Posted on Leave a comment

5 Tips Untuk Hidup Bahagia

Assalamualaikum.

Setiap orang pasti ingin hidup dalam kebahagian bukan? Mana ada orang yang ingin hidup dalam kesengsaraan, kesedihan dan sebagainya yang bersifat negatif. Begitu juga dengan saya sudah pastinya inginkan kebahagiaan dalam hidup ini. Kebahagiaan adalah suatu yang semua orang malah anda sendiri idam-idamkan didalam hidup ini.

Tanpa kebahagiaan seolah-olah hidup anda tidak sempurna sama sekali. Ada banyak langkah sebenarnya yang anda boleh lakukan untuk mengecapi kebahagiaan hidup ini. Namun saya cadangkan kepada anda 5 tips mudah ini je jika anda mahu merealisasikan impian anda dan hidup dalam kebahagian.

1. Jauhkan Diri Dari Pemikiran Negatif

Anda mungkin meluangkan banyak masa dalam sehari duduk termenung, berkhayal, ataupun angan-angan kosong. Tapi itu sebenarnya boleh membuatkan anda mudah untuk berputus asa kerana memikirkan nasib anda yang tidak sebaik orang lain yang lebih sempurna hidup mereka. Ianya juga boleh membuatkan anda tidak bersyukur dengan dengan kehidupan anda yang ada sekarang. Kadang-kadang anda sampai boleh hilang kawalan dan boleh menjejaskan kehidupan anda. Perhubungan anda dengan orang lain akan menjadi teruk dan kualiti hidup dan kerja anda lama kelamaan akan kucar-kacir.

Untuk mengelakkan dari terlebih pemikiran ini anda anda kenalah sentiasa berfikiran positif selalu. Selalulah melakukan aktiviti seperti meluangkan masa bersama keluarga, membuat hobi yang anda suka dan cubalah untuk mengubah kehidupan anda supaya menjadi lebih baik dari sekarang.

2. Tetapkan Target Dan Matlamat

Pastikan anda menetapkan target dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Jika target itu dapat anda capai sudah anda merasa puas dan seronok. Matlamat pula adalah apa yang anda mahukan. Lakukan yang terbaik supaya anda dapat mencapai matlamat anda itu tetapi jangan terlebih diluar keupayaan diri anda. Biar ianya sesuai dengan kemampuan anda juga.

Keseronokan dan kepuasan yang anda rasa itu sebenarnya adalah satu kebahagian sebenarnya. Ingat tak masa sekolah dulu anda selalu target nak dapat no 1 ke, dapat banyak A dalam peperiksaan ke…bila anda dapat mencapainya sudah tentu anda seronok dan bahagia kan? Orang lain pun bahagia untuk kita sekali bila kita dapat mencapai target dan matlamat kita.

3. Melakukan Kebaikan Kepada Orang Lain

Pada masa sekarang kita sebenarnya saling memerlukan antara satu lain untuk hidup. Mungkin kita semua tidak nampak dalam kehidupan kita seharian kita selalu berkaitan antara satu sama lain. Apa yang ingin saya katakan disini adalah untuk anda hendaklah sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain. Kenapa ya? sebabnya bila kita dapat melakukan sesuatu kebaikan kepada orang lain sudah semestinya kita akan merasa seronok. Kalau anda tak percaya boleh la cuba sendiri.

Sebagai contohnya semasa anda nak melintas jalan ke kalau ada nampak orang buta ataupun orang-orang tua nak melintas jalan pergi la bantu mereka pasti anda akan merasa seronok dapat membantu mereka. Kerana itu memang sifat semulajadi manusia seronok melakukan kebaikan tapi kalau tak seronok tak tahu la kata apa. Dari perasaan seronok itulah akan lahirnya kebahagiaan hidup.

4. Jaga Perhubungan Dengan Orang Lain

Perhubungan yang saya maksudkan disini adalah hubungan sesama insan. Iaitu adik beradik, saudara-mara, sahabat handai dan juga orang lain. Sudah tentu anda tidak dapat hidup sorang-sorang tanpa mereka semua ni kan? Kalau anda dapat hidup sorang diri anda memang hebat kerana saya pun tak mampu nak buat macam itu. Tapi saya percaya kita semua perlu mempunyai hubungan dengan semua orang dalam kehidupan seharian kita.

Jika perhubungan kita sesama insan adalah baik maka kehidupan kita pun akan baik. Cuba anda bayangkan kalau perhubungan anda teruk dengan orang lain. Setiap orang anda nak cari gaduh. Semua orang akan membenci anda nanti. Bahagiakah hidup anda kalau begitu? Sudah tentu tidak sama sekali. Pehubungan yang baik sesama insan ini akan membawa kebahagian kepada anda di dunia dan akhirat. Insyaallah….

5. Sentiasa Menjaga Kesihatan diri 

Kesihatan dan tubuh badan yang sihat juga adalah penting dalam menjamin kebahagiaan kehidupan anda. Ini kerana dengan mempunyai tubuh badan yang sihat anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda suka contohnya keluar bersiar-siar bersama kawan-kawan, beriadah, belajar dan sebagainya.

Jika anda mempunyai kesihatan yang tidak sihat ataupun dengan kata lain sakit sudah tentu anda tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda suka itu. Dari situ keseronokan dalam hidup anda akan hilang. Bila hilang keseronokan dalam hidup anda maka akan tidak akan dapat mengecapi kebahagiaan dalam hidup anda. Jadi jagalah kesihatan dan tubuh anda supaya sentiasa sihat supaya anda sentiasa dalam keadaan ceria dan merasai kebahagiaan itu.

Akhir sekali, nasihat saya kepada anda supaya banyak-banyak kan berdoa kepada Allah supaya hidup kita diberkati dan sentiasa berada di dalam kebahagiaan. Tips-tips yang saya  kongsikan tadi hanyalah satu usaha dan ikhtiar dalam mengecapi kebahagiaan itu. Bila anda usaha tambah dengan doa dan akhir sekali tawakal. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya yang anda cari. Kebahagiaan yang anda cari bukan hanya di dunia tapi kebahagiaan yang kekal iaitu di akhirat kelak. Semoga kita sama-sama mendapat kebahagiaan idi dunia dan akhirat. Insyaallah.

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *