Posted on Leave a comment

Cara Terbaik Menggunakan Masa

Tanpa kita sedari, masa adalah perkara yang selalu kita remehkan. Kita sering menunda atau melengahkan sesuatu kerja yang perlu jika ada mempunyai masa-masa yang terluang. Penggunaan masa adalah yang membezakan diantara orang yang sukses atau gagal. Allah memberikan masa bagi setiap orang sama 24 jam sehari. Namun, mengapa ada orang sukses dan orang gagal? Jawapannya bagaimana mereka memanfaatkan setiap masa yang ada. Saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana cara terbaik menggunakan masa itu. Cara terbaik menggunakan masa iaitu:

1) Pertama sekali jangan sesekali membazirkan masa itu. Tidak kiralah siapa anda, berapa banyak pun wang yang anda ada, atau dimana sahaja anda tinggal. Kita semua mempunyai masa yang sama rata iaitu 24 jam sehari semalam. Masa anda adalah sangat berharga dan tidak dapat diundur kembali sekiranya ia telah berlalu. Jadi gunakanlah ia dengan sebaik mungkin kerana didalam al Quran ada menyebut “demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh”. Janganlah anda tergolong dalam orang-orang kerugian.

2) Jangan biarkan perkara lain menganggu anda dari apa yang sebenarnya anda ingin lakukan. Contohnya rumah atau bilik anda berselerakan dengan barang-barang yang tidak tersusun sehinggakan anda anda menjadi serabut dan tak tentu hala. Padahal anda ada perkara lain yang mesti dilakukan terlebih dahulu.

These brunette my blue pill pharmacy the quickly impressed canada pharmacy online has good Fekkai skin.

Nak tak nak anda terpaksa mengemaskan barang-barang yang berselerakan itu barulah anda boleh lakukan perkara sebenar yang anda ingin lakukan. Disitu ia telah mengalihkan perhatian anda dan melambatkan kerja-kerja anda. Apa yang mesti anda lakukan adalah sentiasa mengemaskan barang-barang didalam rumah atau bilik anda jika mempunyai masa terluang. Jangan tunggu masa anda sibuk baru hendak melakukannya.

3) Anda seringkali merasa gelisah dengan kerja-kerja yang belum anda lakukan. Jangan membuang masa dengan selalu merasa gelisah kerana memikirkan kerja-kerja yang belum anda lakukan itu. Merasa gelisah membuatkan anda merasa tidak selesa dan hanya akan membazirkan masa dan tenaga anda sahaja. Tenangkan diri anda sebelum melakukan kerja-kerja yang sepatutnya anda buat. Jika anda membuat sesuatu kerja itu dengan tenang maka kerja yang dilakukan akan menjadi lebih mudah dan cepat untuk disiapkan. Jika anda gelisah semasa melakukan kerja maka kerja anda akan menjadi lambat dan banyak masa yang akan terbuang nanti.

4) Memang sifat semulajadi seorang manusia itu mudah terlupa akan sesuatu benda. Jika anda meluangkan selama 10 minit setiap hari untuk mencari barang-barang anda yang hilang disebabkan anda terlupa dimana anda meletaknya maka sebenarnya anda telah membuang masa lebih dari 60 jam setiap tahun. Jadi, mulai sekarang, segala barang-barang milik anda yang penting anda perlu simpan ditempat yang senang dan mudah anda ingat agar tidak terlupa lagi dimana anda meletaknya.

5) Apa yang selalu anda lakukan jika mempunyai masa-masa terluang? Anda mungkin banyak menonton rancangan tv yang tidak memberi apa-apa faedah ataupun anda hanya tidur sepanjang masa terluang itu. Itu sangat merugikan masa anda tapi kalau anda menonton rancangan-rancangan yang berfaedah seperti berita, dokumentari di tv itu tidak merugikan anda apa-apa pun. Maksudnya orang yang merugikan adalah selalu menonton rancangan hiburan yang melalaikan di tv itu. Kan lebih baik jika digunakan masa yang terluang itu dengan membaca ataupun melakukan hobi-hobi lain yang anda suka. Ianya dapat memberi faedah dan manfaat kepada anda juga.

Masa anda adalah sangat penting malah lebih penting dari wang ringgit anda kerana wang yang hilang boleh diganti kembali tetapi masa anda yang telah berlalu tidak dapat diulang kembali. Gunakanlah masa yang anda ada dengan sebaiknya agar ia tidak terbuang begitu sahaja. Diharapkan anda tidak menjadi seorang yang suka menunda atau melengah-lengahkan masa kerana anda sendiri yang akan rugi kerana membuang masa itu. Perbuatan seperti itu seperti tidak mensyukuri akan nikmat dan masa yang diberikan. Semoga kita sama-sama tergolong dikalangan orang-orang yang selalu menggunakan masa dengan bijak….

JOM SHARE
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *