Posted on 15 Comments

Tips Rileks Dihadapan Komputer

Salam,

Setiap hari saya hanya duduk menghadap komputer je  kerjanya kalau tidak ada kerja lain untuk dilakukan dan saya juga tahu ramai di antara anda  yang suka duduk menghadap komputer setiap hari membuat apa-apa kerja, melayari internet ataupun sekadar bermain game saja. Selepas beberapa jam anda duduk menghadap komputer anda mungkin akan berasa tidak selesa kerana anda mungkin rasa lenguh dan sakit pada bahagian-bahagian di tubuh anda terutamanya bahagian pinggang. Anda mungkin terpaksa duduk dihadapan komputer setiap hari bagi menyiapkan kerja-kerja yang banyak. Oleh sebab itu maka bahagian-bahagianbadan anda mula berasa lenguh dan sakit.

Sebenarnya adakah anda tahu ataupun tidak yang kesakitan yang anda rasa dan alami itu adalah disebabkan oleh cara duduk anda yang salah dan banyak faktor lagi. Cara duduk anda yang tidak betul akan membuatkan bahagian badan anda merasa lenguh dan sakit. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda supaya anda boleh duduk dengan rileks dihadapan komputer.

Pertama sekali betulkan kedudukan kerusi tempat anda duduk itu. Kedudukan kerusi yang betul akan membuatkan anda berasa selesa berada dihadapan komputer. Kedudukan kerusi itu janganlah terlalu dekat ataupun terlalu jauh dari komputer anda. Jika terlalu dekat ataupun terlalu jauh ia akan membuatkan tidak selesa berada dihadapan komputer. Lama kelamaan belakang anda juga yang akan merasa cepat lenguh dan letih nanti. Kedudukan kerusi anda juga hendaklah jangan senget ke kiri ataupun kanan. Ini kerana bahagian pinggang anda akan cepat berasa sakit kerana berada pada kedudukan tidak betul dengan komputer anda.

Apabila anda berada dihadapan komputer anda hendaklah memastikan tempat anda duduk itu mempunyai ruang yang cukup supaya anda dapat bergerak bebas. Di bawah meja anda pastikan tidak ada apa-apa barang yang boleh menghalang kaki anda dari bergerak bebas. Ini kerana adalah sangat penting bagi kaki anda mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak bebas kerana ia bagi melancarkan peredaran darah dan tubuh badan anda tidak akan cepat letih dan cepat penat.

Kedudukan tangan anda hendaklah tidak terlalu jauh dari komputer anda. Ini kerana jika tangan anda semasa memegang mouse berada terlalu jauh dari komputer maka tangan anda akan merasa cepat lenguh nanti. Semasa anda menaip di keyboard juga anda janganlah menaip dengan keras.Kalau anda taip dengan kuat nanti  jari-jari anda akan merasa lenguh dan sakit. Oleh itu anda hendaklah menaip dengan lembut dan perlahan-lahan kerana ini akan membuatkan tangan dan jari anda rileks dan tidak cepat merasa lenguh.

Pastikan cahaya dari skrin komputer anda tidak terlalu terang. Anda boleh mengurangkan kadar cahaya yang supaya tidak terlalu terang ini kerana jika cahaya yang keluar dari komputer anda terlalu terang maka mata anda akan merasa cepat penat kerana terpaksa menyerap sumber cahaya yang banyak. Dan seterusnya ia boleh membuatkan anda merasa sakit kepala. Satu lagi jangan menghadap komputer apabila anda berada di tempat yang gelap. Ini kerana ia boleh memenatkan mata anda kerana terpaksa menyerap sumber cahaya yang terlalu banyak.

Sekiranya anda berada di hadapan komputer janganlah duduk dihadapan komputer terlalu lama. Bangunlah sekejap pergi buat kerja lain ke..minum ke..jenguk tingkap ke..hehe. Ini kerana badan anda akan tetap merasa penat apabila lama duduk menghadap komputer ni. Apabila anda bangun sekejap ia dapat memberikan tubuh anda merasa lebih rileks dan tidak terlalu penat. Kalau lagi rajin boleh buat senaman ringan tak pun boleh menggeliat kerana ia boleh melancarkan peredaran darah didalam badan anda.

Hanya ini tips ringkas dari saya kali ini bagaimana anda boleh rileks apabila berada dihadapan komputer yang mungkin boleh memenatkan anda lebih dari orang lain walaupun anda hanya duduk diam saja kat depan skrin komputer tu..

p/s: Kalau anda mempunyai pendapat/cara lain boleh la kongsikan dengan saya. Saya pun nak tahu jugak cara anda rileks di depan komputer ni..

JOM SHARE

15 thoughts on “Tips Rileks Dihadapan Komputer

  1. saya dulu memang stress kalo mengadap pc lama-lama. tapi sekarang dah biasa. takde rasa apa-apa pun.
    selamber jer dari tengah malam sampai subuh. hehe

    1. hebat ni dari tengah malam sampai subuh boleh ngadap pc..hehe
      ada rahsia apa2 ke ni..

  2. Salam, dulu mmg boleh ngadap lama,tapi skrg adess kalo 7 jam dah blur otak..tapi hari2 mesti ngadap gak even sejam ker..addict..

    Nice tips bro 🙂

    1. salam..
      sama la kita..saya pun sama dalam sehari tak sah kalau tak ngadap laptop walaupun sejam.hehe

  3. Aku dalam sehari ade la dalam 20 jam ngadap pc,sesekali tu memang rasa tak selesa skit kat mata.

    1. dahsyat gak bro ni ye sampai 20 jam ngadap laptop..saya tak leh lawan ni awal2 lagi dah give up..hehe

  4. salam..tips yang menarik..tapi kalau mengadap pc ni, kadang2 berjam-jam pon lupa nak bangun.. 🙂

    1. ye betul..saya setuju pasal ni..

  5. aku pernah pening kepala 2 hari sebab terlalu lama ngadap pc

    1. wah..dahsyat gak tu sampai 2 hari pening..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *