Salam sejahtera.
Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi mengenai amalan-amalan terbaik dalam membina keperibadian bagi seorang muslim. Apa yang saya harapkan yang ianya dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada anda dan juga saudara -saudara islam yang lain. Insyaallah. Antara amalan-amalan yang mencerminkan keperibadian muslim adalah:
- Berpuasalah pada setiap Isnin dan Khamis
Kita sebagai seorang muslim adalah sangat disunatkan supaya berpuasa sunat pada hari isnin dan hari khamis. Orang yang berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis akan mendapat pahala yang besar.
- Sembahyang lima waktu pada waktunya dan berusahalah sembahyang tahajjud
Jika kita ingin melihat sejauh mana dekatnya seorang hamba itu dengan Allah lihat bagaimana sembahyangnya. Jika cukup 5 waktu sehari semalam sembahyang seorang hamba itu maka dekatlah dia dengan tuhannya. Berusaha untuk bangun tahajjud di waktu malam dimana semua orang sedang tidur tetapi anda sedang bermunajat kepada Allah.
- Kurangkan waktu tidur anda dan memperbanyakkan membaca Al-Quran
Tidurlah sekadar yang patut dan janganlah berlebihan kerana orang yang banyak tidur itu hatinya menjadi keras. Jika anda mempunyai masa terluang gunakanlah ia untuk membaca Al-Quran kerana dengan membaca Al-Quran membersihkan hati dan melembutkan hati.
- Perhatikan dan tepatilah setiap janji anda
Jika anda telah berjanji dengan seseorang maka berusahalah untuk menepatinya kerana orang yang selalu memungkiri janji adalah ciri-ciri orang munafik.
- Bersedekahlah kepada fakir miskin
Jika anda mempunyai kemampuan dari segi kewangan maka cubalah untuk bersedekah kepada fakir miskin kerana rezeki anda tidak akan habis malah akan lebih bertambah dan berkat.
- Hindarilah daripada tempat-tempat maksiat
Jauhilah dari tempat-tempat maksiat kerana jika anda terjebak dalam melakukan maksiat maka anda akan mendapat kemurkaan Allah.
- Hindarilah daripada sebarang pesta dan jangan menganjurkannya
Tempat yang ramai orang berkunjung dan tempat orang bersuka ria seperti pesta seeloknya di jauhkan kerana disana lebih keburukan berbanding kebaikan.
- Berpakaian secara sederhana
Jangan berpakaian secara berlebihan kerana ingin menunjuk-nunjuk kerana perbuatan seperti ini sangat dibenci oleh orang lain.
- Selalu bersalaman
Jika berjumpa dengan saudara mara seagama maka bersalaman tanda persaudaraan sesama islam.
- Perbanyakanlah mentelaah pelbagai buku
Pelajari ilmu-ilmu sebanyak mungkin den membaca pelbagai buku kerana ianya akan memberi manfaat kepada anda di dunia dan akhirat.
Semoga dengan perkongsian ini dapat sama-sama memberi manfaat kepada saya dan anda. Diharapkan dalam kehidupan seharian kita dipenuhi dengan amalan-amalan yang menggambarkan kita keperibadian kita sebagai seorang muslim.