Posted on Leave a comment

5 Faktor Pendorong Menjadi Usahawan

Salam sejahtera.

Bidang keusahawanan adalah bidang yang patut diterokai oleh sesiapa sahaja. Ianya penting untuk pembangunan agama, bangsa dan negara. Ramai yang memilih untuk menjadi seorang usahawan kerana didorong oleh banyak faktor yang ada di sekelilingnya. Faktor-faktor yang ada telah menguatkan lagi semangat seseorang itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

1) Sebab Keagamaan

Antara faktor-faktor yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan adalah kerana ianya sangat digalakkan dalam agama islam. Rezeki dalam bidang perniagaan adalah sangat luas jika anda bijak mengambil peluang.

Anda juga dapat mengikut sunnah Rasulullah yang sememangnya seorang usahawan yang hebat. Anda perlu mencontohi ketokohan baginda sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Selain itu anda perlu mencontohi golongan sahabat baginda seperti Abdul Rahman bin Auf yang merupakan seorang ahli perniagaan islam yang terulung. Anda perlu belajar dari kisah sahabat besar nabi ini yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya semasa zaman permulaan islam.

2) Mahukan Kebebasan

Tidak semua orang suka untuk diperintah oleh orang lain. Anda sudah tentu tidak suka jika anda orang yang memaksa anda melakukan sesusatu pekerjaan. Tidak suka diperintah, itulah adalah sifat semulajadi manusia. Anda mahu lakukan kerja yang anda suka. Buat apa yang anda mahu lakukan.

Dalam erti kata lain manusia itu mahukan kebebasan. Anda mahu bebas melakukan perkara-perkara yang anda suka dan tidak melibatkan orang lain yang memberi perintah kepada anda. Oleh kerana itu, bidang keusahawanan adalah bidang yang anda bebas untuk melakukan pekerjaan yang anda minat dan suka tanpa diperintah oleh orang lain.

3) Ingin Memiliki Kemewahan

Semua orang mahu menjadi kaya raya. Ini kerana orang kaya akan lebih senang kehidupannya. Jika miskin maka hidup akan susah kerana nak cari makan pun susah pada masa sekarang. Dengan berniaga tidak mustahil anda akan menjadi seorang yang kaya raya.

Anda perlu mengubah gaya hidup supaya ianya selari dengan zaman sekarang. Jika tidak anda akan dianggap sebagai seorang yang ketinggalan zaman. Atas faktor inilah anda perlu mengubah kehidupan anda supaya kehidupan anda sentiasa seiring dengan kemajuan pada zaman sekarang. Dengan melibatkan diri dalam perniagaan anda dapat mengubah gaya kehidupan anda pada masa sekarang dan juga pada masa-masa yang akan datang.

4) Berkhidmat Untuk Masyarakat

Memang menjadi tanggungjawab sosial kepada anda untuk berkhidmat kepada masyarakat. Seorang usahawan adalah mereka yang hebat dan berpengetahuan luas. Anda boleh membantu orang lain melalui kewangan yang anda ada ataupun melalui ilmu pengetahuan yang anda miliki. Dengan cara ini anda dapat berkhidmat kepada mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan.

5) Meminati Bidang Keusahawanan

Budaya keusahawanan adalah datang dari pewarisan dari ahli keluarga yang lain. Contohnya ayah anda telah memiliki sebuah perniagaan sendiri. Sudah tentu pada masa hadapan anda juga akan belajar dan mengikuti jejak langkah ayah anda dalam bidang perniagaan untuk meneruskan perniagaan keluarga anda.

Tapi bidang keusahawanan ini bergantung kepada minat anda. Walaupun tidak ada ahli keluarga anda yang melakukan perniagaan tidak mustahil anda akan menjadi seorang usahawan. Semuanya bergantung kepada minat anda. Anda boleh belajar sendiri kerana minat. Faktor kejayaan orang lain juga boleh mempengaruhi minat anda untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawanan.

Sebagai kesimpulan, bidang keusahawanan adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Ada banyak faktor sekitar yang mendorong seseorang itu untuk menjadi usahawan. Seorang usahawan itu akan dapat membantu membangunkan kehidupannya dan juga orang lain menjadi lebih baik. Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah bangsa jika bangsa itu sendiri tidak mahu mengubahnya. Jadilah seorang usahawan yang beriman yang akan dapat membangunkan agama, bangsa dan juga negara. Semoga bermanfaat.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *