Posted on 6 Comments

Bermula Hari Baru Di Usia Baru

Assalamualaikum,

Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Pada tarikh bersejarah hari ini ni genap la umur saya yang ke XX tahun. Bukan nak promote ni tapi saja je nak berkongsi suka dan duka..hehe. Nampaknya saya sudah semakin tua dah ni. Sedih je dengar dengar dah makin tua ni. Pada hari yang baik ini maka bertambah la umur saya untuk setahun lagi. Saya rasa macam dah berbeza sedikit kot dari sebelum ni. Maklum la dah makin tua ni kan makin berubah la.

Jadi dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang  telah wish hari lahir saya ya terutamanya dekat facebook. Ramai yang wish kat sana. Biasanya ramai yang letak azam sempena hari lahir ni. Jadi sempena menyambut hari lahir saya pada hari ini saya dah tetapkan beberapa azam baru apa nak buat selepas ni.

1) Pertama sekali saya akan teruskan menulis dan update blog ni sekerap yang mungkin. Kalau boleh saya nak update hari-hari sebenarnya blog ni. Insyaallah kalau sempat masa nak ngadap laptop ni setiap hari. Tapi kalau tak sempat masa pun saya akan usaha cuba untuk  update blog ni sekerap yang mungkin mengikut kemampuan diri saya.

2) Saya akan berusaha dengan lebih serius lagi terlibat dengan perniagaan internet (IM) yang saya sedang perlahan-lahan menceburinya pada masa sekarang. Insyaallah tidak lama lagi saya akan melancarkan satu produk digital ebook niche motivasi kesihatan melalui blog saya ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar kalau tidak ada apa-apa halangan.

3) Saya nak lebih meramaikan lagi kawan-kawan saya di internet ni. Nak tambah kawan-kawan blogger ni biar lebih bersemangat lagi untuk menulis blog. Saya juga akan cuba untuk lebih kerap melakukan blog walking supaya dapat kenal dengan lebih ramai blogger-blogger lain yang ada. Disamping itu saya akan akan menambahkan lagi kawan-kawan di facebook. Dah ada ramai kawan kat facebook tu tapi saya akan cuba untuk lebih mengenali mereka. Saya  kena aktif lagi la bersosial kat sana untuk lebih ramai kawan. Tapi saya tidak akan sampai membazir masa pulak..hehe

4) Yang ni paling penting sebenarnya. Saya akan lebih berusaha supaya menjadi orang yang sentiasa sukses bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Saya tidak mahu menjadi orang yang terlalu cintakan dunia dan lupakan akhirat. Sedangkan dunia ini hanya bersifat sementara sahaja tetapi akhirat yang akan kekal selamanya-lamanya. Saya akan seimbangkan antara dunia dan juga akhirat.

Di dalam kepala saya sekarang saya tidak mahu meletakkan azam yang banyak kerana saya takut saya tidak mampu untuk memenuhi kesemuanya. Cukuplah setakat yang saya telah senaraikan 4 perkara diatas. Kalau letak azam sampai berpuluh-puluh pun tapi kalau tidak mampu untuk penuhi semua tidak ada guna juga. Saya harap saya mampu untuk memenuhi kesemua  azam-azam tersebut sempena hari lahir saya ni. Insyaallah.

JOM SHARE

6 thoughts on “Bermula Hari Baru Di Usia Baru

  1. Salam…Happy Birthday…moga panjang umur..murah rezeki..sihat selalu dan happy-happy sentiasa..

    1. salam..terima sekasih diucapkan..insyaallah happy selalu..hehe

  2. Happy besday bro..
    Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan panjang umur.

    1. terima kasih bro..amin..

  3. salam…
    Alhamdulillah selamat hari lahir..moga panjag umur murah rzki..moga keberkatan.kekuatan akan menyusuri khdupan shabat..

    semoga azam akan tercapai..sikit2 lama2 jadi bukit..hehe

    1. terima kasih kak suri..insyaallah segala impian akan terlaksana..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *