Salam sejahtera. Pada 25 dan 26 julai 2010 telah diadakan Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010. Majlis ini diadakan dalam 3 sesi iaitu pada 25 Julai 2010 (Sesi Pagi dan Sesi Petang) dan pada 26 Julai 2010 (Sesi Pagi). Pada majlis konvokesyen inilah para graduan akan menerima anugerah selepas menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Sempena majlis konvokesyen tersebut, telah diadakan juga pesta konvokesyen UMT 2010 bagi memeriahkan lagi suasana majlis konvokesyen yang diadakan.
Jadi, saya pun sempat juga berkunjung ke pesta konvokesyen yang diadakan. Dapat juga meluangkan masa yang terluang untuk berjalan-jalan di pesta konvokesyen tersebut. Ini adalah beberapa gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berjalan-jalan dipesta konvo tersebut untuk dikongsikan dengan anda. Kalau gambar kurang memuaskan harap dimaafkan la ye. :).
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang menerima anugerah masing-masing sama ada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah dan sebagainya. Semoga dengan penganugerahan yang diterima akan memberi manfaat kepada diri sendiri, agama, bangsa dan juga negara.
P/s: Tak sabar rasanya nak jadi graduan, sabar menunggu 2 tahun lagi. 🙂
wah meriah nyer..tempat tu
meriah la jugak bro..
Salam,hehe best my sepupu konvo jugak time itu di umt :).. hehehe
zik tahun depan baru konvo… erm tahun nie habis.. insyallah
wah tak lama dah tu zik…
sekejap jerkan…
nanti masuklah alam pekerjaan pula 🙂
sabar..lama-lama akan terjadi juga hehehe..sabar..
tahniah ler. ingat tuan pnye blog tadik yg grad. hehe. teringat la zaman dlu2 kat kampus. seronok abis. 😀
suri pun rindu gak zaman tu kak hehee..yg best time tu dah ada kawan yang hamil hehehee..