Posted on Leave a comment

10 Perkara Perbuatan Yang Sia-sia

Assalamualaikum.

Banyak perkara perbuatan yang sia-sia yang dilakukan oleh umat islam pada hari ini. Saya menulis artikel ini supaya anda dapat baca dan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Disini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai sia-sia. Semoga saya dan sahabat semua akan dapat mengelakkan perbuatan-perbuatan ini. Antara perkara perbuatan-perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai sia-sia iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang rajin berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkan sekali doa untuk ibu bapanya sendiri dan juga kaum Muslimin. Mendoakan keampunan ibu bapa anda adalah wajib kerana jasa-jasa ibu bapa yang terlalu besar kepada kita sejak dari kecil. Doakanlah juga akan kesejahteraan kaum muslimin supaya kita semua akan diberkati oleh Allah.

2. Orang yang selalu membaca Al Quran, tetapi tidak membaca Al Quran secara tertib dan teratur. Mereka membacanya dengan cepat tanpa mengikut hukum-hukum tajwid dengan betul. Bacalah Al Quran dengan betul hukum tajwidnya kerana jika dibaca dengan salah anda tidak akan mendapat pahala bahkan anda mendapat dosa pula kerana salah hukum bacaan di dalam Al Quran. Jika anda tidak tahu hukum belajarlah dengan orang-orang yang tahu ataupun guru-guru agama.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid. Jika anda masuk kedalam masjid seelok-eloknya anda solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum anda duduk kerana anda akan mendapat pahala dari Allah.

4. Orang-orang yang melalui tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. Kita semua pasti akan menemui mati. Ucapkanlah salam dan mendoakan kepada penghuni-penghuni kubur jika anda melalui satu tanah perkuburan orang-orang islam.

5. Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar kembali dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah. Bagi seorang lelaki solat jumaat adalah wajib. Janganlah sekiranya anda memberi alasan untuk tidak bersolat jumaat jika berkunjung ke tempat lain.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu kawasan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Anda perlu mengambil peluang untuk menuntut ilmu dengan alim ulama kerana mereka memiliki ilmu yang tinggi jika tidak anda juga yang akan rugi.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak pula saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. Hargailah sahabat anda, sentiasa mengambil berat akan mereka dengan bertanya khabar tentang keadaannya dan keluarganya. Barulah hubungan anda dan sahabat akan kekal selamanya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak melayani tetamunya itu dengan sebaiknya. Jika kawan-kawan atau siapa yang datang kerumah janganlah melayan mereka secara acuh tak acuh saja. Layanlah mereka dengan rasa hormat dan sebaik-baiknya.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. Anda jangan membiarkan zaman muda anda dengan hanya suka membuang masa saja. Kerana di zaman muda inilah waktu untuk anda cuba mendalami segala ilmu supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Jika diwaktu tua anda sudah tidak mampu lagi untuk menuntut ilmu dan membentuk diri anda.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya kelaparan, sedangkan dia pula makan kekenyangan di dalam rumahnya. Ambillah tahu mengenai jiran-jiran anda kerana mungkin ada diantara mereka yang dalam kelaparan oleh kerana kemiskinan. Jangan hanya membiarkan mereka terus dalam kelaparan dan anda pula kekenyangan.

Jadi, 10 perkara diatas adalah perkara perbuatan yang sia-sia jika anda masih melakukannya. Saya berharap selepas anda mengetahui akan perbuatan yang sia-sia diatas saya sendiri dan anda dapat mengambil pengajaran dan menjadikan kita orang yang tidak berada dalam kerugian.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara perbuatan dalam kehiduapan seharian kita yang mungkin sia-sia jika dilakukan. Yang saya beritahu anda ini adalah sebahagian sahaja dari perkara perbuatan yang sia-sia. Semoga sahabat semua tidak tergolong dalam orang-orang suka melakukan perkara perbuatan yang sia-sia…..insyaallah…….

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *