Posted on 9 Comments

101 Tips Mencegah Masalah Sakit Kepala

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membuat review sebuah ebook motivasi kesihatan yang bertajuk 101 Tips Mencegah Sakit Kepala. Masalah sakit kepala adalah yang sesuatu normal bagi semua orang. Namun begitu masalah sakit kepala ini masih boleh dicegah supaya kesannya akan berkurangan.

Kita memang mengetahui bahawa sakit kepala boleh dirawat atau diubati dengan mengambil ubat–ubatan yang berkaitan, tetapi takkan dah sakit baru nak sibuk pergi berubat. Kan lebih baik kalau awal-awal kita boleh mencegahnya daripada berlaku, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jadilah seorang yang proaktif daripada seorang yang reaktif.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Sakit Kepala

  • Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
  • Kecederaan pada kepala/post-traumatik
  • Berlaku jangkitan di kepala atau leher
  • Demam selsema yang biasa, influenza
  • Demam yang disebabkan oleh virus
  • Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Didalam ebook ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips-tips mudah yang anda boleh amalkan untuk mencegah masalah sakit kepala ini. Antara tips-tips tersebut adalah:

TIPS #1

Gunakan bantal yang tidak terlalu nipis ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher anda ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

TIPS #2

Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak! Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

TIPS #3

Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

TIPS #4

Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress. Salah satu cara menghilangkan stress adalah melalui kaedah meditasi. Meditasi akan memberikan ketenangan fikiran disamping memberi peluang kepada kita untuk menilai alam sekitar. Ia juga membantu untuk menguatkan lagi tenaga minda anda. Anda akan dapat ebook bonus “Panduan Mengatasi Stress”.

TIP #5

Berhenti merokok sekarang! Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Umumnya, merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami. Anda juga akan mendapat ebook bonus percuma “Teknik Mudah Berhenti Merokok dalam Seminggu”.

Secara umumnya, masalah sakit kepala ini adalah boleh dicegah. Tips-tips yang saya berikan diatas adalah beberapa tips mudah yang anda boleh amalkan supaya dapat mencegah masalah sakit kepala. Sebenarnya ada banyak lagi tips yang ingin saya kongsikan dengan anda iaitu sebanyak 101 tips-tips mudah mencegah masalah sakit kepala. Saya berkongsikan 101 tips-tips tersebut didalam ebook terbaru saya yang bertajuk: 101 Tips Mencegah Sakit Kepala.

Dapatkan Ebook 101 Tips Mencegah Sakit Kepala sekarang dan anda boleh mula mencegah masalah sakit kepala anda! Kini anda boleh hidup dengan ceria dan menjalani kehidupan normal anda tanpa diganggu oleh masalah sakit kepala lagi!. Klik sini untuk mendapatkannya. Jangan tunggu sehingga sakit kepala datang menyerang anda barulah anda ingin mencari jalan penyelesaiannya.

JOM SHARE

9 thoughts on “101 Tips Mencegah Masalah Sakit Kepala

  1. Bukan coklat je..
    Kurangkan mengambil makanan yang manis.. Saya punya migraine sanpai tahap kena makan ubat yang kandungan apa pun saya tak tau,tapi 800g..
    Bayangkan kuat tak kuat migraine tu..

  2. saya seminggu 3 @ 4 kali sakit kepala yg teramat kuat sakitnye?hingga kan terpaksa makan ubat tahan sakit, dan mandikan kepala hingga 1/2 jam toilet? saya setiasa sakit kepala di bahagian belakang hingga kehadapan umbun-umbun..apakah masalah sakit kepala saya blh diatasi..

    1. nampak macam teruk je sakit kepala tu..dah pergi jumpa dengan doktor ke? itu cara yang terbaik untuk atasi sakit kepala ni..

  3. wah bagus tips nie.. bila dah tahu puncanya..mesti kena cari penawarnya… banyak juga ya penawarnya 101 tuh… 🙂
    .-= zik´s last blog ..Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010?? =-.

    1. ya..terima kasih zik..hehe

  4. Salam,

    Oh..makan coklat leh sakit kepala ek..hmm…sy ni penggemar coklat sebenarnya…huhu…tp tkde la slalu mkn…time2 bad mood baru makan..hihi…sbb nk kasi ceria skit…

    1. salam..bagus la kalau makan coklat boleh buat kita ceria..biasanya bila tak ceria ni yang buat sakit kepala..hehe

  5. salam..
    bagus tips kat atas tu..suri pun ada sakit kepala juga.macam migren le.tapi apa yang jauhi ialah jagam makan coklat..

    cermin mata mmg slu kena pakai klu dok biasa cahaya matahari bisa sakitkan kepalaku..

    1. salam..terima kasih suri..saya baru tahu jugak ni jangan makan coklat..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *