Posted on Leave a comment

11 Tip Elak Pokai Di Hujung Bulan & Tip Simpan Duit Yang Boleh Korang Buat, Ikut Panduan Ini

Menurut kajian yang di buat baru-baru ini, didapati Rakyat Malaysia tidak memiliki baki wang untuk dibuat simpanan selepas terpaksa membayar pelbagai bil, pinjaman dan cukai.

Menurut pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan. Dan beliau mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Jadi disebabkan kajian ini, apa kata kita belajar untuk tidak boros dan elak menjadi pokai.

Tip Elak Pokai

1. Kad kredit

Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.

2. Beli Barang

Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.

3. Petrol & Kenderaan

Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.

4. Masak Di Rumah

Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu

5. Kawal Bajet

Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.

6. Mix & Match Baju

Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.

7. Suppliment & Ubat Kurus Badan

Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.

8. Senaman

Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.

9. Entertainment

Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.

10. Keluar Dating

Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.

11.  Bercuti

Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.

Jadi dah tahu cara dan tip ini harap anda boleh la praktikkan. Selamat mencuba!

Sumber- Sinar Harian Online

Maskulin

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *