Posted on 31 Comments

Ciri-ciri Lelaki Yang Cantik

Salam sejahtera.

Saya sedikit tertarik pada perlawanan suku akhir bola sepak piala dunia  2010 apabila Brazil kalah kepada Belanda dengan jaringan gol 2-1. Nampaknya tahun ni bukan nasib baik bagi Brazil sama seperti 4 tahun lepas kalah kalah suku akhir jugak rasanya kepada Perancis. Pada perlawanan suku akhir antara Brazil dengan Belanda ni nampak Brazil mengusai perlawanan pada separuh masa pertama apabila Brazil mendahului dengan jaringan 1-0. Namun pada separuh masa kedua Belanda telah bangkit untuk menang tipis 2-1 ke atas Brazil. Brazil telah tersingkir dari piala dunia 2010. Brazil hanya gigit jari lagi pada piala dunia kali ni..hehe

Bila tengok bola sepak piala dunia semua pemain-pemain lelaki yang main tu hebat-hebat kan? Kalau yang peminat perempuan pulak mesti suka tengok pemain-pemain bola sepak lelaki yang kacak rupa parasnya. Saya ada bertanya kepada seorang kawan perempuan saya siapa pemain bola sepak yang dia nampak kacak. Kalau pemain yang kacak dari Brazil dia cakap Kaka(gambar kacak kat atas tu) dan kalau dari Belanda pula Robin Van Persie. Itu hanya pendapat dia la saya pun tak tahu sekacak mana.

Sebenarnya seorang lelaki juga mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri. Kecantikan yang saya maksudkan adalah bukan kepada rupa fizikal semata-mata. Lelaki yang cantik yang saya cuba maksudkan adalah dilihat daripada dalaman dan hati seorang lelaki itu. Antara ciri-ciri lelaki yang cantik:

1. Seorang lelaki yang sentiasa berada dekat dengan Allah. Dia akan sentiasa menjaga dan melakukan ibadat yang wajib terutamanya solat lima waktu. Apabila seorang lelaki itu dapat menjaga solatnya ia telah dapat menjaga diri dan hatinya dari melakukan segala kemaksiatan. Dosa-dosa akan dapat diampunkan oleh oleh jika hatinya ikhlas beribadat kepada Allah. Allah akan sentiasa memelihara hamba-hamba yang dekat denganNya. Jika anda banyak buat kebaikan sekalipun tapi jika sembahyang tidak sempurna, maka ianya seolah-olah sia-sia. Kerana di akhirat nanti perkara pertama yang akan dihisab adalah solat kita.

2. Apabila diri seorang lelaki itu mengingati akan dosa-dosa yang telah dilakukan maka mengalirlah air matanya kerana menyesal akan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Air mata yang keluar juga adalah sebagai tanda malu kepada Allah kerana banyak berbuat dosa di bumi Allah ini. Kalau ada lelaki yang mengalirkan air mata kerana pasukan bola yang disokongnya kalah bukan cantik namanya kerana tiada faedah pun mengalirkan air mata untuk keduniaan semata-mata. Saya hanya memberi contoh ada yang menangis kerana dunia tapi tak tahu la ada ke tak lelaki menangis sebab tengok bola ni..hehe 😀

3. Setiap yang bernama manusia sudah tentu tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Walau sehebat mana pun seorang lelaki itu dia tetap seorang lelaki dari kalangan manusia juga. Sudah tentu tidak terlepas dari melakukan kesalahan.  Lelaki yang cantik akhlaknya sedia menerima segala teguran yang diberikan kepadanya. Walau setinggi mana pun kedudukan anda apabila anda ditegur akan kesalahan yang telah anda lakukan maka anda sedar dan anda menerima teguran itu dengan hati yang terbuka dan benar-benar sedar akan kesalahan itu. Itulah menunjukkan betapa mulia dan cantiknya hati seorang lelaki itu.

4. Lelaki yang membalas kejahatan dengan kebaikan. Maksudnya disini seorang lelaki itu bersifat sabar. Contohnya orang lain berbuat jahat kepada anda seperti dihina, dikutuk, dibenci dan sebagainya. Namun begitu anda tetap bersabar dengan sikap orang itu, malah anda membalas kejahatan yang diberikan kepada anda dengan memberinya kebaikan. Jika orang selalu dengki atau banyak melakukan kejahatan kepada anda itu ditimpa apa-apa kesusahan maka anda dengan sedaya upaya akan cuba membantunya. Mudah-mudahan pintu hati orang itu akan terbuka dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan kepada anda.

5. Janganlah seorang lelaki itu mudah mempunyai pemikiran yang negatif kepada seseorang yang lain. Pemikiran negatif adalah pemikiran yang tidak baik. Contohnya anda melihat kawan anda asyik berada dihadapan komputer setiap masa. Dalam fikiran anda mula berfikir:

“eh dia ni asyik dok menghadap komputer online je sepanjang hari, tak ada kerja lain ni mesti dok chatting dengan awek la tu”

Itu adalah contoh berfikiran negatif. Anda perlulah sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kepada kawan anda itu. Ini pula adalah contoh berfikiran positif.

“rajinnya kawan aku sorang ni, dia online sebab rajin tulis blog kot..”

Hendaklah anda mengamalkan sifat bersangka baik ni kerana ia dapat menjaga hati anda. Hati anda akan dapat dijaga dari sifat dengki, tidak puas hati, salah faham dan banyak lagi sifat yang tidak baik. Semoga fikiran anda sentiasa positif kearah kebaikan.

6. Sifat mudah putus asa perlu dijauhkan dalam diri seseorang terutamanya bagi seorang lelaki. Jika seorang lelaki itu mudah berputus asa maknanya seorang lelaki itu tidak kuat dan lemah dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Anda sudah tentu tidak mahu dianggap lemah semangat kan? Agak malu sikit kalau seorang lelaki ni lemah semangat. Kuatkan semangat anda dan jangan mudah berputus asa jika apa yang anda impikan tidak berjaya. Terus berusaha sedaya upaya lagi tanpa kenal erti putus asa. Jangan mudah berputus asa juga dengan kehidupan yang anda hadapi. Walau berat mana sekalipun ujian yang diterima hendaklah bersabar kerana ada hikmah disebaliknya.

Sebagai kesimpulan, walau secantik atau setampan mana pun rupa paras seorang lelaki itu, ia tidak menunjukkan kecantikan sebenar dalam diri lelaki itu. Kecantikan sebenar lelaki dapat dilihat daripada iman yang kukuh, hati yang bersih dan akhlak yang mulia, semangat yang tinggi dan banyak lagi. Apa guna kalau muka cantik tapi tak pernah sembahyang. Tak kenal yang mana halal haram. Dosa dan pahala tak tahu nak beza, susah untuk melakukan kebaikan. Memang cantik luaran tapi dalaman tidak cantik.

Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah kecantikan seorang lelaki bukan hanya pada luaran tapi perlu dilihat secara keseluruhannya. Mungkin pada pandangan mata kasar semuanya cantik belaka tapi dalamannya juga perlu cantik barulah menunjukkan kecantikan sebenar anda sebagai seorang lelaki.

P/s: Pesanan untuk kaum lelaki dan kaum wanita juga 🙂




JOM SHARE

31 thoughts on “Ciri-ciri Lelaki Yang Cantik

  1. Setuju dengan isi-isi tersebut 🙂

    1. terima kasih ya.. 🙂

  2. semoga kita bisa menjadi salah satu hambaNya yang cantik pula…

    1. insyaallah boleh..terima kasih ya..

  3. alahai..

    yang penting dia dpt mjgaku dgn baik..sykur Alhamdulillah semuanya baik2 shja.

    1. alhamdulillah..jejaka suri tulah yg terbaik untuk suri.. 🙂

  4. ada jumpe laki camtu tak setakat ni?

    l0lly mahuuu sorang 🙂

    1. ada banyak gak jumpa..kalau lolly nak boleh bagitahu saya..nanti saya ushakan..hehe 🙂

  5. wahh..ni la kecantikan dalaman maknenye..
    thanks for sharing..bnyk benda +ve yg bleh diambil drpd entri ni..

    kaka tu pon cantik yek..akak aku kata kening dia tebal..mungkin kat situ kelebihan dia kot. ahaks..

    1. betul bro..kecantikan dalaman..hanya berkongsi pendapat..

      kaka tu memang cantik..hehe

      1. ceh..tak sangka ni mesti kes tgok lagu tu dah berpuluh kali kan..hehehheee kanTOI kalu tak masakan tergoda dan memuji bagai hehehe..

        1. saya sekadar memuji kecantikan saja k.suri ye..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *