Posted on 8 Comments

Kunci Kejayaan Facebook Hari Ini

Salam sejahtera 🙂

Dalam dunia internet, nama facebook sentiasa menjadi sebutan ramai setiap masa. Ini kerana ramai orang pasti memiliki akaun laman web sosial facebook sendiri. Pada mulanya facebook hanyalah sebuah laman web sosial biasa yang kecil saja jumlah penggunanya. Tapi hari ini ia menjadi sebuah laman web yang besar dan popular.

Facebook adalah laman web yang paling popular di dunia selepas Google kerana Google masih berada pada ranking pertama dunia berdasarkan jumlah trafik. Namun begitu, kita tidak tahu suatu hari nanti facebook akan menjadi laman web yang berada pada ranking teratas dunia pula. Siapa tahu kan? Kunci kejayaan facebook hari ini adalah kerana banyak faktor.

Kepercayaan Dan Keyakinan

Pemilik dan pengasas facebook iaitu saudara Mark Zuckerberg, telah meletakkan kepercayaan penuh dalam dirinya untuk membina laman web sosial facebook. Tanpa kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sudah tentu dia tidak akan membina laman web sosial facebook seperti yang wujud pada hari ini. Oleh kerana facebook kini semakin berkembang dan meluas, kepercayaan pengguna facebook adalah penting. Ini kerana pengguna facebook mungkin akan beralih kepada laman sosial lain jika mereka tidak lagi percaya kepada facebook. Kepercayaan dan keyakinan setiap orang terhadap facebook akan terus membuatkan facebook bertahan lebih lama.

Bijak Mengambil Peluang

Pada permulaan dahulu, facebook tidaklah begitu popular sangat seperti yang ada sekarang ni. Apa yang dilakukan oleh pemiliknya adalah dia bijak mengambil peluang. Peluang tidak akan datang banyak kali. Dia seolah-olah boleh nampak yang laman web sosial facebook mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan. Jadi dia cepat-cepat mengambil peluang itu untuk meneruskan  projek mengembangkan lagi facebook. Dengan itu facebook terus berkembang sehinggalah ia telah berjaya seperti sekarang ini.

Kreatif dan Lain Dari Yang Lain

Ada banyak lagi sebenarnya laman web sosial yang lain di dunia ini. Mereka bersaing untuk menjadi antara laman web sosial yang paling poplular. Tapi facebook telah menjadi pilihan ramai berbanding dengan yang lain. Ini kerana pemiliknya telah menggunakan kreativiti yang ada dalam diri mereka untuk menjadikan facebook lain dari yang lain. Apa yang ada seperti dalam facebook tiada dalam laman sosial yang lain. Ada juga laman sosial lain cuba untuk meniru facebook tetapi tidak berjaya. Interface facebook yang lebih ringkas dan mesra pengguna telah menjadikan ia semakin popular dan diminati.

Fokus Kepada Kerja

Pada permulaan pembinaan facebook tidak semudah yang disangka. Facebook bukanlah terus menjadi popular dalam sekelip mata saja. Ini kerana facebook tidak dikenali ramai masa awal penubuhannya dahulu. Setiap ahli dalam kumpulan facebook itu sendiri memang akan fokus pada tugas masing-masing. Selain pemilik facebook itu sendiri yang  telah fokus untuk meneruskan projek facebook pada awal permulaannya sampai berjaya. Tanpa semua ini mustahil facebook akan berjaya seperti sekarang ini.

Sebagai kesimpulan, kunci kejayaan facebook ini boleh kita amalkan dalam diri kita masing-masing. Anda boleh jadikan kunci kejayaan facebook sebagai inspirasi untuk lebih berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan. Jika orang lain boleh buat, anda juga boleh buat kan? Bukan maksud saya disini suruh anda buat laman web sosial facebook milik anda sendiri. Tapi ambil manfaat dari kejayaan facebook untuk anda lebih berjaya pada masa hadapan. Buatlah sesuatu perkara yang anda suka dan minat dan jangan terikut-ikut dengan apa yang orang lain lakukan. Ini kerana anda adalah diri anda sendiri.

JOM SHARE

8 thoughts on “Kunci Kejayaan Facebook Hari Ini

  1. Salam..
    ziarah di pagi ahad yang damai..
    su singgah sambil promosikan blog baru su manje..

    Maaf jika menganggu….jemput singgah kalau ada kelapangan..

    Su Ucapkan jutaan terima kasih jika sudi singgah
    Poem ~~SuManje~~

    harap tuan umah tak marah su singgah tanpa di undang….maaf dari su sekali lagi……

    ~~SuManje~~~…..

  2. They start small with a big end…

  3. fb sekarang ini merupakan satu2 nya laman social yang paling mendapat sambutan dan juga cepat update dia punya applikasi… semakin hari semakin bagus…

    1. tp berhati-hati ya dik….FB ini jugak byk menyusahkan dan meruntuhkan rumahtangga org…serta membuat org alpa pd tanggungjawab mereka.

  4. mungkin juga matlamat asal penubuhan facebook yg bukan bersifat komersil, iaitu untuk tujuan networking dikalangan rakan-rakan sekolej menyebabkan ianya memenuhi keperluan semua penggunya, lepas tu baru Fb meletup..pada pandangan aku lah 😀

  5. Besar maknanya kunci kejayaan ini kalau kita amati betul2. Kalau kita amalkan kunci kejayaan ini insyallah kita pun boleh berjaya juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *