Posted on 6 Comments

Berguna Juga Facebook Kepada Kita


Salam sejahtera 8)

Penggunaan laman web sosial facebook mempunyai banyak kebaikan juga jika kita pandai melihat secara positif dan menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Jika bercakap mengenai keburukan memang mudah untuk dilakukan tapi bila nak mencari kebaikan ni yang agak susah sikit. Disebalik kedengaran banyak keburukan menggunakan laman web facebook ni ada juga manfaatnya kepada diri kita sendiri dan juga kepada orang lain yang menggunakannya.

1. Facebook digunakan untuk berhubung dengan orang lain dan mengumpul ramai kawan-kawan. Anda boleh mengumpul sebanyak mana pun kawan di facebook sehingga mencapai limit 5000 orang. Inilah sebabnya dinamakan laman web sosial kerana ia digunakan untuk bersosial dan berkenalan di alam maya. Tujuannya untuk berkenal-kenalan dengan ramai orang dan berkongsi pendapat dan pandangan bersama kawan-kawan di facebook.

2. Tempat berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam facebook ada fungsi notes yang boleh digunakan untuk menulis artikel dan apa-apa yang ingin anda tulis. Jadi disanalah tempat anda boleh berkongsi apa-apa sahaja yang anda rasa berguna dan bermanfaat untuk diri anda dan orang lain. Bagi seorang blogger anda boleh update setiap post artikel yang terbaru dari blog anda secara automatik kedalam fungsi notes tersebut. Itulah yang saya lakukan. Setiap post yang terbaru dari blog ini akan secara automatik masuk kedalam notes di profile facebook saya.

3. Dapat membuka akaun peribadi dan juga professional. Memang itulah tujuan asal seseorang menggunakan facebook. Iaitu membuka satu akaun peribadi untuk digunakan sebagai pengenalan diri. Bagi seorang yang mahu membuat akaun secara lebih professional boleh membuat satu akaun fan page untuk menampakkan lebih kredibiliti anda. Dengan itu orang akan dapat mengenali anda dengan lebih mudah apabila menjadi kawan dan peminat anda di facebook.

4. Selain ada fungsi fan page di facebook, anda juga boleh membuat satu group page anda sendiri. Fungsi group page ni adalah adalah hampir sama dengan fan page cuma group ni lebih nampak kepada satu kumpulan komuniti yang berkongsi minat atau tujuan yang sama dengan anda. Fungsi group ni boleh digunakan untuk mengumpulkan ramai kawan-kawan dan berkongsi apa saja yang anda minat. Dengan group ini juga ramai yang akan dapat berkumpul dan mengenali dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.

5. Apabila ada ramai orang yang menyebarkan banyak maklumat di facebook ni tentulah bagus. Jadi selain menjadi tempat untuk menyebarkan maklumat, maka facebook juga boleh dijadikan tempat untuk mencari maklumat. Anda boleh membaca hasil tulisan orang lain yang pelbagai bentuk. Terdapat pelbagai pendapat yang dikongsikan di facebook. Ada yang menulis soal kerjaya, pelajaran, berita semasa dan banyak lagi. Selain blog, facebook juga tempat yang mudah untuk mendapatkan banyak maklumat. Cuma anda perlulah bijak memilih mana yang bermanfaat buat anda.

6. Kadang kita akan lebih cepat mendapat berita-berita terkini di facebook. Ini kerana ramai dari kawan-kawan kita akan selalu update status mereka berkenaan isu-isu semasa. Ada juga yang berkongsikan link-link untuk ke laman web tertentu di status mereka untuk dikongsikan bersama kawan-kawan yang lain. Anda hanya perlu klik pada link laman web tersebut untuk mendapat maklumat lebih lanjut dan lebih terperinci lagi.

7. Facebook juga boleh dijadikan tempat untuk menghilangkan rasa bosan atau bila merasa tertekan. Biasa la kalau rasa bosan boleh bermain game bagi mereka yang suka main game. Walaupun saya sendiri jarang main game kat facebook ni. Terpulang kepada individu masing-masing. Kalau anda rasa tertekan ke mungkin bila anda buka facebook anda akan jumpa kawan-kawan yang boleh buat anda gembira. Anda boleh berkongsi masalah dengan mereka mana la tahu ada kawan yang dapat menolong anda menyelasaikan masalah anda itu.

8. Bagi seorang usahawan, facebook juga boleh menjadi tempat untuk memasarkan produk mereka di internet. Tapi janganlah pula terlalu promosi yang membabi buta. Sebagai seorang usahawan, promosi di facebook perlu dilakukan secara ‘soft selling’ kerana facebook bukan tempat untuk seseorang itu mahu membeli. Orang yang menggunakan facebook biasanya mahu bersantai dan lepak bersama kawan-kawan bukan untuk membeli belah. Jika seorang usahawan itu melakukan promosi secara bijak, tidak mustahil mereka akan mendapat hasil yang lumayan dari promosi di facebook ni.

9. Bagi yang berniat mencari pasangan, ada yang bertemu dengan jodoh mereka di facebook. Facebook digunakan untuk mencari kenalan baru. Lama kelamaan ada yang jatuh cinta kepada seseorang yang mereka minat. Malah tidak mustahil perkenalan yang bermula di facebook akan berterusan sehingga mendirikan rumah tangga. Inilah yang dinamakan jodoh facebook. Ini semua bergantung kepada niat seseorang itu juga.

10. Yang paling saya suka dan saya rasa sangat bergunanya facebook ni dalam diri saya adalah apabila saya dapat berhubung kembali dengan kawan-kawan lama semasa sekolah rendah dulu. Dalam 6 ke 7 tahun jugak kot tidak berhubung dengan kawan-kawan lama sekolah rendah ni. Dan facebook telah membantu saya untuk berjumpa dan berhubung kembali dengan kawan-kawan lama ni..hehe

Sebagai kesimpulan, jika kita melihat facebook ini dari sudut yang positif banyak juga manfaatnya kepada kita. Cuma kita perlulah pandai menggunakannya secara bijak. Kalau setiap masa kita mahu bercakap tentang keburukan facebook, memang kita akan melihat banyak juga keburukan dari facebook. Semuanya bergantung kepada pemikiran individu itu sendiri. Saya melihat facebook ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Cuma saya tidak ingin menyentuh mengenai keburukan facebook pada post ini.

Sebenarnya ada banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat dari facebook ni. Yang diterangkan dalam post ini hanyalah sebahagian sahaja. Mungkin facebook memberikan manfaatnya yang tersendiri kepada diri anda. Mana la tahu ianya menarik untuk dikongsikan bersama. Anda boleh kongsikan manfaat yang anda boleh dapat dari facebook di bahagian komen ya..

p/s: Orang lain bermain facebook kita pun bermain facebook juga. Orang lain mendapat manfaat kita pun akan mendapat manfaatnya juga.. 🙂




JOM SHARE

6 thoughts on “Berguna Juga Facebook Kepada Kita

  1. FB satu fenomena baru… 🙂
    .-= zik´s last blog ..Imam muda, bukan populariti semata-mata. =-.

    1. memang satu fenomena baru..hehe

  2. Salam.
    Setuju dengan saudara.
    kalau nak tengok dari segi negatif, susah lah hidup kita, semua tak boleh.
    Tapi kalau memang dah dilarang dan terlarang, janganlah cuba nak cipta yang positifnya pulak.
    Saya juga ada akaun fb, tapi tak digunakan sdengan sebaiknya.

    TQ

    1. saya setuju dengan saudara..terima kasih..

  3. salam..
    adA face HILANG SKIT KETENSIOMN KJE KT PJBT NI..

    blh jejak kengkawan yang dah lama terpisah..hehe

    p/s:
    lama diamkan dri..jum ke cc 😉

    1. boleh wat jejak kasih kat facebook ni..hehe
      boleh wat hilang tension gak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *