Posted on 18 Comments

Bekerja Sambilan Semasa Belajar

Assalamualaikum,

Memang tidak dapat dinafikan yang pendapatan yang diperoleh melalui pekerjaan tetap masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian pada setiap bulan. Ditambah pula dengan dengan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat memberikan satu bebanan kewangan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berstatus pelajar yang mana perbelanjaan harian anda hanya bergantung kepada bantuan kewangan dari keluarga, biasiswa dan juga pinjaman dari PTPTN semata-mata.

Ramai yang mencari jalan penyelesaian kepada masalah kewangan ini dengan melakukan kerja-kerja sambilan. Bagaimanapun ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan dikorban jika anda ingin melakukan kerja-kerja sambilan memandangkan status pelajar yang anda bawa. Adakah apa yang anda lakukan telah mendapat persetujuan ahli keluarga? Adakah pihak pengurusan tempat anda belajar di universiti/kolej memberi keizinan untuk bekerja sambil belajar? Adakah dengan bekerja tidak membebankan pelajaran anda? Dan banyak lagi perkara lain yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk bekerja secara sambilan.

Menambah pendapatan

Selain boleh menyelesaikan masalah kewangan yang ditanggung, anda juga boleh meringankan beban keluarga kerana anda sudah mempunyai pendapatan anda sendiri. Malah bayaran untuk yuran pengajian tempat anda belajar pada setiap semester tidak lagi perlu mengharapkan bantuan dari keluarga. Selain itu apabila melakukan kerja-kerja sambilan ia dapat memberikan pengalaman berharga dalam diri anda sendiri. Disinilah anda dapat belajar susah senang ibu bapa anda mencari rezeki untuk ahli keluarganya. Ia juga dapat membentuk keyakinan diri untuk terus maju dalam hidup anda pada masa hadapan.

Melatih berdikari

Keinginan untuk bekerja sambilan ini adalah bergantung pada setiap individu itu sendiri sama ada mereka boleh atau tidak untuk melakukannya. Jika anda rasa sanggup untuk buat, maka buatlah. Tapi jika ia hanya mendatangkan kepenatan kepada diri anda dan anda rasa tidak berbaloi melakukannya, maka anda tidak perlulah meneruskannya. Jangan memaksa diri untuk terus melakukannya jika anda tidak mampu melakukannya sehingga ia boleh mengabaikan pelajaran anda. Anda perlu mempertimbangkan sebaik mungkin masalah yang akan timbul jika anda sudah membuat keputusan untuk  terus melakukannya juga.

Mencari keberkatan

Kerja sambilan yang anda ingin lakukan juga hendaklah perlu dilihat halal dan haramnya. Ini penting kerana wang yang anda perolehi akan digunakan untuk membayar yuran pengajian serta perbelanjaan makan minum anda. Jika wang yang anda perolehi tidak mempunyai unsur halal maka ia akan memberi kesan kepada diri sendiri serta pelajaran anda. Oleh itu, sebagai seorang pelajar adalah penting untuk mencari kerja sambilan yang tidak menyalahi undang-undang. Bagaimanapun, janganlah terlalu memilih, lakukan kerja yang anda termampu mengikut kemampuan serta masa kerana pelajaran masih penting walaupun ketika anda bekerja sambilan.

Perlukan pengorbanan

Jika anda telah mempunyai kerja sambilan maka masa untuk anda menelaah pelajaran akan semakin berkurangan. Disinilah pembahagian masa anda sangat penting untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik atau pekerjaan yang sedang dilakukan. Ini kerana ada ramai pelajar yang terkandas dalam pelajaran mereka akibat terlalu taksub dengan mencari wang lebih untuk menampung perbelanjaan harian. Bagaimanapun perlu diingat yang pelajaran masih lagi perkara terpenting yang perlu diutamakan dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Buang perasaan malu

Anda tidak seharusnya merasa malu jika anda membuat kerja-kerja sambilan seperti budak-budak penjaga kaunter di pasaraya ataupun pelayan kedai makan. Apa yang anda harus sematkan dalam fikiran anda adalah kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan juga wang yang diperolehi adalah halal di sisi agama. Oleh itu, anda perlu melihat dulu sebelum mencari pekerjaan sambilan ialah anda perlu  keadaan diri anda sendiri. Adakah anda mampu melakukannya ataupun tidak.

Sebagai kesimpulannya, tidak salah untuk anda mencari pekerjaan sambilan semasa masih belajar kerana ia dapat membantu diri anda sendiri sama ada untuk masa sekarang ataupun untuk  masa hadapan nanti. Namun begitu anda perlu melihat juga kesan yang mungkin timbul akibat dari apa pilihan anda ini. Ini kerana apabila melakukan pekerjaan sambilan semasa masih belajar ini mempunyai beberapa kesan buruk terutamanya terhadap pelajaran anda dan juga masa anda. Anda perlu melihat kemampuan diri anda dahulu sebelum melakukannya.:)

JOM SHARE

18 thoughts on “Bekerja Sambilan Semasa Belajar

  1. keja part time jugak suatu pengorbanan
    cuti semester ni blh la part time
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

    1. yup…besar pengorbanannya..

  2. kalau pandai bagi masa antara belajar dgn kerja ok la…jgn asyik keje jer, smpai belajar ntah ke mana. Itu pengalaman sy lihat kekawan masa kat u dulu. Bila dah penat sgt keje, soknya tak pegi kelas pulak!!
    .-= faisalhanim´s last blog ..“Tiada Maaf Bagimu…” =-.

    1. terima kasih atas nasihat dari bro tu..saya akan ingat apa yang bro cakap dari pengalaman tu..hehe
      kita kena pandai bahagi masa la kalau nak kerja jugak..

  3. ramai gak kwn2 wat part time 🙂
    .-= miss lolly´s last blog ..selamat tinggal dunia kampus T_T =-.

    1. mesti penat wat part time ni kn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *