Posted on 7 Comments

Amalan Yang Baik Untuk Minda – Siri Kedua

Salam sejahtera.

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel “Amalan Yang Baik Untuk Minda” – siri yang pertama. Apa yang anda lakukan pada hari ini, anda juga akan mendapat hasilnya nanti. Ada yang mendapat hasil yang cepat, ada yang pernah hasil yang lambat. Ianya bergantung kepada nasib dan atas kehendak Allah. Jika anda banyak melakukan amalan yang baik, minda anda pasti akan berada dalam keadaan baik. Begitulah juga sebaliknya jika kita melakukan amalan yang buruk, minda kita akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang buruk juga.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu bijak memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Itulah gunanya akal yang diberikan Allah kepada kita. Sama-samalah kita menggunakannya untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Anda perlu melakukan amalan baik dalam kehidupan seharian supaya ia akan dapat memberi kebaikan kepada minda anda.

#6 Melatih Minda Untuk Selalu Berfikir

Sekiranya anda sangat jarang berfikir, ia boleh menyebabkan minda menjadi lemah dan minda anda akan kurang aktif. Jangan hanya melakukan aktiviti seperti menonton tv atau bermain game dalam tempoh masa yang terlalu lama. Ia boleh melemahkan minda anda jika dilakukan pada setiap masa. Jika hanya melakukannya sekali sekala tiada masalah untuk merehatkan fikiran anda. Anda kena pandai bahagikan masa untuk diri anda dengan hiburan ni.

Anda perlu melakukan apa sahaja aktiviti berfaedah yang boleh membuatkan minda anda untuk berfikir. Anda boleh melakukan aktiviti seperti membaca buku-buku ilmiah, menulis artikel, menjawab teka silangkata, bermain sudoku dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh menambah kecerdasan minda anda. Jika ianya dilakukan selalu, sudah tentu ia akan dapat memberikan banyak manfaat kepada diri anda.

#7 Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi

Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah bagus untuk merehatkan otak kita yang banyak bekerja seharian. Minda anda juga perlu mempunyai rehat supaya dapat terus bekerja dengan baik pada setiap masa. Waktu tidur yang baik untuk merehatkan tubuh badan dan minda adalah pada waktu malam. Biasanya tempoh masa yang bagus untuk tidur  yang mencukupi adalah selama 8 jam.

Tetapi  anda juga harus ingat yang masa tidur yang terlalu lama juga boleh mengakibatkan minda anda menjadi lemah. Jika tabiat suka tidur yang berlebihan ini menjadi amalan, ia kan menjejaskan kesihatan dan minda anda juga. Jadi anda perlu mengelakkan diri anda dari tabiat tidur yang berlebihan ini pada setiap masa.

#8 Selalu Rajin Melakukan Aktiviti Riadah

Antara tabiat yang paling baik untuk tubuh badan yang sihat dan ceria adalah dengan rajin melakukan aktiviti riadah. dan bersenam. Jika anda melakukan aktiviti riadah mengikut masa dan cara yang betul, sudah tentu anda akan memiliki tubuh badan yang sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti riadah yang berat-berat tapi sudah mencukupi dengan berjoging, berjalan, berbasikal, bermain futsal dengan rakan-rakan dan banyak lagi.

Disamping memberikan tubuh badan yang sihat, anda juga akan memiliki minda yang cerdas jika rajin melakukan aktiviti riadah ini. Aktiviti riadah dapat membantu memberikan ketenangan kepada pemikiran anda. Ia juga dapat mengurangkan stress dalam diri anda.

#9 Senyumlah Kepada Orang Lain

Senyum adalah satu  perbuatan yang sangat mulia. Semua orang suka kepada senyum ini. Tidak susah pun untuk kita senyum kepada seseorang. Dengan senyum ia dapat menyejukkan hati seseorang. Ia juga dapat memberikan ketenangan dalam diri seseorang. Senyum akan dapat memberi kesan kepada semua orang. Kepada pemberi dan juga orang yang menerima senyuman itu.

Apabila anda senyum kepada seseorang ia akan dapat memberikan banyak kesan positif kepada diri anda.  Hati dan juga minda anda juga akan lebih tenang jika anda senyum kepada seseorang. Senyumlah secara ikhlas kepada orang lain. Mereka pasti akan menghargai anda. Senyum akan dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan orang lain.

#10 Berzikir Dan Membaca Al Quran

Sebagai orang islam, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah supaya sentiasa memberikan banyak kebaikan kepada diri kita di dunia dan akhirat. Dengan sentiasa menyebut dan mengingati Allah, hati manusia pasti akan menjadi tenang. Minda kita juga pasti akan sentiasa merasa tenang jika banyak berzikir mengingati Allah.

Sentiasa membaca kitab Al Quran juga dapat memberikan ketenangan diri kita. Minda kita juga akan sentiasa merasa tenang kerana indahnya bacaan ayat Al Quran itu jika dibaca dengan baik dan betul. Jika dapat memahami setiap makna yang terkandung didalamnya itu adalah lebih baik lagi supaya setiap bacaan Al Quran itu dapat dihayati maknanya.

“Akal adalah satu anugerah Allah yang paling berharga kepada kita. Akal adalah satu amanah yang besar dari Allah kepada manusia. Akal jugalah yang membezakan antara manusia dengan makhluk-makhluk Allah yang lainnya. Akal fikiran hendaklah dengan sebaiknya digunakan untuk membezakan antara kebaikan dan juga keburukan.”

Minda manusia adalah satu ciptaan Allah yang sangat hebat. Sebagai seorang hamba yang beriman, kita hendaklah menggunakan anugerah Allah kepada kita ini dengan sebaik-baiknya. Gunalah ia untuk kebaikan diri kita dan juga orang lain. Janganlah ia digunakan ke arah keburukan kelak kita juga yang akan rugi.

Oleh kerana ianya adalah satu amanah dari Allah, maka kita hendaklah menjaga ia dengan sebaik-baiknya. Menjadi tanggungjawab kita dalam menentukan apa yang kita ingin lakukan dengan minda kita ini. Jadi, kita hendaklah melakukan amalan baik yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada minda kita. Semoga ianya akan dapat menjadi amalan kita semua.

 

JOM SHARE

7 thoughts on “Amalan Yang Baik Untuk Minda – Siri Kedua

  1. boleh jadi pakar motivasi suatu hari nanti nih bro Thoha…artikel semua tulis nice2..:)

    Thanks 4 sharing lagi pasal artikel nih..suka baca 🙂

  2. wah.. info yg sgt bagus.. thanks bro.. 🙂

    1. Sama2 juga bro..semoga ianya bermanfaat.. 🙂

  3. senyum memang melegakan fikiran
    tambah lagi bila senyum itu berbalas 🙂

    1. Betul tu..kita akan rasa sangat tenang bila senyum kepada orang lain..

      kita juga akan merasa lebih gembira jika orang lain membalas senyum kita.. 🙂

  4. Baik dan buruk sentiasa beriringan…moga yang baik sentiasa ditonjolkan….salam perkenalan.

    1. Amalan yang baik untuk diri kita sendiri patut diamalkan..terima kasih..salam perkenalan juga.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *