Posted on Leave a comment

Kembangkan Minat Melalui Facebook

Salam sejahtera.

Satu cara terbaik anda boleh promosikan minat dan perniagaan anda di seluruh internet ialah dengan memulakan sebuah komuniti online seperti facebook. Komuniti facebook ini berfungsi dengan cara yang sama berfungsi di dunia offline. Anda mempunyai orang yang sama minat dengan anda yang menjadi sebahagian daripada komuniti dan sama-sama membincangkan topik-topik yang tertentu.

Untuk membina komuniti online di facebook anda boleh menggunakan facebook page dan juga facebook group. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Melalui komuniti facebook ini anda dapat mengembangkan lagi minat dan perniagaan anda dengan lebih cepat. Tapi berhati-hatilah jangan sampai anda melakukan promosi membabi-buta sehingga mengganggu pengguna facebook yang lain. Gunakan cara promosi yang yang baik dan beretika.

Mereka yang menjadi ahli komuniti facebook anda boleh membuat post tentang apa saja perkara yang mereka inginkan untuk berkongsi dengan ahli-ahli komuniti facebook yang lain seperti bercerita tentang pengalaman mereka, berkongsi tip dan petua perniagaan, meminta bimbingan daripada orang lain, melakukan promosi secara beretika, meminta pendapat daripada orang lain sebelum membeli produk dan banyak lagi.

Jadi anda boleh lihat bahawa komuniti facebook adalah tempat terbaik untuk disertai sama ada anda mahu berbincang secara umum tentang subjek atau dapatkan bimbingan berguna tentangnya. Tidak hairanlah yang hampir setiap pengguna Internet adalah sebahagian daripada pengguna facebook pada masa kini.

Facebook adalah antara laman web sosial yang terbaik kerana memiliki jumlah ahli yang besar. Tapi bagaimana ia membantu anda? Mudah saja, jumlah ahli yang besar bermaksud skop yang lebih hebat untuk memiliki orang yang mempunyai minat tertentu. Juga, kerana terdapat jumlah orang yang sebegitu ramai di sini, di mana pelbagai aktiviti sentiasa berlangsung di facebook.

http://www.facebook.com/

Pada laman facebook ini, anda boleh membuat post tentang profil lengkap anda, dengan gambar dan link  ke laman web anda jika ada. Anda boleh beritahu apa yang anda minati. Apabila anda  berada dalam facebook, anda boleh cari kumpulan yang membincangkan subjek kegemaran anda di dalam  facebook. Walaubagaimanapun, jika anda telah mendedahkan minat anda dalam perniagaan, ada kemungkinan bahawa orang yang mempunyai minat  perniagaan yang sama akan datang mencari anda.

Anda boleh membincangkan segala perkara yang berkaitan tentang topik kegemaran anda. Dan, secara sengaja atau tidak, anda boleh membina pasaran yang besar untuk diri anda sendiri dalam facebook. Apabila anda telah dikenali dalam facebook sebagai orang yang mempunyai kredibiliti dalam perniagaan, anda akan di hormati oleh orang lain. Maka peluang anda untuk mempromosikan perniagaan anda juga adalah semakin cerah.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *