tidak membawa manfaat kepada orang lain.
Alangkah bertuahnya umat islam kerana telah dianugerahkan malam lailatul qadar oleh Allah. Lailatul qadar adalah janji Allah yang sudah pasti kebenarannya kerana ia tercatat di dalam kitab Al Quran. Mengapa tidak gunakan kesempatan yang ada pada malam lailatul qadar ini untuk memohon doa kepada Allah. Pada malam lailatul qadar adalah antara waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Ia datang hanya setahun sekali sahaja untuk kita berjumpa dengannya.







patut kita selidik dahulu, tak boleh percaya bulat2.. sebab kita pun tak tahu asal usul sumber tu melainkan kita sudah tahu asal info tu dan diyakini boleh dipercayai..
MR.Z recently posted..Bahasa Melayu Versi Apa Ini?
Terima kasih bro. Itulah yang sebaiknya. Sebelum percaya kepada sesuatu berita kita kena cuba selidikinya dahulu.
Kalau dah dapat sumber yang dipercayai bolehlah kita menggunakan info tersebut dan menyebarkannya kepada orang lain jika ia dapat memberi manfaat.
Nik Thoha recently posted..Tips Elakkan Mengantuk Semasa Memandu
Bahaya betol dgn berita palsu tu.
Klu ada yg percya mmg habislah
Boleh rosak akidah yg selama ini dijaga.
nizamghazi recently posted..Contest : Review Alexa@Pacifista.my
Terima kasih bro nizam. Memang sangat bahaya bro. Kalau percaya bulat2 boleh rosakkan akidah. Kita perlu sangat berhati2 pada zaman sekarang banyak berita2 palsu yang mudah tersebar.
Entah dari mana sumber pun tak tahu la. Kita perlu bijak menilai sesuatu berita dengan mencari sumber yang sahih sebelum kita percaya kepada berita itu.
Nik Thoha recently posted..Kelebihan Al Quran Digital Read Pen
Assalamu`alaikum Nik,
saya pun menerima pesanan berantai yang sama daripada seseorang yang tidak saya kenali. Selalunya saya memang tak ambil peduli berita yang saya dapat sebelum ianya disiarkan dalam mana-mana berita atau pun belum disahihkan.
Apa lagi kalau yang menghantarnya atau pun individu yang terlibat diragui identitinya. Pasti masuk bakul sampah saya.
Mama Murai recently posted..mengajar anak berpuasa
Wsalam. Terima kasih puan mama murai. Sekarang banyak berita yang diragui kesahihannya. Kita kena bijak menilai sesuatu berita yang tidak ada sumber.
Mungkin jalan terbaik adalah dengan membuang berita yang tidak ada sumber sah ni. Kita dapat mengelakkan diri kita dari menyebarkan berita palsu kepada orang lain.
Nik Thoha recently posted..Hargai Diri Sendiri
Betul tu, cuma saya agak kecewa kerana penulis blog juga turut mengambil kesempatan dengan menyebarkannya tanpa mengambil pendekatan selidik dan terbit.
yup, jangan mudah percaya sangat. saya pun jarang nak forward-forward berita macam tuh, buang masa dan credit je.
eiela recently posted..Pertandingan Earncent Review 2011
Betul tu cik eiela. Jangan terlalu mudah percaya sebarang berita yang kita terima tanpa ada sumber sah. Kita juga hanya membuang masa saja jika menyebarkan berita2 yang tidak benar ni. Baik buat kerja lain yang lebih berfaedah lagi baik.
Nik Thoha recently posted..Kelebihan Al Quran Digital Read Pen