Posted on Leave a comment

5 Taktik Ini Mampu Menjadikan Jenama Produk Anda Menguasai Pasaran!

Apa khabar jenama produk anda hari ini? Adakah jenama anda berjaya menguasai minda pelanggan sehingga tergiang-giang dan terbuai-buai produk anda di pasaran?

Atau ianya sekadar illusi yang tidak pasti di mana carta kedudukan jenama anda pada  hari ini? Walaupun anda hanya memiliki bisnes kecil, jangan sesekali mengecilkan jenama anda, mungkin ada perkara yang melibatkan penjenamaan anda terlepas pandang sehingga peluang meluaskan pasaran terlepas kepada jenama lain.

Jenama adalah pakaian utama produk anda. Jika pemakaian anda baik maka, anda akan dipilih untuk berada pada barisan paling hadapan. Jom lihat bagaimana taktik untuk menjadikan jenama anda berada pada barisan paling hadapan dalam pasaran.

#1- Kolaborasi Dengan Produk Lain

Anda harus bijak dalam percaturan bisnes anda. Berkolaborasi dengan jenama yang sedia dikenali pasaran. Secara tidak langsung jenama anda juga terpalit untuk dikenali.

Turut sertakan jenama anda dalam acara-cara besar bagi memudahkan pelanggan mengenali jenama anda. Dengan cara ini, anda akan lebih yakin dalam mempromosikan jemana anda pada paltform yang lebih kukuh.

Kolobarasi ini akan menguntungkan dua pihak. Di mana bagi pihak anda, jenama produk anda akan tersebar secara meluas, dan pelanggan di luar sana pastinya akan mencari info tentang produk anda dan jika mereka adalah golongan pelanggan sasaran, pastinya sale dalam tangan anda.

#2- Pelbagaikan Packaging

Seluk poket dan lihatlah berapa duit yang anda ada. Jika banyak alhamdulillah, tetapi jika sedikit, bagaimana caranya untuk anda mendapatkan produk idaman anda? Begitulah yang dihadapi pelanggan di luar sana.

Kos sara hidup yang tinggi memungkinkan mereka melupakan seketika untuk membeli produk sampingan. Jadi, menjadi tanggungjawab anda untuk menghasilkan sesuatu bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk anda tanpa sebarang masalah.

Anda  boleh pelbagaikan bentuk packaging. Daripada bentuk kecil, sederhana dan besar. Jangan risau. Kerana pada awalnya mungkin pelanggan hanya berminat mendapatkan paket yang paling kecil tetapi jika mereka melihat keberhasilan jenama produk anda pasti selepas ini paket yang paling besar yang jadi idaman.

#3- Sebarkan Kekuatan Produk

Letakkan diri anda sebagai seorang pelanggan yang akan bertanya, sebab apa anda perlu beli produk tersebut. Jadi, cari kekuatan yang terdapat dalam produk anda yang lain daripada kebiasaan lambakan produk yang di jual di luar sana.

Contohnya, produk anda adalah produk yang perlu ada bagi setiap orang yang bersaiz XXL kerana ianya adalah produk membuang toksik selepas makan. Oleh yang demikian golongan ini tidak perlu lagi bimbang untuk mengawal makan, kerana produk anda sangat membantu mereka selepas makan untuk menghapuskan segala toksik dalam badan.

Pelangan tidak akan berpaling sekiranya jenama produk anda setanding nilai yang dilaburkan mereka sehinggakan mereka mewar-warkan kekuatan produk anda kepada orang lain.

#4- Luaskan Jajahan Promosi

Luaskan kuasa jajahan promosi anda. Jangan fokus pada satu sahaja. Luaskan sehingga semuanya berada pada jajahan produk anda. Bagaimana caranya? Gunakan semua media sosial yang ada seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain. Pasarkan produk anda sehabis baik.

Kekurangan promosi di media sosial seperti Facebook dan Instagram, menyebabkan pelanggan tidak tahu mengenai produk ditawarkan.

Anda perlu bijak memanfaatkan media sosial dalam menarik pelanggan mengenali produk ditawarkan kerana pelanggan  lebih gemar melihat sesuatu produk dan jenama, aktif di media sosial.

#5- Wujudkan Tagline Yang Hebat

Jika anda tidak mempunyai kepakaran dalam mendapatkan tagline yang menarik, anda boleh merujuk kepada mereka yang lebih mahir. Lihat sahaja bagaimana Abang Terlajak Laris menggunakan taglinenya untuk menyebarkan jenama produknya dengan mudah. Lihat contoh tagline menarik yang  menjadikan jenama tersebut kukuh dan utuh.

  1. LG – “Life’s Good
  2. Apple – “Think Different
  3. Harley Davidson – “American by birth Rebel by Choice
  4. Lego – “Play On
  5. Panasonic – “Ideas for Life
  6. Reebok – “I am what I am
  7. Walmart – “Save Money, Live better
  8. Red Cross – “The greatest tragedy is Indifference
  9. Fortune Magazine – “For the men in charge of change
  10. McDonalds – “I’m lovin it
  11. Levi – “Quality never goes out of style
  12. Nike – “Just Do It
  13. Nokia – “Connecting People
  14. Sony – “Make Believe
  15. Kentucky Fried Chicken – “Finger Lickin good

Majalah Niaga

 

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *