Posted on 46 Comments

Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online

Salam sejahtera

Sedar tidak sedar masa tiga bulan begitu cepat berlalu. Cuti semester saya hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dihabiskan. Minggu depan saya terpaksa kembali untuk menyambung pengajian untuk tahun yang kedua(degree) di universiti. Cuti ni saya banyak masa free untuk berehat. Masa berehat ni biasanya saya gunakan untuk online. Bila dah balik universiti nanti dah kuranglah online jawabnya mesti buzy sikit. Setiap kali online ada beberapa aktiviti yang saya wajib buat ataupun buka di internet.

1. Menulis blog

Inilah yang saya buat sebagai seorang blogger. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update post sekali sehari walaupun tidak dapat melakukannya setiap hari. Biasanya saya akan update post bila saya ada masa free untuk menulis blog ni. Walaupun cuti tapi kadang-kadang saya buzy jugak banyak benda nak buat. Disamping tu saya juga akan buat blogwalking dan komen kat blog kawan-kawan blogger. Inilah aktiviti blogger saya setiap hari sepanjang cuti ni.

2. Membaca email

Saya menggunakan kedua-dua email yahoo mail dan gmail. Setiap kali online saya akan buka email untuk membaca email-email yang baru masuk. Email yahoo saya tak buka pun sebab saya guna email yahoo untuk daftar facebook, friendster, twitter dan yahoo messenger. Jadi email yahoo saya akan selalu penuh dengan berita notification dari facebook dan laman web sosial yang lain. Saya pun malas la nak buka email yahoo ni. Tapi saya selalu buka email gmail untuk membaca email-email terbaru yang saya terima. Ini kerana saya subscribe email gmail saya dengan beberapa internet marketer tempatan untuk menerima newsletter dari mereka. Hari-hari dapat tips-tips percuma dari mereka.

3. Bersosial di facebook

Ini juga salah satu laman web yang wajib saya buka setiap hari. Kalau tak buka sehari seperti tak sah nampaknya facebook ni. Mesti nak kena buka jugak walaupun sekejap. Begitulah hebatnya penangan kuasa facebook sekarang ni. Disamping lepak kat blog saya lepak kat facebook la. Selalu gak dok chatting, komen-komen dengan rakan-rakan facebook. Update status-status yang terkini di facebook. Kadang-kadang kelakar jugak baca status rakan-rakan facebook yang bermacam-macam jenis ni. Tu yang jadi ralit sangat dengan facebook tu. Mesti ramai juga antara anda yang juga macam saya kan..hehe

4. Berforum di wangcyber

Wangcyber adalah antara forum yang sangat popular dikalangan usahawan online atau internet. Saya pun kadang-kadang akan lepak kat sana untuk berforum. Di dalam forum ni saya boleh memberi pendapat dan mendengar pendapat dari bermacam-macam orang mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Di forum ini juga saya dapat belajar banyak perkara-perkara yang baru. Disamping dapat menerima tips-tips dari beberapa ahli forum wangcyber yang lain. Forum wangcyber tersimpan banyak ilmu yang dapat anda dipelajari terutamanya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan internet. Kuasa forum juga amat berkesan untuk melakukan pemasaran perniagaan.

Itulah antara aktiviti yang saya wajib buat setiap hari bila saya online. Yang lain saya jarang sangat buat. Saya dah lama kot tak main game kat laptop buruk saya ni. Walaupun selalu online ni nampak macam membuang masa tapi banyak juga faedahnya jika ia pandai digunakan secara bijak untuk mencari ilmu yang banyak di internet ni. Semuanya bergantung kepada individu itu bagaimana dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

P/s: Aktiviti online saya ni mungkin akan berubah apabila saya balik universiti nanti. Tengok ajela camne..hehe 😀

JOM SHARE

46 thoughts on “Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Online

  1. dulu slalu jgak lepak kat WC, tapi skrg dah tak da…

    1. oh kiranya bro ni otai lama forum wangcyber la ni ye..hehe 🙂

  2. alahai..pasti den akan rindu kt post hang nnti huhu..

    1. haha..tak pe saya akan cuba sedaya upaya cuba update post2 terbaru..hehe

      1. rilek la k.suri..
        kompem on9 lgi time kuliah nnt 😀

        1. ahak..
          thoha nd puteri curi2 masa bljar tu mmg bisa le..nak2 time pensyarah masuk..lagi2 subjek yang mmbosankan..hehehe..suri paling kureng kuliah mate tambahan..argh!!! tension.. tapi baik llus.amin

  3. thoha juga.
    balajar rjin2 ye ‘dik’
    (sbb kite da nk msuk thun 4..hi3..)

    1. insyaallah..terima kasih..

  4. Hampir sama juga kita bro.. semua tu aku buat juga, kecuali yg keempat tu.. tak pernah lepak sana..

    1. yang ke 4 ni mungkin ramai yang jarang buat kot..tak ramai juga yang suka berforum ni..hehe 🙂

  5. yg no 4 tu je jarang buat.. yg lain tu, sikit2 la.. blog ptg la kan.. hehee.. masing2 de gaya tersendiri utk online di internet kan..

    yg pasti bila de masa saje dapat buat bende2 tersenarai.. sbb dah keje, so, keje kena siap dulu..

    1. betul tu..masing2 ada benda mereka sendiri yang mereka perlu buat di internet..saya hanya berkongsi apa yang saya buat je..hehe 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *