Bagaimana Wang Boleh Bekerja Untuk Anda ?

Satu ketika dulu dan tidaklah terlalu lama. Saya memulakan kehidupan realiti saya sebagai seorang pekerja dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari duit tambahan. Matlamat saya kerja siang dan malam adalah duit, mencarinya untuk keperluan dan kesenangan.

Saya bergelut untuk menjimatkan beberapa ringgit untuk simpanan. Mencari duit tambahan dengan membuat kerja lebih masa. Hidup saya selasa, tapi masih terlalu berhati-hati. Dari tahun ke tahun saya mulakan kehidupan dengan keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak.

Keperluan saya semakin bertambah dari hari ke hari, hutang rumah dan kereta membuatkan saya semakin bekerja untuk orang lain.

Sedar tak anda sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk diri sendiri. Pertama mereka bekerja untuk syarikat tempat mereka bekerja.

Kedua mereka bekerja dan dapat duit selepas itu membayar untuk kerajaan melalui cukai pendapatan dan akhirnya mereka bekerja untuk bayar hutang dengan bank. Begitulah perkara itu berputar setiap hari, minggu, bulan dan tahun.
.
Tiba-tiba saya tersedar iaitu duit perlu bekerja untuk saya bukan saya berkerja untuk dapat duit. Mulai itu persepsi saya berubah, matlamat dan cara saya berfikir turut bertukar. Saya berkerja untuk melabur, berniaga dan mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh berkerja untuk saya mencari lebih banyak duit.
.
Saya mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mecuba nasib baru dan pergi ke England bersama keluarga dan tinggal disana 5 tahun. Disana banyak saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 25 tahun tika itu, baru memulakan kehidupan.

Saya jual semua asat saya dan bayarkan semua hutang. Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan kepercayaan “bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian”. Banyak perkara menarik akan saya bongkarkan pengalaman indah hidup dinagara orang dalam bab seterusnya.

Perkara yang paling besar yang saya dapat adalah kepercayaan dan keyakinan diri saya tinggi dan saya fokus dengan apa yang saya impikan.
.
Dulunya, saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negative akan bermain dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut untuk menyebut “saya mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta sendiri.

Saya takut untuk gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya kurang mencuba sesuatu yang baru. Rupanya setiap perkataan itu adalah doa, menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya saya tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu cemerlang.
.
Dalam membetulkan sedikit demi sedikit paksi matlamat saya dalam berniaga memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana duit menjadi duit lebih banyak. Perkara pertama apa yang anda harus lakukan adalah percaya, jangan pandang rameh dan jangan diperlekeh apa yang hendak saya sampaikan.

Anda perlu menukar persepsi negative anda tentang duit. Kadang-kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang mereka tidak berminat untuk kaya tetapi dalam masa yang sama mereka berkerja 8 jam sehari dan bertungkus lumus mencarinya.
.
Tukar cara pemikiran anda dengan menyatakan “saya adalah seorang yang kaya dan Berjaya, anda tidak akan begini jika saya mahu kaya”. Tanamkan pada minda anda duit itu penting, dimana duit adalah kuasa.
.
Saya punya ramai kenalan, mereka berlapisan masyarakat. Ada yang bergelar Tan Sri, dato’, professor hinggalah seorang pekerja buruh, mereka ada yang jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak membantu dan menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi mereke percaya lebih banyak memberi, lebih banyak mereka menerima.

Dari Bill gate pemilik Microsoft hingga ke Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari mereka mencari duit untuk memberi dan merasakan ramai orang. Saya nak cuba memberi contoh supaya anda tidak lagi mempertikaikan duit itu boleh membawa kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan malapataka. Sekarang sudah percaya?
.
Budak kecil kuasa imejinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak saya boleh percaya satu hari nanti dia boleh jadi super hero seperti supermen. Rupanya kuasa pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada hadnya.

Kepercayaan pada diri anda akan membawa kejayaan hakiki kepada anda.R. T. Kiyosaki pelabuh hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka. “
.
Pelajaran pertama saya belajar dengan ayah saya tentang berniaga adalah perlu berani mencuba. Semasa kecil saya, saya perlukan mainan patung askar, basikal dan spek mata hitam. Semuanya saya tahu dari seorang pelajar sekelas saya disekolah rendah dan dia adalah anak orang berada, ibunya seorang guru.

Saya minta pada ayah saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah, bagaimana nak cari duit? , jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.
.
Berhari-hari saya dalam kemuraman, tetapi akal saya mula berjalan bagaimana mencipta duit. Saya bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual kelapa, kumpul tin kosong dan beberapa perkara untuk mendapatkan duit.

Saya mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal hingga saya menjual bungkusan kecil di isi milo mak dirumah dan dibungkus dalam plastic dan saya jualkan semula di sekolah. Rupanya saya diajar bagaimana untuk menjana pendapatan.
.
Bila saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya menjana pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga tanpa modal tetapi ayah biarkan saya bergembira dengan apa yang akhirnya saya dapat. Kepuasan mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.
.
Saya terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja bersungguh-sungguh saing dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa perkara ini berlaku?. Satu cerita seorang kenalan saya, bekerja suami isteri dengan hidup 2 anak, tinggal di ibu kota.

Suami seorang jurutera yang dihormati dan isteri seorang guru. Mengadu pada saya mencari penyelesaian keluar dari masalah mereka. Jika dihitung dengan betul,setelah membayar semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang lain lebihan pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Menggunakan kad kredit 5 keping, untuk alasan kerja. Saya termenung memikirkan nya.
.
Mereka bangun tidur, kerja, bayar hutang, tidur dan diulang bangun tidur , kerja , bayar hutang dan tidur semula setiap hari, mereka terperangkap oleh jerat hutang. Anda tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi hingga ke malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur bos…tapi…semua duit tu anda beri pada bank utk bayar hutang, dan ulang semula bulan berikutnya. Bayar diri anda terlebih dahulu dgn menabung sebelum membayar hutang.
.
Bila bekerja ramai yang meletakan harga pada dirinya. Mereka berbuat demikian adalah kerana dengan dua sifat iaitu takut dan tamak. Permulaan nya mereka takut tidak memiliki wang dengan berkerja keras untuk memilikinya. setelah mereka bekerja keras dan mendapat gaji, mereka terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli dengan wang. mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru terbentuk dengan “orang bekerja untuk wang”. Anda jangan terperangkap dengan corak kehidupan ini, belajarlah untuk wang bekerja untuk anda…
.
Dulu saya berfikiran kecil, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya tadi. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.
.
Pada masa itu, saya hanya percaya logic biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru habis degree cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah mencari dan mengumpul duit untuk sedikit-sedikit untuk bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai sejuta”. Walaupun pada masa saya berumur 22 saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri. Saya menjadi orang biasa-biasa. Saya yakin, anda juga begitu…Lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.
.
Jika hanya yakin pada diri sendiri itu namanya takabur…tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan percaya dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.
.
Saya beri contoh apa yang berlaku pada saya. saya mengimpikan untuk ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya satu perkara yang sukar, duit belanja, tinggal isteri dan anak, bagaimana kerja saya dan tentu jika saya sudah tua baru dapat saya kesana.
.
Saya menukar impian, saya berdoa untuk pergi ke mekkah bersama keluarga saya, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam 3 bulan saya setkan impian tadi. tiba-tiba rezaki saya berlempah ruah, saya dapat menunaikan umrah dan ditambah bonus dapat bersama semua 11 orang keluarga saya bersama ibu saya dan dapat menaja mereka kesana. Bila dapat membawa ibu saya yang sudah tua dgn berkerusi roda mencapai impian nya…setiap kali saya ingat perkara ini saya akan mengalirkan air mata bersyukur. Alhamdulilah setiap tahun dapat saya menghantar sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga saya ke Mekkah …insyaallah saya nak seramai mungkin merasa pengalaman yang indah ke sana..doakan saya
.
Anda perlu berusaha, berserah, terima seadanya, ulang semula dari yang pertama. Saya dan anda perlu bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita besar.
.
Mereka yang tidak mahu kaya adalah orang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain sekolah ke tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita utuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka. Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang Berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi biasiswa. Orang biasa fikir bagaimana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang Berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.
.
saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahukan kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saha mahukan sekolahkan seramai orang yang boleh….kenapa? anda tidak percaya?…saya percaya saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asik melihat dan bercakap kejayaan orang lain sehingga terlupa anda juga mampu Berjaya.
.
Jadinya bagaimana?. Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang…sekarang..sekar ang…ya sekarang. Mulakan dengan yang kecil dan apa yang anda tahu, tidak perlu modal besar, jadikan mulut, krativiti fikiran dan tenaga anda sebagai modal pertama anda.

Sumber: Majalah Niaga