Posted on 8 Comments

Budaya Salam Dalam Kehidupan Seharian

Assalamualaikum.

Amalan memberi dan menjawab salam sesama muslim masih lagi kurang dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Mana tidaknya jika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali amat susah sama sekali untuk memberi salam biarpun sesama saudara yang beragama islam. Kalau ucapkan salam pun dengan orang-orang tertentu atau orang-orang yang dikenali sahaja. Kalau orang yang tak kenal maka susah untuk ucapkan salam bagi mereka.

Budaya memberi dan menjawab salam juga bagaikan sudah hilang ditelan zaman dan digantikan dengan ucapan “hello”, “hai”, “how are you” dan sebagainya. Ada yang lagi teruk nak senyum pun susah bila berjumpa dengan orang yang mereka tidak kenali. Saya hanya bercakap mengenai segelintir orang sahaja yang bersikap begitu dan bukannya semua orang.

Menyebarkan salam adalah merupakan sunnah dari Rasulullah SAW yang sangat dituntut dalam islam. Ianya adalah satu cara mudah yang akan membawa kita menuju ke jalan Allah SWT. Perkataan salam itu sendiri adalah salah satu dari nama-namaNya. Apabila kita sering mengucapkan salam bererti kita selalu berada dekat denganNya.

Ucapan salam itu adalah termasuk dalam doa sesama muslim. Memberi dan menjawab salam bererti saling mendoakan antara seorang muslim kepada muslim yang lain. Jika ini yang anda amalkan dalam kehidupan seharian maka kehidupan akan sentiasa beroleh kesejahteraan dan akan terus diberkati olehNya.

Apabila kita memberi salam janganlah kita khususkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Ini kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain kepada kita. Jangan hanya memilih kawan-kawan yang rapat dengan kita saja untuk diberi salam dan orang yang tidak berapa rapat maka tak perlu bagi salam. Silap-silap haribulan orang lain akan terasa hati dengan sikap kita yang seperti itu.

Adalah lebih baik sebenarnya anda yang mulakan dahulu memberi salam kepada orang lain sebelum orang lain memberi salam kepada anda. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia dengan Allah SWT adalah orang yang terlebih dahulu memberi salam.” Disini kita boleh nampak betapa pentingnya orang yang memberi salam terlebih dahulu kan..

Walaupun memberi salam itu sunat tapi menjawab salam adalah menjadi wajib bagi seorang muslim. Pahala memberi salam juga adalah lebih besar daripada menjawab salam. Cara menjawab salam yang paling baik adalah menjawab secara penuh dan sempurna iaitu “waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Inilah jawapan yang kita berikan sesama umat islam dalam menjawab salam.

Sebagai kesimpulan, sentiasalah mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian kita. Ringankan mulut untuk mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang tidak kenali. Anda tidak akan rugi apa-apa pun bahkan akan mendapat pahala dari Allah. Hidup kita pun akan sentiasa dipenuhi kebahagiaan dan kasih sayang.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW. “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga beriman. Dan tidak sempurna iman sehinggalah kamu berkasih sayang dikalangan kamu.” Apabila saling sayang menyayangi ini telah ada,

Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat, “sudikah kamu semua saya ajarkan satu perkara, jika kamu lakukan kamu akan saling menyayangi?”

“Apakah dia, ya Rasulullah.”

Rasulullah menjawab, “Sebarkan salam.”

JOM SHARE

8 thoughts on “Budaya Salam Dalam Kehidupan Seharian

  1. salam..
    1st time komen sini..
    hehe sekarang bukan shj budaya memberi salam dah bertukar kpd helo dan hai..
    malah cara bersalaman pun dan main cuit2 ibu jari..
    haha org muda laa yg selalu buat..
    org tua x de keje nk buat cmtu..

    1. salam. terima kasih sudi singgah..
      orang muda sekarang banyak yang cuba mengikut budaya barat. Amalan islam semakin dilupakan..

  2. as-salam..
    memberi salam itu ibarat menghadiahkan sebuah doa utk kesejahteraan seseorang itu kepada si penerimanya.

    1. salam..
      betul tu suri..dengan memberi salam kita telah mendoakan orang lain dan orang lain juga mendoakan kita..:)

  3. Assalamualaikum.
    Seperti sudah menjadi satu trend baharu di zaman sain dan teknologi ini, segala yang membawa kepada kebaikan, ia sukar dilaksanakan. hatta ia tidak memerlukan belanja 1 sen pun.

    Kita kenalah mulakan dari diri sendiri, dalam keluarga dan seterusnya sebarkan kepada rakanditempat kerja dan masyarakat keseluruhannya.

    kikiskan rasa malu melakukan kebaikan, malulah kalau ada niat melakukan kemungkaran…

    Terima kasih.

    1. salam..

      terima kasih rasahatiku atas pandangan yang sangat berguna.
      kita tidak sepatutnya berasa malu untuk melakukan kebaikan ni.

  4. Amalan memberi salam memang baik untuk semua,dari kecil kita sudah didedahkan dengan amalan ni

    1. betul tu bro..memang sejak kecil lagi kita diajar bagi salam kat semua ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *