Posted on 11 Comments

Bulan Ramadhan Bulan Ibadah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bulan yang ada padanya penuh kerahmatan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan untuk kita menambah amal ibadah dan diberikan ganjaran pahala yang besar dari Allah.

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihannya kepada umat islam. Antara kelebihan besar yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam adalah 10 malam terakhir untuk berjumpa dengan malam Al Qadar.

Sebagai umat islam, kita hendaklah menyambut bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan ibadah didalam bulan ini. Di siang harinya kita wajib melakukan ibadah puasa dengan tidak makan dan tidak minum serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Dan pada malam harinya pula kita melakukan amalan sunat seperti solat sunat tarawih. Selain itu kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat lain seperti membaca Al Quran, berzikir, berselawat, bersedekah, dan sebagainya.

Melakukan Puasa Perintah Allah

Kita sebagai hamba perlu taat kepada perintah Allah. Apabila tiba bulan Ramadhan kita perlu patuh kepada suruhanNya lantas menerima kewajiban puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Puasa Ramadhan ini adalah satu kewajipan maka kita wajib melaksanakannya jika tiada sebarang keuzuran. Puasa Ramadhan ini adalah bagi menguji keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya. Sejauh mana kita dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna.

Pada bulan Ramadhan ini kita hendaklah menundukkan hawa nafsu dengan berpuasa. Puasa dapat menundukkan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan. Jangan terlalu mengikut keinginan nafsu sebaliknya kita yang perlu menawal nafsu. Bukannya nafsu yang mengawal diri kita. Puasa juga melatih diri kita untuk sentiasa bersikap sabar dalam diri. Kita hendaklah mengawal kemarahan dalam diri kita kerana kemarahan itu adalah nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. Tundukkan nafsu kita kepada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Melakukan Ibadah Solat Tarawih

Pada bulan Ramadhan ini kita diwajibkan untuk berpuasa. Kita juga disunatkan untuk melakukan amalan-amalan sunat lain seperti solat tarawih. Solat tarawih dilakukan pada malam hari setelah waktu siangnya kita berpuasa. Kita boleh melakukan ibadah solat tarawih secara bersendirian di rumah. Tapi kita juga digalakkan untuk melakukan ibadah solat tarawih dimasjid secara berjemaah. Banyak ganjaran yang kita boleh dapat apabila melakukan solat tarawih secara berjemaah seperti mendapat pahala melakukan solat secara berjemaah.

Kita perlu mempelajari cara solat tarawih yang betul seperti niat solat tarawih, bilangan rakaat solat tarawih dan sebagainya. Kita hendaklah merujuk cara solat tarawih yang betul kepada orang yang lebih arif seperti ustaz-ustaz dan ulamak. Kita juga boleh belajar cara solat tarawih yang betul melalui panduan solat tarawih yang banyak terdapat dipasaran. Apa salahnya kita mengeluarkan sedikit belanja demi mendapatkan ilmu belajar solat tarawih yang akan membawa pahala di akhirat kelak. Jangan kita menjadi orang yang kedekut untuk mendapatkan ilmu kerana diri kita sendiri yang akan rugi.

Memperbanyakkan Bacaan Al Quran

Pada bulan Ramadhan ini kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan membaca Al Quran. Amalan membaca Al Quran ini dapat meningkatkan lagi pahala amal ibadah kita dibulan Ramadhan ini. Sepanjang 30 hari Ramadhan kita dapat menghabiskan bacaan Al Quran 30 juzuk. Kita boleh letakkan target untuk menghabiskan bacaan Al Quran 30 juzuk sepanjang sebulan Ramadhan ini.

Amalan membaca Al Quran juga boleh dilakukan secara beramai-ramai iaitu dengan menyertai tadarus Al Quran. Tadarus Al Quran ini bagus kerana kita dapat membaca Al Quran beramai-ramai dan saling dapat menegur kesalahan dalam bacaan Al Quran di antara ahli-ahli tadarus yang lain. Jika mereka ada melakukan kesalahan semasa membaca Al Quran, kita hendaklah menegur. Jika kita tersilap mereka pula akan menegur kita. Dengan ini kita akan dapat mengenal pasti kesalahan bacaan Al Quran yang kita lakukan dan dapat mengurangkan kesalahan bacaan kita.

Ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat lain yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan pahala amal ibadah kepadaNya. Peluang yang ada untuk menambahkan pahala ibadah bulan Ramadhan ini janganlah kita sia-siakan begitu sahaja. Kita akan rugi jika membiarkan bulan Ramadhan begitu sahaja tanpa berusaha untuk menambahkan pahala amal ibadah.

Bulan Ramadhan ini adalah satu anugerah yang besar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita umat islam. Banyak keberkatan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini. Beruntunglah bagi mereka yang berusaha sedaya upaya menambahkan pahala amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kita sentiasa mengharapkan bulan Ramadhan ini dapat menjadikan diri kita lebih baik dari bulan-bulan lain. Tapi harapan sahaja tidak cukup jika kita tidak berusaha untuk menghayati keberkatan bulan Ramadhan ini dengan sepenuhnya. Sama-samalah kita berusaha menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita.

JOM SHARE

11 thoughts on “Bulan Ramadhan Bulan Ibadah

  1. salam..
    selamat berpuasa…
    bulan yg penuh barakah…jg sesekli d lepaskan heeee

  2. Salam Ramadhan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *