Posted on 7 Comments

Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur

Salam Sejahtera 🙂

Mungkin tajuk post ini agak pelik kerana siapa yang mahu pendek umur kan? Tapi itulah yang biasanya dilakukan dalam kehidupan setiap orang iaitu cuba memendekkan umur mereka sendiri tanpa mereka sedari. Saya melihat kepada keadaan sekeliling dan juga melihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh setiap orang terutama sekali sikap rakyat Malaysia.

Kita sudah semestinya ingin memiliki umur yang panjang supaya dapat menikmati kehidupan bersama orang-orang yang tersayang dan juga dapat melakukan lebih banyak amal kebaikan di dunia ini. Antara cara mudah untuk memendekkan umur sama ada secara sedar atau tanpa sedar yang biasa dilakukan adalah:

Suka sangat merokok

Secaranya umumnya ramai yang sudah mengetahui kesan buruk merokok adalah  sangat membahayakan kesihatan. Bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri malah juga membahayakan kesihatan orang-orang yang berada disekeliling juga. Merokok adalah punca kepada banyak penyakit kronik seperti kanser(otak, paru-paru, mulut), sakit jantung , selain menjadi punca kepada lemah fizikal dan mental. Kalau saya nak cakap tentang keburukan merokok ni ada banyak lagi sebenarnya. Penyakit-penyakit kronik seperti kanser adalah sangat merbahaya kepada nyawa seseorang. Jika tidak dicegah dari awal ia boleh membawa maut kepada seseorang penghidapnya. Walaupun seseorang itu masih lagi muda namun jika dia telah diserang oleh penyakit kronik ini maka hidupnya tidak akan bertahan lama. Dan rokok adalah antara punca kepada beberapa penyakit kronik tersebut.

Tidak minat dan malas untuk bersenam

Bersenam akan membuatkan kehidupan anda sentiasa sihat dan ceria. Bersenam secara tetap dan teratur akan membuatkan badan anda sentiasa sihat. Bersenam dapat membakar lemak dan kolestrol yang berada dalam tubuh anda. Ia juga dapat membuatkan jantung anda menjadi lebih sihat dan kuat. Salah satu penyakit yang menjadi pembunuh kepada ramai  rakyat Malaysia adalah sakit jantung. Ini kerana minat untuk bersenam sangat kurang dikalangan rakyat Malaysia. Jika penyakit jantung ini tidak dicegah dari awal maka nyawa seseorang itu akan terancam walaupun masih lagi di usia yang muda. Kalau malas bersenam banyak juga penyakit lain yang akan mudah untuk mendampingi kita.

Jangan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Makanan adalah asas penting dalam menjamin kesihatan anda. Makan secara sihat adalah menjamin kesihatan yang sihat. Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memberi banyak faedah kepada tubuh anda. Antara kebaikan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit darah tinggi, penyakit diabetis, penyakit kanser dan banyak lagi penyakit kronik yang lain. Penyakit-penyakit kronik inilah yang biasanya boleh mengancam nyawa seseorang. Jika seseorang itu tidak sukakan makanan secara sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran maka risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik juga adalah tinggi. Maka nyawalah yang menjadi taruhan kepada penyakit kronik tersebut.

Memandu kenderaan dengan laju dan tidak berhati-hati

Kita bersyukur kerana di negara kita Malaysia adalah aman dari peperangan dan juga dijauhkan dari bencana alam yang buruk seperti gempa bumi dan gunung berapi. Ini kerana ia banyak menyebabkan negara-negara yang terlibat dengan peperangan dan bencana alam kehilangan nyawa rakyat yang ramai daripada kejadian tersebut.

Namun begitu, walaupun negara Malaysia tidak terlibat dalam peperangan dan juga bencana alam. Ramai juga nyawa rakyat Malaysia yang terkorban setiap tahun. Iaitu terkorban diatas jalan raya. Ini kerana sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang suka memandu dengan laju dan tidak berhati-hati. Sikap pentingkan diri sendiri inilah yang membuatkan ramai orang yang tidak berdosa juga terlibat sama dalam sesuatu kemalangan. Ramai juga anak-anak muda yang terkorban akibat dari sikap yang suka ’merempit’ di jalan raya dan berlumba haram. Akibat dari sikap seperti inilah yang menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa biarpun masih di usia yang muda.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, apa yang saya tulis ini adalah bukannya saya menyuruh anda supaya anda ikut tabiat yang tidak baik yang boleh memendekkan umur seseorang itu. Saya hanya sekadar berkongsi apa yang biasanya dilakukan oleh kita sendiri dan juga orang-orang yang berada disekeliling kita supaya kita dapat mengubah tabiat buruk tersebut. Ianya sebagai peringatan untuk kita bersama. Semoga kita semua dapat menjauhi segala tabiat-tabiat yang tidak baik ini supaya kita semua akan sentiasa sihat dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih ceria dan dipanjangkan umur olehNya.

Kita sebagai manusia dan hamba hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan segalanya. Ajal dan maut itu di tangan tuhan. Namun begitu, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak mahu menjaga kesihatan dan keselamatan diri melainkan hanya ingin berserah kepadaNya semata-mata. Jika kita sendiri yang tidak menjaga diri kita dengan sebaiknya maka siapa lagi yang akan menjaga kita. Diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan manfaat dari perkongsian ini.

JOM SHARE

7 thoughts on “Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur

  1. mohon share yep !artikel yg sgt bermanfaat

  2. kena la hindari semua benda buruk tu kan..
    kalau buat juga, banyak risiko nanti diterima.

    1. betul tu bro..kita kena hindari tabiat buruk ni..buka suruh ikut..jangan kita cari penyakit..hehe

  3. Hahahah… Tajuk post ni mmg pelik
    Lain drpd lain..
    Selalunya tajuk post bersifat baik2 je..
    Ni plak x baik
    Tp kena lah baca sampai abis dulu 🙂

    1. kena baca sampai habis dulu bro baru faham apa maksud saya dalam artikel ni..kalau tak nanti salah faham pulak..haha

  4. salam ziarah 🙂

    1. salam..terima kasih kerana sudi ziarah teratak buruk ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *