Posted on Leave a comment

7 Teknik Berniaga Abang Terlajak Laris Yang Boleh Anda Buat!

Dah pasang impian nak miliki kediaman mewah seperti abang terlajak laris? Tidak mustahil impian itu boleh menjelma menjadi kenyataan jika anda usaha bersungguh-sungguh tanpa batasan.

Lihat sahaja bagaimana Dato Seri Aliff Syukri mampu tersenyum puas melihat Aliff  Place tersergam indah atas usaha gigihnya akibat berkecimpung dalam dunia perniagaan. Akibat? Ya, akibat yang mendatangkan hasil yang lumayan!

Jom kita lihat apakah teknik lumayan yang dilakukan oleh Dato’ Seri Aliff syukri sehingga bergelar jutawan. Agak-agak berapakah aset kekayaan yang dimilikinya hasil menuai dalam bidang perniagaan ini. Penuh kalkulator agaknya kalau nak dikira.

#1- Lebarkan Jalur Hubungan Antara Usahawan

Perkara paling disukai beliau adalah membuat jalur lebar hubungan dua hala antara usahawan dalam industri dan luar industri. Beliau akan sertai apa saja kumpulan atau persatuan yang menghimpun pemain utama dalam perniagaan yang saya jalankan.

Dari situ saya berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin untuk mengetahui selok belak perniagaan serta pasaran yang ada.

Di sini beliau akan mendapatkan maklumat daripada kajian pengguna herba terhadap industri yang saya jalankan. Biasanya pihak universiti/mara/sirim ada menjalankan kajian-kajian yang berguna terhadap kecenderungan pasaran.

Beliau juga terinspirasi dengan produk luar seperti evon dan mustika ratu. Biasanya beliau akan mengambil contoh negara maju seperti Amerika dan juga Korea.

#2-Jangan Sesekali Meniru

Meniru itu dosa. Penat orang tu fikir idea hebat, tup tup hasilnya orang lain pula dapat. Anda mesti marah bergejolak-gelegak jika anda siang malam tak tidur sebab nak usaha hasilkan satu produk yang hebat tiba-tiba diciplak begitu sahaja. Percayalah kaedah ini tidak berkat dan tidak tahan lama.

Anda boleh mengkaji kelemahan produk lain yang berada di pasaran tetapi gagal mendapat sambutan. Disitu anda boleh mencipta kelebihan dalam produk yang bakal anda hasilkan.

#3-Buat Bengkel dan Majlis Ilmu

Jika anda diberi bajet lebih, anda juga boleh anjurkan majlis sebegini. Bukan sekadar  untuk memperoleh ramai pelanggan, dalam masa sama membina keyakinan orang lain terhadap jenama syarikatnya.

Kaedah mengadakan majlis ilmu adalah satu daripada cara untuk mendapatkan ramai pelanggan dan meningkatkan jenama bisnes. Ianya adalah kaedah yang ringkas, rendah kos dan modal yang paling penting adalah modal ilmu.

#4-Buang Perasaan Malu

Jika anda malu, anda akan kekal di situ. Jadi, jangan pernah malu menjadi orang bisnes walaupun bisnes anda sekecil semut. Dahulu beliau pernah berniaga di pasar pagi dan malam di seluruh Selangor. Ketika itu perasaan malu dibuang ke tepi. Pendapatan hasil jualan disimpan untuk dijadikan modal perniagaan.

Datuk Seri Aliff juga tidak malu dalam memasarkan produknya dengan cara tersendiri. Demi menjimatkan kos beliau sendiri bersama si isteri menjadi duta kepada produk keluarannya. Apa sahaja sanggup dilakukan beliau asalkan buah tangannya itu sampai kepada pelanggan seisinya.

#5-Jangan Taksub Dengan Pinjaman

Perkara paling pantang dalam berniaga bagi beliau adalah dengan semudahnya merayu untuk membuat pinjaman. Bagi beliau jika mahu cepat naik dalam perniagaan jangan sesekali terjebak dengan pinjaman bank.

Seandainya anda telah terjebak dengan pinjaman bank dan nasib tidak menyebelahi anda, bagaimana anda hendak membayar balik pinjaman itu? Tepuk dada tanyalah pilihan yang nyata.

Perkara yang paling ditakuti beliau adalah apabila pinjam bank, duit banyak nanti kita lupa diri. Dan hal sebaliknya akan terjadi. Beliau  tidak pernah pinjam bank walau sepuluh sen walaupun mendapat penawaran dari bank berkali-kali. Tetapi beliau tetap dengan pendirian tersendiri.

#6- Tubuhkan Pasukan Khas Media Sosial

Jika anda mampu, anda uruskan sendiri media sosial jika tidak upah dua orang untuk uruskannya. Bagi Dato’ Seri Aliff, perniagaan yang diusahakan dalam talian selama 24 jam memerlukan pasukan khas.

Pasukan inilah yang bertanggungjawab dalam mengemaskini segala maklumat, aktiviti dan interaksi kepada pelanggan.

Pasukan ini merupakan tulang belakang dalam pemasaran talian beliau. Segala hal melibatkan facebook dan instagram akan diuruskan pasukan ini. Jadi, beliau tidak perlu risau tentang media sosial ini.

#7-Berani Bertindak

Usah buang masa dengan memikirkan kata-kata orang yang tidak akan menyumbang hasil dalam bisnes yang anda jalankan. Selagi ianya tidak bertentangan dengan agama, anda teruskan sahaja. Berani, jangan takut-takut dan jadilah usahawan yang tidak pernah kenal erti penat dan gagal.

Barangkali percubaan pertama anda akan gagal, tetapi jangan lemau dengan rasa itu, tiupkan semangat kebangkitan dan fokus arah tuju impian dan masa depan. Nah, hasilnya seperti saya perolehi, Aliff Place adalah lambang segala-galanya buat abanga terlajak laris dalam mengorak langkah pesat dalam dunia perniagaan.

Sumber: Majalah Niaga

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *