Jul
26
2010

Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010

Salam sejahtera. Pada 25 dan 26 julai 2010 telah diadakan Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010. Majlis ini diadakan dalam 3 sesi iaitu pada 25 Julai 2010 (Sesi Pagi dan Sesi Petang) dan pada 26 Julai 2010 (Sesi Pagi). Pada majlis konvokesyen inilah para graduan akan menerima anugerah selepas menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Sempena majlis konvokesyen tersebut, telah diadakan juga pesta konvokesyen UMT 2010 bagi memeriahkan lagi suasana majlis konvokesyen yang diadakan.

Jadi, saya pun sempat juga berkunjung ke pesta konvokesyen yang diadakan. Dapat juga meluangkan masa yang terluang untuk berjalan-jalan di pesta konvokesyen tersebut. Ini adalah beberapa gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berjalan-jalan dipesta konvo tersebut untuk dikongsikan dengan anda. Kalau gambar kurang memuaskan harap dimaafkan la ye. :) .

Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang menerima anugerah masing-masing sama ada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah dan sebagainya. Semoga dengan penganugerahan yang diterima akan memberi manfaat kepada diri sendiri, agama, bangsa dan juga negara.

P/s: Tak sabar rasanya nak jadi graduan, sabar menunggu 2 tahun lagi. :)




Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

15 Responses to “Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010”

  1. mummynana says:

    tahniah ler. ingat tuan pnye blog tadik yg grad. hehe. teringat la zaman dlu2 kat kampus. seronok abis. :D
    mummynana recently posted..HARI HARI DALAM ISLAMMy ComLuv Profile

  2. suri says:

    sabar..lama-lama akan terjadi juga hehehe..sabar..

  3. zik says:

    zik tahun depan baru konvo… erm tahun nie habis.. insyallah

  4. AyieBlog says:

    Salam,hehe best my sepupu konvo jugak time itu di umt :) .. hehehe
    AyieBlog recently posted..langkah Kerja pemasangan perkakasan komputerMy ComLuv Profile

  5. ishak says:

    wah meriah nyer..tempat tu

  6. Ummi Hanie says:

    slmt grad 2 thn lagi..insyaAllah…

    tntg buffered tu akk da jwb sikit dlm entri yg thoha komen tu :)
    Ummi Hanie recently posted..Akhirnya tuahku mengena !My ComLuv Profile

  7. atie says:

    kalo konvo mesti byk bunga kan…. hehehe tp mahal :D

  8. Mr.Z says:

    sabar, nanti giliran anda pula..insyaallah..
    saya tahun ni grade.. :)
    Mr.Z recently posted..Menabjubkan! Kucing Terbesar Di Dunia!My ComLuv Profile

  9. etomyam says:

    tahniah kepada yg berjaya dan selamat menempuh alam baru :D
    etomyam recently posted..Pertandingan Mewarna Tema Kitar SemulaMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled