Jan
19
2010

Tips Cara Berjimat Cermat

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah cara untuk jimat duit. Setiap orang malah anda sendiri sudah semestinya memikirkan cara bagaimana untuk berjimat-cermat kerana kos untuk sara hidup pada masa sekarang adalah sangat tinggi dan kadang-kala agak membebankan. Jadi adalah penting bagi saya dan juga anda sendiri perlu sentiasa berjimat cermat supaya kita dapat mengawal keadaan kewangan kita. Untuk itu saya ingin berkongsi beberapa tips mudah dengan anda semua tentang cara berjimat-cermat.

1) Pertama sekali adalah semasa anda melakukan pembelian anda digalakkan supaya membeli barangan secara borong atau pukal. Ini kerana jika anda beli sesuatu barangan secara borong anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda. Anda dapat membeli banyak barang tapi ianya pada harga yang lebih murah. Itulah lebihnya membeli barangan borong itu. Jika anda membelinya dikedai-kedai biasa sudah tentunya anda terpaksa mengeluarkan lebih banyak duit anda kerana harga lebih mahal. Banyak pasaraya yang menlakukan jualan secara borong dan yang paling terkenal adalah Mydin. Anda memang mendapat banyak kelebihan jika berbelanja pada harga borong ini. Tapi anda yang menentukannya untuk menjadi pengguna yang  bijak.

2) Kalau anda mahu lebih jimat lagi carilah barangan yang second hand ataupun lelong. Walaupun hanya barangan second hand tetapi ianya tetap mendatangkan pulangan yang baik kepada anda. Carilah barangan yang masih baik kualitinya kerana anda tidak mahu ditipu pula nanti. Barangan lelong pula memberikan harga yang lebih murah dari harga pasaran biasa. Anda dapat menjimatkan wang anda kerana dapat membeli barangan yang anda mahu pada harga yang lebih murah.

3) Kepada anda yang sukakan aktiviti berbentuk hiburan seelok-eloknya dikurangkan. Ini kerana anda tidak sedar yang duit anda sebenarnya banyak mengalir keluar melalui aktiviti yang tidak berfaedah. Dan salah satunya adalah hiburan. Jika sekali sekala itu tidak salah untuk anda berhibur tetapi jika ianya sudah menjadi tabiat maka anda sendiri yang rugi. Aktiviti hiburan seperti melihat konsert dan menonton wayang memang menyeronokkan tetapi ianya boleh merugikan anda. Jika anda cuba kurangkannya maka anda dapat menjimatkan duit anda.

4) Anda mungkin selalu makan di restoran-restoran makanan ringan seperti KFC, Pizza Hut ataupun yang seumpamanya. Makanan di restoran seperti ini sebenarnya lebih banyak mempunyai keburukan daripada kebaikan. Jika anda selalu makan direstoran seperti ini lama kelamaan berat badan anda akan meningkat. Lagipun harga makanan di restoran seperti ini adalah lebih mahal. Tidak salah untuk makan direstoran segera seperti ini tapi janganlah diamalkan kerana ia akan merugikan anda. Anda dapat menjimatkan duit anda jika kurang berkunjung ke restoran segera seperti ini.

5) Bagi mereka yang mempunyai kenderaan seperti motosikal dan kereta pula sudah pasti pening kepala dengan harga minyak yang semakin tinggi. Oleh itu, anda sebenarnya boleh berjimat cermat jika pandai mengambil langkah bijak dalam menggunakan kenderaan anda itu. Jika anda hendak keluar membeli barang-barang keperluan pastikan anda membuat list dahulu barangan apa yang perlu anda beli kerana ia bagi mengelakkan anda terpaksa berulang-alik ke kedai semula untuk membeli barangan yang terlupa untuk anda beli. Anda hanya membazirkan tenaga dan minyak kenderaan anda. Apabila anda dapat menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, anda sebenarnya dapat berjimat penggunaan duit anda setiap hari.

Sebagai kesimpulannya kita semua perlu untuk berjimat cermat kerana orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Ada banyak lagi cara sebenarnya untuk anda berjimat cermat. Yang saya tuliskan disini hanyalah sebahagian sahaja dari cara untuk anda berjimat cermat. Dengan ini saya berharap yang ianya dapat memberikan sedikit panduan kepada anda untuk memudahkan anda menguruskan perbelanjaan anda. Masa depan yang baik terletak ditangan anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Komen

Leave a Reply


CommentLuv badge