Posted on Leave a comment

7 Nasihat ‘Emas’  Pengasas Bank Al-Rajhi Kepada Usahawan Yang Bermula Dari Bawah!

Mampukah anda menjadi seperti jutawan dunia ini yang mendermakan seluruh harta kekayaan kepada mereka yang memerlukan? Beliau sanggup jatuh miskin demi masa depan orang yang berhak dan demi menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama. Hebat! Sangat hebat!

Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia merupakan pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di Arab Saudi dan dunia.

Nilai  kekayaan dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah. Beliau juga  dikenali sebagai usahawan hartanah dan juga dalam lapangan pelaburan.

#1-Ketepatan Masa

Bagi beliau nak berjaya memerlukan disiplin yang luar biasa. Pernah suatu ketika mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Beliau terlewat dalam perjumpaan tersebut sehingga menyebabkan pegawai tersebut tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut.

Sejak itu, bermulalah cara baru di mana beliau akan sentiasa berdamping dengan buku nota kecil untuk mencatat maklumat penting supaya pengurusan masa beliau lebih sistematik dan sempurna.

#2-Penyelesaian Masalah

Bagaimana hebatnya pemilik bank ini menyelesaikan masalah boleh dilihat ketika kilang yang diusahakan anaknya terbakar. Ketika anaknya memberitahu tentang berita malang tersebut beliau hanya menyuruh sebut alhamdulillah.

Beliau melarang anaknya untuk membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Beliau meminta anaknya untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.

Lihat bagaimana Al Rajhi menggunakan nikmat akal fikiran bagi menyelesaikan masalah tersebut agarnya nampak cantik dan tidak merosakkan hati sendiri atau orang lain.

#3-Tidak suka membazir

Baginya mengapa perlu membazirkan duit yang dicari dengan penat lelah sedangkan duit itu adalah hak milik Allah sepenuhnya. Kerana itu beliau sangat menghargai wang yang diterimanya. Tidak sesekali bermewah demi mengejar nama dalam dunia yang sementara.

Wang yang anda perolehi akan menjadi saksi ke mana ianya dibelanjakan dengan sepatutnya. Jangan sesekali hebat dalam berbelanja. lebih baik gunakan wang itu ke jalan Allah kerana hasilnya dituai diakhirat kelak!

#4-Merendah diri

Jutawan tetapi naik kapal terbang hanya duduk di bahagian ekonomi. Tidak pernah ras nak meninggi diri walhal dalam bank wang membukit tinggi. Bab merendah diri ni, payah orang nak jadi. Sebabnya? Sebab bukan selalu-selalu nak jadi kaya kan.

Walau setinggi mana anda berada, jangan pernah lupa, rezeki itu pemberian Allah yang Esa. Belajarlah merendah diri walaupun payah. Kerana apa? Kerana sifat itu terpuji dan akan buat kehidupan anda sentiasa diberkati.

#5-Bisnes Vs Peribadi

Bisnes tetap bisnes. Wang yang diperolehi hasil bisnes tidak boleh sesekali digunakan untuk buat urusan peribadi. Jangan campur sesuka hati! Walaupun beliau mempunyai memiliki syarikat penerbangan tetapi beliau masih membayar untuk tiketnya.

Orang bisnes perlu mahir dalam setiap tindakan yang diambil. Jika bijak tindakannya maka bijaklah hasil yang akan diperolehnya. Hal peribadi perlu diketepikan. Jangan dicampur aduk kerana ianya akan mengundang risiko yang tidak dijangka.

#6-Tegas

Tegas dalam setiap tindak tanduk yang diambil. Tidak perlu takut dengan tegesan yang telah dibuat jika perkara itu benar. Beliau pernah dijemput menghadiri jamuan makan malam. Tetapi beliau keluar dengan segera dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat.

Dan yang  menariknya tentang sifat tegas beliau, menteri yang bertanggungjawab atas tentatif program tersebut akhirnya membatalkan bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Lihat bagaimana orang kaya yang beriman menggunakan kuasanya di jalan yang benar.

#7-Semuanya Milik Allah

Selalu-selalu dingatkan kepada semua orang terutama pekerjanya bahawa harta dan kekayaan yang dimiliki adalah hak allah sepenuhnya. Jangan sesekali bermewah dengan bermaharajalela kekayaan yang dimiliki kerana ianya semua adalah pinjaman sementara.

Jika elok sumbernya maka berkatlah perjalanan perniagaan tersebut. Jika sebaliknya maka akan terumbang ambinglah perniagaan tersebut dengan pelbagai masalah yang melanda. Apabila Allah beri maka dihantarNya ujian untuk melihat bagaimana kita menggunakan pemberian tersebut. Maka, belajarlah untuk mensyukuri setiap ujian mahupun pujian!

Majalah Niaga

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *