Hari Terakhir Di Perantauan

Assalamualaikum. Semasa saya sedang menulis entri kita sudah pun memasuki fasa 10 terakhir bulan Ramadhan. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan ganjaran malam al-Qadar. Iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam ini segala amal ibadat yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah. Bertuahlah bagi sesiapa yang melakukan amal ibadat pada malam itu.

Hari ini juga adalah hari yang terakhir saya akan berpuasa di tempat orang. Ini kerana pada hari esoknya  iaitu 31 haribulan ogos 2010 saya sudah pun pulang bercuti di kampung. Dah lama tak balik kampung ni. Tak sabar jugak rasanya nak balik rumah sebab rindu untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan berbuka puasa bersama-sama dengan mereka.

Ditambah pula dengan tekanan yang banyak semasa belajar kat universiti ni seperti assignment, kuiz, projek dan banyak lagi kerja nak kena buat. Tapi biasala tu adat sebagai seorang penuntut ilmu tak dapat lari dari banyak kerja nak kena buat. Harapnya bila balik rumah ni dapat tenangkan fikiran sekejap dari tekanan belajar ni.

Aktiviti blogging saya masih dapat berjalan seperti biasa kerana saya masih ada talian internet apabila bercuti di kampung. Terima kasih kepada Celcom Broadband yang telah membantu..hehe. Tapi bergantung kepada talian internet kat kampung sama ada ok ke tak. Kalau talian internet ok kat sana maka akan aktif la saya berblogging nanti. Harap-harap nanti akan ok la. 🙂

Pada 31 haribulan ogos 2010 iaitu tarikh semasa saya balik kampung esok juga adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 kepada semua rakyat Malaysia. Bertuahnya kita kerana dapat tinggal di negara Malaysia yang aman dan sejahtera ini. Kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana kita dapat menikmati kemerdekaan negara kita pada hari ini.

Hanya itu saja perkongsian saya pada entri ringkas kali ini. Semoga kita akan berjumpa lagi pada entri yang akan datang apabila saya sudah selamat sampai bercuti di kampung nanti. Harap semua sahabat-sahabat dapat mendoakan keselamatan saya dalam perjalanan pulang ke kampung esok. 🙂