Posted on 17 Comments

Hari Terakhir Di Perantauan

Assalamualaikum. Semasa saya sedang menulis entri kita sudah pun memasuki fasa 10 terakhir bulan Ramadhan. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan ganjaran malam al-Qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam ini segala amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Bertuahlah bagi sesiapa yang melakukan amal ibadat pada malam itu.

Hari ini juga adalah hari yang terakhir saya akan berpuasa di tempat orang. Ini kerana pada hari esoknya  iaitu 31 haribulan ogos 2010 saya sudah pun pulang bercuti di kampung. Dah lama tak balik kampung ni. Tak sabar jugak rasanya nak balik rumah sebab rindu untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan berbuka puasa bersama-sama dengan mereka.

Posted on 12 Comments

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam pada tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya rasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada kali ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang wajib untuk kita berpuasa. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi juga perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Posted on 10 Comments

Kebaikan Berpuasa Dan Berlapar

Assalamualaikum. 🙂

Dalam menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, semasa artikel ini ditulis tidak sampai seminggu saja lagi semua umat islam akan mula berpuasa pada tahun ini. Sudah tentu semua orang islam berasa gembira untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan pada setiap tahun. Kita sebagai orang islam mesti berasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada kali ini.